Apabila salah seorang daripada kengkawan akan pulang ke kampus, kami akan buat 'last supper' . Last la kunun. Dua malam lepas pun kami buat last supper sebab Irwan akan balik ke uniten. Minum-minum dekat restoran depan rumah Apat. Bangunan restoran tu menggunakan rumah lama. Rumah orang kaya dulu-dulu. Aku pun tak perasan kewujudan restoran tu mulanya, ingatkan ada family reunion ker...lampu warna-warni bagai...nyata aku tersilap teka. Jadi al kisahnya, Aki, Tofik,Naim,Is, Najib,Apat dan aku ada utk minum-minum semalam. Al kisah bin ceritanya pulak, tak tau macamana aku terperasan satu kelibat yang aku kenal sangat.
Farah my ex schoolmate, atau dikenali sbg Kak Pah pun ada di situ, makan dengan maknya. Dan aku pun pegilah duduk sembang kejap dengan anak kacukan cina melayu nih, mak dia pulak mmg kenal aku. Her mum is a Chinese...dah tua pun, 58..tp muka kalau orang cakap late 40 pun aku percaya. Perkataan pertama yang mak dia tanya aku adalah - Where's your girlfriend?. Nak jerr aku jawab, saya tak main girlfriend2 nih (dulu mungkin la, kuikuikui)...terus buat isteri jerr. Kunun la. InsyaAllah...!
Aku cakap kat mak dia dengan berseloroh, tolong carikkan aku seorang awek Chinese and her reply was - How about my second daughter?... hahaha aku gelak jerr. Aku tau dia memain. Dulu mak Kak Pah ni ada jugak tolong-tolong kitorang masa nak organize farewell utk prefect board. Bebudak lagi, tingkatan 4 mana lah tau nak buat apa. Kanak-kanak Ribena. Kalau setakat makan-makan kat dewan sekolah, takde hal... tp yerrlah mungkin semua anak mak belaka..tak expose dengan dunia luar. In the end, farewell tu dibuat kat Park Avenue, 4 star hotel. Duit, boleh tahan jugaklah keluarnya...kalau duit itu diibaratkan macam air...bolehlah disamakan duit kitorang yang keluar itu macam hirup sup daripada mangkuk...sruuuppp. Tp itulah antara pengalaman kat sekolah yang aku takkan lupa.
No comments:
Post a Comment