Jeng...jeng...jeng...jeng jejengg jeng jejengg (muzik tema star wars)
Gatal tangan aku klik klik kat website GSC. Mata aku terpaku pada skrin. Malam ini pra-tonton Star Wars ROTS di GSC SP. Pukul 11 dan 1130. Tengok jam, dah nak masuk Isyak. Tiket mesti dibeli awal. Pinjam kereta mama yang baru basuh tu, pegi solat Isyak kat masjid Muzaffar Shah di bandar. Terjumpa pulak dengan Afiq kat situ, lepas solat sumer aku, Afiq dan Fikry pegi CS beli tiket. Teman Afiq makan sambil sembang-sembang. Kena tazkirah 4-5 daih. Bagus dia nih. Indirectly dia menyedarkan aku, terus insaf. Tapi insaf-insaf kambing jerr...tiket dah beli. Orang lain tido awal, bangun awal tahajjud aper sumer...aku...dok p tempat lain pulak..kuikuikui...tau takpe. Aku dan Fikry jerr gi nengok.
Leka dok gebang-gebang sampai terlambat masuk. Lebih kurang 5 minit.Yup, cerita Star Wars paling gelap dalam trilogi. Mengusik emosi sungguh. Rasa nak masuk dalam skrin kasik penampar jepun kat si Anakin Skywalker aka Darth Vader aka setupit dam dam, rasa sedih masa Obi Wan marah bekas apprentice dia, rasa menusuk kalbu masa Padme nangis (natalie portman...! :D)...in the end - Terer tak George Lucas menamatkan siri saga ni? Tabik spring.
Filem mesti tonton. Best! Gempak! Menggeramkan! Sedih! Sayu! Rasa nak masuk dalam skrin!
I would say this is the film of the 20th century because it ends what has been started back in 1977.
What you should expect from Revenge Of The Sith
- How Anakin turn into dark side aka Darth Vader
- From young and handsome Jedi become awful voice, black suited Sith
- The fall of the Jedi council
- The rise of the Galactic Empire
- Princess Leia and Luke Skywalker
Minor spoiler – Overwhelming of love, fear and hatred brings you closer to the darkness
Moral - tak payah la pegi tengok...dok rumah tolong mak lagi baguih dok ada. Tau takpe.. (tau takpe tau takpe...cemuih aku)
*update- utk reviu yg kritis sila klik sini
No comments:
Post a Comment