Monday, February 28, 2005

Salam untuk Minami

Salam Untuk Minami

Bersama kenangan gugurnya sakura yg masih berkembang
Bersama impian yang masih berkaca
Bersama kasih yang sekian lama tertawan
Bersama rindu hari-hari di sini
Juga bersama senyummu.
Salam untuk Minami.

Kelelahan ini mengutip semangat
Kelelahan ini mengajar ketabahan
Kelelahan ini umpama mimpi yang indah
Kelelahan ini bagai peledak ketaksuban
Dengan kelelahan ini, saya sampaikan salam untuk Minami.

Kerat hati ini terdetik lagi
Simpulan nyawa yang masih membungkam
Bersama hadirnya sinar semalam
Bersama hadirnya bayang-bayang dulu
Bayangan Minami membunuh saya.

Di sebelah tetingkap sambil menulis puisi
Saya letakkan gambar Minami
Menulis puisi sambil ditemani Minami
Sambil menaip mata saya melihat
Saya nampak Minami merenung
Seakan bertanya, di mana saya, di mana awak?
Tersedar, saya masih dalam percutian yang panjang!

Tahukah Minami,
Tiap kali selesai berhadapan dengan Al-Ghafar
Tiap kali itu
Muncul kerak-kerak kasih
Yang kian lama kian cair
Lalu membanjiri lubuk hati saya.
Ya Allah, kenapa kasih ini tidak mahu pergi?
Kenapa tidak lenyap dan berlalu sahaja
Kenapa tidak hilang dan ghaib daripada sapaan hati

Saya ketemu jawapan.
Kerana hati saya tidak merindui Al-Qayyum!
Sungguh bangsat sekali seorang Aku!
Masih lembik dengan hayunan fatamorgana
Masih pondan dengan lirikan tanah gersang
Masih hayal dengan ketulan-ketulan candu cinta

Sampai sini salam untuk Minami.
Sampai sini salam untuk Minami.
Sampai sini salam untuk Minami.
Semoga hari-hari yang mendatang mengingatkan
Harapnya esok yang muncul menduga
Semoga lusa yang menjenguk tersenyum
Agar tulat yang melirik tahu
Ini adalah salam sayonara untuk Minami...

"Sayonara Minami"
Tp saya tahu sayonara ini hanya untuk sementara
Hahahahah....gila gila.


-Stridz, 28 Feb 2005, 0308

2 comments:

Anonymous said...

kem salam ngan Minami....

-AuRuM-

Stridz said...

Erkk...tolong tarik balik kiriman tu. Saya tak dapat sampaikan salam awak.