Friday, January 14, 2005

Saya dan Metallica

Salam kasih bertaut ceria, salam ukhuwwah pembuka bicara. Bertemu lagi kita dalam arena bicara tanpa suara.

Saya suka kumpulan Metallica. Pertama kali dengar muzik mereka lebih kurang 6 tahun lepas, lagu berentak perlahan - The Unforgiven dalam album Metallica (Black) saya terjatuh hati. Saya ulang dengar kaset yang dipinjam daripada kawan itu berkali-kali, tapi lagu itu sahaja. Nasib baik pita kaset itu tidak terputus. Namun, kebanyakan lagu-lagu yang termuat dalam album itu hebat-hebat belaka antaranya Nothing Else Matters, Enter Sandman, Of Wolf and Man dan Wherever I May Roam. Kekadang boleh menghadirkan semangat. Kekadang boleh saja-saja layan. Saya tidak pasti perasaan apa yang terbawa sebenarnya. Cubalah dengar. Mungkin gegendang telinga kita disesuaikan dengan frekuensi yang berlainan. Jadi lain orang lain citarasanya. Saya pun bukan hari-hari dengar heavy metal, kadang-kadang layan juga Backstreet boys, kekadang dengar juga Dave Koz dan Kenny G. Kadang-kadang pasang juga lagu Sudirman. Ikut mood.

Bagi saya, kumpulan Metallica adalah lagenda. Pada tahun 2000 saya teruja dengan album S&M bersama San Francisco Symphony orchestra (album itu lahir pada tahun 1999). Bagi saya lagi, itu adalah karya agung dalam hasil seni mereka. Rasanya sesiapa yang tidak meminati muzik-muzik daripada 'aliran' itu juga akan tertarik. Sehingga kini, sudah hampir 4 tahun, masih tidak jemu untuk mendengar.





"Huh,tune dah lari, anak Leman la nih main gitar aku semalam...tak guno." - Kirk Hammett





" Yearghh yearghh...yeaiii...alamak suara lari. " - James Hetfield





Dalam hati- hancuss eden lupo lirik..malu-malu.. hentam jerit sajalah "Warghh..warghh!!" - Jason Newsted






Woi abang!! Saya suruh awak beli santan...kat sini awak eh, main drum.

"Arghh mampus, bini aku..." - Lars Ulrich



* Gambar di atas adalah petikan daripada persembahan Metallica bersama The San Francisco Symphony orchestra yang dipimpin oleh Michael Kamen. Ayat-ayat dialoq itu hanyalah berunsur jenaka sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.


10 comments:

Anonymous said...

The Unforgiven II lebih menyengat!!!!

-AuRuM-

Anonymous said...

huh...tak minat..

Stridz said...

awak adalah org pertama yang sy tahu lebih suka The Unforgiven II...hmm, ok ok. Gegendang telinga masing2.

tak minat?...tak kisah, muzik sahaja. Kita ada byk pilihan kan. Jgn sampai muzik mempunyai rentak dlm otak kita tiap ketika pula, bahaya tu.

Anonymous said...

takkan awak x sedar2 lagi kott... saya akan sentiasa menyongsang arus...

-AuRuM-

person said...

salaam

Stridz said...

Muslim -

Salaam.

Anonymous said...

saye lebih prefer michael 'owen' learns to rock (MLTR) hehehe... :D. lagu diorang mengusik kalbu especially lagu 'you took my heart away' & 'blue night'. dengar2 jugak, cume jangan sampai melalaikan.

-Putra Loneheart-

Stridz said...

wah wah wah...peminat mltr yerr. Saya pun suka dengar mltr jugak. Album the greatest hits. Banyak lagu sentimental value/ evergreen dalam tu. Mmg boleh layan.

Stridz said...

lagi satu, cube nih. Lagu lama, soundtrack The Matrix.

band - Rage Against The Machine
Tajuk lagu - Wake Up

Anonymous said...

hurmm..saya suka lagu saya buat sendiri...hihih