Friday, May 20, 2005

Minor Spoiler - Revenge Of The Sith

"You were the chosen one!"

--Obi Wan Kenobi

Marah Obi Wan dengan muka yang sedih kepada Anakin yang bengong selepas perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat Star Wars sekian lama. Pertarungan antara guru dan anak murid yang bengong. Layan jugak tengok diorang lawan guna light saber tu. zhruuu...zhreeuuuu!

"I dont know you"

--Padme

Ucap Padme dengan suara yang sebak sambil merenung ke dalam mata Anakin yang bengong. Sebelum perlawanan yang ditunggu-tunggu bermula.

Huh, mmg tak tahan...sedih betul jalan cerita. Kalau dalam Episode 1 dan 2 mungkin penonton disajikan dengan gelagat Jar Jar Binks dan skill Jedi Yoda yang memukau...tp dalam episod penutup saga Star Wars, kita disajikan dengan pergolakan emosi. Orang lain pun cakap mcm tu jugak. Bukan aku seorang.

Kalau korang mengikuti Star Wars daripada episod 4 (New Hope,1977) zaman Sir Alec Guiness pegang watak Obi Wan Kenobi mesti tangkap sayunyerr. Kalau sesapa yang belum tengok lagi episod 4, 5 dan 6...lepas tengok ROTS ni bolehla nengok. Tp kalau nak kesan yang dirasai oleh peminat 'hardcore' Star Wars kenalah tengok bermula dengan episod 4,5,6,1,2,3.

Kenapa George Lucas keluarkan episod 4 dahulu dalam siri SW?
Kalau tak silap, aku pernah baca, teknologi zaman 70 dan 80an tidak membenarkan beberapa babak dalam episod 1,2 dan 3 direalisasikan dalam layar perak spt yang George inginkan.

No comments: