Saturday, February 12, 2005

Maal Hijrah 1426

Assalamu'alaikum.

Salam dari negeri jelapang padi. Esok insyaAllah adalah hari keberangkatan pulang ke kampus. Awal pagi ini saya menaip. Mengetuk-ngetuk sedikit sebanyak papan kekunci untuk sekelumit entry sempena tahun baru hijrah 1426. Bukan saya tidak mahu menaip lebih awal, bukan saya tidak mahu mengemaskini blog ini dengan berterusan tetapi masalah kelajuan internet di rumah saya yang masih setanding dengan kelajuan seekor kekura ini nyata menghadirkan sifat malas yang berterusan dalam diri saya yang sememangnya malas. Sedar atau tidak, perkara yang ditinggalkan agak lama sebenarnya mengundang sifat kekok apabila ingin meneruskannya semula. Saya kekok untuk menaip kembali. Walaupun jari saya masih mempunyai sentuhan cara menaip seperti dulu, seperti sebelum-sebelum ini tapi untuk menterjemah apa yang otak saya fikir di atas papan kekunci tidak lagi seperti dulu.

Saya tidak mahu menceritakan aktiviti saya sepanjang di rumah selama cuti ini. Banyak. Itu sahaja. Banyak apa, ikutlah kalian nak fikir apa. Banyak tidur? Banyak makan? Banyak duduk depan komputer? Terpulang. Cuma, satu yang saya tidak dapat lupa apabila Tok menangis melihat kepulangan saya. Rasa macam baru balik perang pulak. Saya tidak pasti mengapa, saya tahu perasaan orang-orang tua ni susah nak difahami. Itu kata papa.

Daripada khutbah Jumaat di MMU seminggu sebelum saya cuti sehingga ke khutbah Jumaat di USM semasa saya cuti, tak habis diperkatakan - Tsunami. Daripada teman chatting di YM sehingga teman di rumah pun tidak habis memperkatakan Tsunami.Termasuk entry kali ini, maka bertambahlah populariti Tsunami yang sedia disebut-sebut itu. Bagi yg belum tahu, Tsunami bukanlah nama seorang awek Jepun , bukan juga nama permainan komputer hatta nama model kereta baru daripada Honda mahupun Toyota. Tsunami adalah nama untuk ombak laut besar yang ketinggian dan kelajuannya adalah luar biasa. Sila rujuk entry Tsunami di dalam blog ini. Ada yang kata Tsunami ini adalah pembalasan ada juga yang mengatakan bahawa kehadiran Tsunami ini adalah sebuah kaedah restructuring umat Islam akhir zaman, proses penapisan. Tidak kurang juga dengan pelbagai fenomena aneh lain yang mengiringi tragedi tersebut. Macam-macam adaa.

Apa signifikan Tsunami dengan entry sempena Maal Hijrah 1426? Saya tertarik dengan khutbah Jumaat di MMU seminggu sebelum cuti itu. Khutbah yang disampaikan itu antara lain menyebut (lebih kurang - maaf jika tersilap) Tsunami ini tidak dapat memberi petunjuk. Tsunami tidak dapat mendekatkan kita dengan Allah dan sunnah Nabi. Cukup-cukuplah berkata soal tsunami dan kejadian aneh sana sini. Hakikatnya perkara itu dan perkara ini telah pun berlaku. Nak cakap apa lagi kan? Ambillah tsunami dan pelbagai bencana lain sebagai sebuah peringatan agar amal-amal kita dapat ditingkatkan. Sekarang adalah masa untuk bertindak.

Kekadang saya pelik dan hairan juga dengan diri sendiri. Semangat melampau-lampau. Azam menggunung. Konon la. Hakikatnya perlaksanaannya tidak pernah terjadi pun. Heheh.

Saya tulis ini sebenarnya untuk diri saya juga. Sambil menulis, mengeluarkan isi otak, sambil mata melihat-lihat. Kesannya tentulah kepada saya. Jika kamu nak terima, silakan. Boleh juga dikatakan saya ini taip tak serupa bikin. Heheh. Ya betul. Untuk menaip ayat dan isi yang sedap-sedap, senang . Tapi nak melaksanakan apa yang saya taip, waduh-waduh mohon kekuatan daripada Allah. InsyaAllah.

Selalunya apabila tiba tahun baru, pelbagai azam akan kedengaran. Saya juga punya azam pada tahun baru ni. Banyak. Tp yg boleh saya kongsi adalah sy berazam untuk membina pertahanan kewangan. Sesiapa yang pernah membaca buku Jutawan dari Planet Jupiter pasti akan tahu apa yg saya maksudkan. Pada saya, timeframe sebagai seorang pelajar ini lebih sesuai membina pertahanan (menyimpan wang) semantap mungkin berbanding serangan (mendapatkan wang - melabur,berniaga dsbnya). Selama ini byk sy gunakan wang ke tempat yang tidak sepatutnya seperti makan ntahapahapantah, padahal saya boleh makan benda-benda yang berkhasiat dan murah seperti sayur dan ikan. Sepanjang pemahaman saya membaca buku itu, pertahanan adalah lebih penting berbanding serangan kerana jika kita hanya hebat menyerang, maka kita hanya berperanan sebagai tempat wang bertukar tangan. Sebanyak mana wang masuk, sebanyak itu malah mungkin lebih banyak lagi wang mengalir keluar. Saya teruja dengan timbunan-timbunan teori yang dikemukakan. Ya cara itu digunakan penulis dan ianya berkesan. Untuk setiap perkara, perlu disertai dengan usaha dan kaedah yang tepat. Tetapi saya juga memegang janji Allah bahawa jika kita membantu agama Allah maka semua masalah dunia akan diselesaikan. Contoh - Sahabat Rasulullah.

spt kata org itu - "When we try to please Allah then Allah will subject the whole world to us" dan saya jumpa dengannya, Allah datangkan dia. Maka rindu saya agak terlepas. Selepas dia balik, saya semakin rindu. Gila. Kuat betul kuasa cinta walaupun sesama lelaki. Camana ni Diqq? Dia betul lain daripada lain. Heheh

1 comment:

kak Jah said...

mr idzwan nizam jamal abd nasir, SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH!!

::org jatuh cinta mmg mcm tu