Wednesday, January 05, 2005

Perutusan sebelum kebangkitan akhir

Ini bukan soal kejadian tsunami baru-baru ini. Bukan soal kejadian di Tak Bai. Bukan soal di mana-mana. Cuma aku ingin menukilkan sedikit perutusan sebelum kebangkitan akhir.

Kamu tahu, sekarang ini adalah zaman kerosakan umat. Kamu tahu, sekarang adalah zaman di mana agama tunggang langgang dalam kehidupan kita. Dalam kehidupan muda-mudi, dalam kehidupan mak dan bapak muda mudi, dalam kehidupan kita semua.

Kita bangga dengan dunia barat. Aku bangga juga. Kita merasakan bahawa mereka adalah pelopor ketamadunan manusia. Mereka-mereka yg tidak mengikut aliran barat adalah ortodoks, out dated, jumud, ketinggalan zaman, kuno...itulah yang kita rasa, atau paling tidak yang aku rasa. Kamu mungkin tidak rasa demikian kerana kamu adalah orang baik-baik.

Kamu tahu, kita menterjemahkan Islam mengikut hawa nafsu, mengikut sedap perut, mengikut suka hati kita. Suka-suka hati. Kita menterjemahkan Islam mengikut kepandaian otak kita yang sememangnya bengong. Ya, bengong. Sebab bengonglah Allah turunkan Islam sebagai panduan, tp kita yang dah sedia bengong pandai-pandai membengongkan lagi keadaan.

Kamu tahu, Islam itu mudah. Tapi jangan kita mempermudahkannya. Jangan sekali-kali. Islam bukan persamaan kuadratik yg perlu dipermudahkan. Islam bukan fourier series yang perlu diselesaikan demi secangkir frekuensi. Bukan. Bukan. Islam itu adalah landasan hidup yang sempurna. Penyerahan jiwa secara total kepada zat yang Maha Suci, Allah S.W.T. Apa yang termaktub itu yang kita turut. Takkan seorang jurutera tidak tahu baik buruk ciptaannya. Allah yang mencipta, Dia lebih tahu. Kita berasa susah, kita terasa sempit, kita terasa seperti dikongkong. Ya, seperti anak-anak muda yang baru akil baligh terasa disekat pergerakannya oleh ibu bapa. Walhal emak dan ayah telah tahu akibat daripada perbuatan kita dan sentiasa mahukan yang terbaik. Itulah apa yang kita rasa dengan Islam.

Kamu tahu, hari ini saya lebih suka buat apa yang saya suka. Bukan apa yang Allah suka saya buat. Saya berlagak dengan Allah, itulah hakikatnya. Saban hari, tiap ketika dan saat saya mengutip nikmat Allah di atas muka bumi tanpa rasa malu, tanpa rasa rendah diri, tanpa was-was. Tapi Allah tidak pernah pun minta bayaran. Saya minta lagi ditambah nikmat. Ahh, betapa tidak malunya saya.

Kamu tahu, saya lebih senang berjaga malam hingga 2-3 pagi untuk menonton filem, menggodek Linux, mendengar lagu, keluar minum bersama kawan-kawan tp saya amat susah untuk berjaga malam demi 2 rakaat solat tahadjud. Saya amat susah bangun malam demi beberapa ketika bersama pencipta kita. Saya mengaku cintakan Allah. Tp dengan perlakuan saya itu, cinta jenis apakah namanya? Bijak di bibir berkata di hati lain cerita.

Kamu tahu, entry ini saya tujukan kepada diri sendiri. Jika kamu nak terasa sama, dipersilakan. Semoga kita sama-sama dapat bangun sebelum kebangkitan akhir.

Bangun daripada lena dan tidur yang panjang. Makmurkan rumah Allah, dekatkan jiwa dengan rabbul izzati, tingkatkan amal-amal dan peribadi Islam dalam diri. Tak tahu, jom amik tahu, amacam?

Kamu tahu, dahulu di perbukitan ilmu sebuah tempat di tengah barat semenanjung, telah bangun gelombang kebangkitan pelajar. Ini cerita lama. Cerita dulu-dulu. Zaman Dr. M belum menjadi Perdana Menteri Malaysia, zaman di mana tiada siapa berminat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim tetapi berebut-rebut utk menjemputnya, zaman rambut afro macam Alleycats. Siapa sangka ayah saya dan ayah Aurum pernah berjuang di bumi yang sama. Ketika itu ayah saya belum mempunyai apa2 tanda bahawa dia bakal menjadi seorang ayah, bakal menjadi ayah kepada seorang budak yang menulis blog ini. Zaman itulah.

Siapa sangka 30 tahun kemudian, di tempat yang lain, dengan kudrat dan iradat Allah, maka saya dan Aurum ditakdirkan untuk berada di tempat baru dan berjuang bersama-sama. Mungkin 30 tahun akan datang, anak Aurum dan anak...err...ehem!...generasi anak-anak kita akan berjuang bersama-sama lagi..

2 comments:

Anonymous said...

saya juga ingin memberi komen.... tp, x tau aper!!!

-AuRuM-

Anonymous said...

history repeats itself.....

-AuRuM lagi..-