Tuesday, May 31, 2005

The Stars

The stars are gleaming so intense tonight. They speckled uncoordinately in the sky. Beautiful they are, the night, the sky, the stars I would say. What a great panorama to witness. SubhanAllah. They bring peace for those who think. They give inspiration for those who seek. Star gazing is inspiring.

Friday, May 27, 2005

Anda tidak akan berjalan sorang-sorang

Penyokong setia sentiasa berada di belakang pasukannya walau apa pun yang berlaku. Itu ayat pembukaan untuk entry kali ini. Kemudian mari kita renung kata-kata ini – Don’t judge a book by its cover. Boleh juga ditransformasikan kepada keadaan yang lain – Jangan mengagak keputusan perlawanan itu berdasarkan prestasi separuh masa pertama.

Saya bersemangat semalam untuk menonton perlawanan akhir piala liga juara-juara UEFA. Saya menanti dengan penuh debaran perlawanan itu sambil menyumpah seranah tarian yang dipersembahkan sebelum perlawanan bermula di Stadium Attartuk Istanbul. Sebaik sepak mula, saya memperkemaskan baringan (lumrah kalau tgk bola kat rumah sambil baring depan tv). Oh ya, saya penyokong tidak rasmi The Reds (Liverpool) – dah lama, sejak sebelum Steve McManaman berpindah lagi. Tp sokong gitu-gitu jerr lah.

Sambil saya membetulkan duduk, tidak semena-mena saya dengar teriakan GOLLLL! Seawal minit pertama – gila apa gol awal-awal. Saya bersiap sedia utk 90 minit berikutnya tetapi baru cecah minit pertama dah gol. Kalau Liverpool yang meledakkan jaringan tidak mengapa, ini AC Milan yang mendahului. Takpe..takpe…saja jerr tuh, diorang nak tengok hebat mana sangat pasukan daripada Itali nih. Saya teruskan menonton dengan cermat. Apa yang saya lihat – gerakan2 daripada The Reds sangatlah hampehnya. AC Milan pulak yang perform. Lebih kurang masuk ke minit ke 40, AC Milan memasukkan lagi bola ke dalam jaring lawan (gol lerr tu). Bila mai saja tang ni, aku dah cemuih. Masuk tidoq lagi baguih dok ada noo. Gerenti kalah lerr nih.

Esok pagi, try masuk site soccer.net. Tak dapat. Try search kat google pun tak dapat. Internet ni dah mmg sangap pun, slow tak habih2. Tanya adik aku, kot-kot dia dengar kat sekolah sapa menang. Dia cakap Liverpool. Aii, biaq betoi. Tengok Bulletin Utama, mmg betul pun The Reds bangkit daripada ketinggalan 3-0, menyamakan kedudukan dan menang dengan penentuan penalti. Rupa-rupanya lepas aku bangun nak pegi tidoq semalam tu, Liverpool kena sebijik lagi sebelum depa sedaq yang depa dok lawan tu AC Milan bukan Kampung Tok Kelian FC mahupun Cacamarba FC. Cayalah The Reds!

Sekian saja aku melaporkan dari bilik aku utk blog Aben.

p/s – Tahniah kepada pasukan Liverpool FC dan juga penyokong setia The Reds. Kepada AC Milan dan penyokong, jangan putus asa. Tahun depan cuba lagi yeh.

Thursday, May 26, 2005

MyVI

Image hosted by Photobucket.comBalik daripada Auto City di Juru demi sebuah pelancaran kereta baru daripada Perodua – MYVI. Amacam? – design, ok, harga,ok, specs,ok…prestasi? Tatau lagi. Daripada branch manager Perodua situ, khabarnya dah 7000 unit org booking nationwide. Nak satu? Kenalah tunggu sampai September. Tapi jangan risau, masih sempat untuk jadikan sebagai ‘kereta raya’.

Antara sebab aku malas pegi pertunjukkan kereta sebab ada eksploitasi yang lumrah - perempuan. Kalau ada kereta mesti ada perempuan. Miss Auto City pun ada jugak. Err…no comment. Tepuk dada tanya iman. Hidup mmg sekali beb, tp nak mati bila-bila boleh mari…takkan nak enjoy jerr kan.

MyVI - “My Vehicle”, “My Vision” and “Malaysian Vision”

Last Supper

Apabila salah seorang daripada kengkawan akan pulang ke kampus, kami akan buat 'last supper' . Last la kunun. Dua malam lepas pun kami buat last supper sebab Irwan akan balik ke uniten. Minum-minum dekat restoran depan rumah Apat. Bangunan restoran tu menggunakan rumah lama. Rumah orang kaya dulu-dulu. Aku pun tak perasan kewujudan restoran tu mulanya, ingatkan ada family reunion ker...lampu warna-warni bagai...nyata aku tersilap teka. Jadi al kisahnya, Aki, Tofik,Naim,Is, Najib,Apat dan aku ada utk minum-minum semalam. Al kisah bin ceritanya pulak, tak tau macamana aku terperasan satu kelibat yang aku kenal sangat.

Farah my ex schoolmate, atau dikenali sbg Kak Pah pun ada di situ, makan dengan maknya. Dan aku pun pegilah duduk sembang kejap dengan anak kacukan cina melayu nih, mak dia pulak mmg kenal aku. Her mum is a Chinese...dah tua pun, 58..tp muka kalau orang cakap late 40 pun aku percaya. Perkataan pertama yang mak dia tanya aku adalah - Where's your girlfriend?. Nak jerr aku jawab, saya tak main girlfriend2 nih (dulu mungkin la, kuikuikui)...terus buat isteri jerr. Kunun la. InsyaAllah...!

Aku cakap kat mak dia dengan berseloroh, tolong carikkan aku seorang awek Chinese and her reply was - How about my second daughter?... hahaha aku gelak jerr. Aku tau dia memain. Dulu mak Kak Pah ni ada jugak tolong-tolong kitorang masa nak organize farewell utk prefect board. Bebudak lagi, tingkatan 4 mana lah tau nak buat apa. Kanak-kanak Ribena. Kalau setakat makan-makan kat dewan sekolah, takde hal... tp yerrlah mungkin semua anak mak belaka..tak expose dengan dunia luar. In the end, farewell tu dibuat kat Park Avenue, 4 star hotel. Duit, boleh tahan jugaklah keluarnya...kalau duit itu diibaratkan macam air...bolehlah disamakan duit kitorang yang keluar itu macam hirup sup daripada mangkuk...sruuuppp. Tp itulah antara pengalaman kat sekolah yang aku takkan lupa.

Friday, May 20, 2005

Minor Spoiler - Revenge Of The Sith

"You were the chosen one!"

--Obi Wan Kenobi

Marah Obi Wan dengan muka yang sedih kepada Anakin yang bengong selepas perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat Star Wars sekian lama. Pertarungan antara guru dan anak murid yang bengong. Layan jugak tengok diorang lawan guna light saber tu. zhruuu...zhreeuuuu!

"I dont know you"

--Padme

Ucap Padme dengan suara yang sebak sambil merenung ke dalam mata Anakin yang bengong. Sebelum perlawanan yang ditunggu-tunggu bermula.

Huh, mmg tak tahan...sedih betul jalan cerita. Kalau dalam Episode 1 dan 2 mungkin penonton disajikan dengan gelagat Jar Jar Binks dan skill Jedi Yoda yang memukau...tp dalam episod penutup saga Star Wars, kita disajikan dengan pergolakan emosi. Orang lain pun cakap mcm tu jugak. Bukan aku seorang.

Kalau korang mengikuti Star Wars daripada episod 4 (New Hope,1977) zaman Sir Alec Guiness pegang watak Obi Wan Kenobi mesti tangkap sayunyerr. Kalau sesapa yang belum tengok lagi episod 4, 5 dan 6...lepas tengok ROTS ni bolehla nengok. Tp kalau nak kesan yang dirasai oleh peminat 'hardcore' Star Wars kenalah tengok bermula dengan episod 4,5,6,1,2,3.

Kenapa George Lucas keluarkan episod 4 dahulu dalam siri SW?
Kalau tak silap, aku pernah baca, teknologi zaman 70 dan 80an tidak membenarkan beberapa babak dalam episod 1,2 dan 3 direalisasikan dalam layar perak spt yang George inginkan.

Thursday, May 19, 2005

Pra tonton Revenge of The Sith

Jeng...jeng...jeng...jeng jejengg jeng jejengg (muzik tema star wars)

Gatal tangan aku klik klik kat website GSC. Mata aku terpaku pada skrin. Malam ini pra-tonton Star Wars ROTS di GSC SP. Pukul 11 dan 1130. Tengok jam, dah nak masuk Isyak. Tiket mesti dibeli awal. Pinjam kereta mama yang baru basuh tu, pegi solat Isyak kat masjid Muzaffar Shah di bandar. Terjumpa pulak dengan Afiq kat situ, lepas solat sumer aku, Afiq dan Fikry pegi CS beli tiket. Teman Afiq makan sambil sembang-sembang. Kena tazkirah 4-5 daih. Bagus dia nih. Indirectly dia menyedarkan aku, terus insaf. Tapi insaf-insaf kambing jerr...tiket dah beli. Orang lain tido awal, bangun awal tahajjud aper sumer...aku...dok p tempat lain pulak..kuikuikui...tau takpe. Aku dan Fikry jerr gi nengok.

Image hosted by Photobucket.comLeka dok gebang-gebang sampai terlambat masuk. Lebih kurang 5 minit.Yup, cerita Star Wars paling gelap dalam trilogi. Mengusik emosi sungguh. Rasa nak masuk dalam skrin kasik penampar jepun kat si Anakin Skywalker aka Darth Vader aka setupit dam dam, rasa sedih masa Obi Wan marah bekas apprentice dia, rasa menusuk kalbu masa Padme nangis (natalie portman...! :D)...in the end - Terer tak George Lucas menamatkan siri saga ni? Tabik spring.

Filem mesti tonton. Best! Gempak! Menggeramkan! Sedih! Sayu! Rasa nak masuk dalam skrin!

I would say this is the film of the 20th century because it ends what has been started back in 1977.

What you should expect from Revenge Of The Sith

- How Anakin turn into dark side aka Darth Vader
- From young and handsome Jedi become awful voice, black suited Sith
- The fall of the Jedi council
- The rise of the Galactic Empire
- Princess Leia and Luke Skywalker

Minor spoiler – Overwhelming of love, fear and hatred brings you closer to the darkness

Moral - tak payah la pegi tengok...dok rumah tolong mak lagi baguih dok ada. Tau takpe.. (tau takpe tau takpe...cemuih aku)

*update- utk reviu yg kritis sila klik sini

Wednesday, May 18, 2005

Batu sungai

Image hosted by Photobucket.com Lepas gi makan, aku ajak Fikry teman basuh keta...dia ok sahaja. Lepas kereta berkilat dibasuh, Fikry ajak aku gi Tupah pulak - cari batu sungai. Balik, aku letak dalam baldi dan rendam dengan cecair aper ntah yang guna utk basuh toilet tuh...semalaman, lepas tu aku berus-berus sikit dan longgok atas meja komputer...tak tau nak buat apa. Aku terfikir nak buat sebagai senjata. Mempertahankan diri. Sesapa yang pandai-pandai pecah rumah esok..haa...jeng jeng jeng

Friday, May 13, 2005

Kenduri kahwin Abg Halim

Assalamu’alaikum…

Lebih kurang sebulan setengah yang lepas, sewaktu majlis jamuan tahunan IU, aku jumpa dengan pelajar-pelajar tua yang dah habis belajar. Pada mereka ini aku berikan wasiat umum. Wasiat yang biasanya aku berikan kepada pelajar-pelajar tua yang dah nak meninggal…Err…uhuk..uhukk…yang dah nak meninggalkan kampus. Satu saja pesanan.
Dengan muka tak malu aku berkata…heheh

“Kawin nanti jangan lupa jemput saya”

Selang beberapa hari lepas wasiat itu saya sampaikan, Kak Jah msg saya di YM. Nak berikan kad jemputan kenduri kawin Abg Halim. Waduhh waduhh…ekspres sih.

Dengan semangat yang berkobar-kobar dan tidak berperikemanusiaan, aku dan Bobo meredah lebuhraya utara selatan yang kadang-kadang memukau pandangan dan kadang-kadang bosan itu demi menyahut jemputan kawin Abg Halim, yg juga Kak Jah panggil Tommy. Tommy??

Dari SP…bertotak ke Kamunting. Jumpa Bobo kat sana. Huh, banyak betul makhluk Allah yang cantik-cantik kat bumi sejuk ini. Kalau ingat subjek geografi PMR, mesti ingat daerah yang paling tinggi taburan hujan di Malaysia- daerah Larut. Agaknya sebab sejuk kot banyak awek comey lote kat sini. Tak panas = tak tension = muka happy = cun. Amacam? Jadi teori aku?...hahaha. Banyak la hang punya teori…

Dari Kamunting yang mengandungkan tahanan akta keselamatan dalam negeri tanpa tempoh masa yang pasti itu, kami bergerak pula ke sebuah tempat yang dibuka oleh Yap Ah Loy. Dalam perjalanan kami menerima khidmat mengurut secara percuma seluruh badan. Gegaran bas itu bisa menyegarkan seluruh urat yang kendur selain berfungsi sebagai agen penyegar mata yang tiada tandingan. Nak dijadikan cerita, bas pengurut itu ‘pancit’ di tengah bandaraya, setengah kilometer sebelum BTS. Jalan kaki adalah jawapannya. Back to basic – menapak…

Dari KL ke Melaka. Pengalaman yang aku takkan lupa sebab pertama kali aku tak tidur dalam perjalanan. Sebab? Sebab sebelah aku duduknya seorang awek cun. Bobo duduk seat depan. Hampehh btol. Kejap-kejap toleh belakang. Bobo kata dia tengok kitorang macam lastik. Aku menyenget ke kanan. Budak perempuan sebelah tu pulak menyenget ke kiri. Elok bebenor la tuh. Aku kalau duduk sebelah lelaki, dah lama hanyut tido. Ni karang kalau aku tido, terlentuk sebelah…tak ke haru..haru woo.

Esoknya, di rumah pengantin perempuan – aku rasa bebudak lelaki yang paling awal datang adalah aku dan Bobo, masa tengah makan baru sampai Abg Naka dan Abg Fik…kemudian..tu diaa…rombongan bebudak MMU…Shah,Blankurt,Din,Shahrul,Abg Din, Abg Amri, Abg Court, Abg GB, Abg Ezran, Abg Noyo,Abg Pzan,Abg Kurt…dan ada beberapa rombongan asing-asing…Abg Ikram…Abg Shah convoi dgn Abg Anas dan Abg Emon…D Owe ada, Abg Rafiq, Abg Taha, Abg Dwen..rasa macam kenduri sendiri pulak..kuikuikui

Muslimat pun ramai yang datang. Kak Shima yang nak kena dera time kenduri kawin nanti tu pun ada. Tp yang paling aku takleh lupa adalah dua orang pemudi yang kena tipu dengan Bobo. Cik Sakura dan Kak Jah…mati-mati diorang ingat aku dan Bobo gi jalan2 kat Penang.Bobo siap suruh kirim salam tuhh…tp biasalah, korang bukan baru sehari kenal Bobo.

Lepas dah makan sumer, sambil menunggu-nunggu mana lah Abg Halim si pengantin nih…panas betul hari tuh..takkan nak balik, jauh datang tak jumpa pengantin, mmg tak berbaloi wa cakap sama lu. Tunggu punya tunggu, akhirnya terdengar bunyi orang main ketuk-ketuk. Hah, tu diaa…Abg Halim berjalan sambil diiringi paluan kompang, segak berbaju pengantin kuning keemasan sambil keris tersisip kemas di pinggang. Ewaahh.

Nak tau, tatkala melihat sahaja pengantin lelaki, fikiran aku dah menerawang…nak kata tak percaya, mmg kena percaya sebab aku tengah tengok ni pun. Aku terfikir inikah Abg Halim yang dok usik mengusik di masjid kampus dahulu? Inikah Abg Halim yang suka buat mata *ehemnya itu ? atau inikah Abg Halim yang tolong tahap maut dalam penerbitan Siswa CafĂ© walaupun terang-terang majalah itu bukan di bawah tanggungan biro ekonomi (jazakallah)...sekarang Abg Halim dah masuk ke alam yang lain. Bukan alam main-main lagi. Sekarang di bahu Abg Halim terpikul satu beban dan amanah yang cukup besar. Sekarang Abg Halim dah jadi seorang suami. Sekarang Abg Halim dah jadi orang…Yang belum kawin sumer ni belum jadi orang lagi…heheh..oii ni bukan fatwa tau, memain jerr…kang ada yang pegang buat hukum kang mmg naya blog Aben…heboh dalam paper

“Sesiapa yg belum kahwin belum jadi orang – Aben” ahh sudahh…

Image hosted by Photobucket.com
Sila klik pada gambar di atas untuk versi yang lebih besar. Gambar ehsan daripada Blankurt. Jazakallah.

Di kesempatan dan di pengakhiran kata ini, ingin saya nukilkan jutaan tahniah kepada Abg Halim dan Kak Fathiah yang baru melangsungkan perkahwinan itu. Semoga berbahagia dan mendapat redha Allah, bukan setakat anak cucu mahupun hingga hujung nyawa sahaja, insyaAllah selama-lamanya. Jutaan terima kasih juga kerana menjemput saya dan kengkawan yang lain.