Friday, January 28, 2005

Nak letak tajuk aper ni? takde idea.

Saya kesepian. Saya kesunyian. Saya kerinduan. Jerit blog saya. Maaf lah, lama tidak mencoret di sini. Cewahh, ayat tipikal untuk baris pengenalan. Sekarang saya menghadapi 3 peperiksaan dalam masa 3 hari. Berturut-turut. Matekejut (matematik kejuruteraan utk pelajar UX..), MicroProcessor n Microcontroller akhir sekali, Signal and System. Ketiga-tiganya adalah matapelajaran teras. Otak saya bercelaru. Rasa macam kapal terbang pusing-pusing. Rasa macam roller coaster turun naik. Rasa macam...rasa macam...ahh - nak balik. Saya nak balik rumah sebetulnya. Heheh.

Aidil Adha yang baru lepas, saya ada di rumah. Di Sungai Petani. Kedah. Sekejap sahaja cuti. 3 hari. Tapi hebatnya Allah, tidak perlukan cuti yang lama untuk memberikan saya banyak pengalaman menarik. pengalaman yang menyeramkan. pengalaman yang bisa memusnahkan imunisasi badan. Nak demam. Tapi saya adalah seorang lelaki. Apa kata adik-adik kalau saya sendiri gelabah. Apa kata mama kalau saya tidak bisa menunjukkan bahawa saya punya sesuatu untuk diharapkan sebagai seorang abang. Sebagai seorang lelaki. Saya harus tabah, atau sekurang-kurangnya berlagak tabah walau diri saya tidak sehebat mana. Walau diri saya tidak sehandal mana. Dalam diri, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya berpura-pura tenang. Hakikatnya saya hanyalah pengecut khalayak- kata Kartunis tembakau.

Balik saya ditemani oleh kawan-kawan. Siapa lagi kalau bukan Is dan Naim. Pulang bersama. Memandu. Pemandu itu adalah Is. Aku, tidur di sebelah. Seperti biasa. Kegemaran saya adalah memandu tetapi bukan melihat orang memandu. Melihat orang memandu adalah pekerjaan yang paling saya tidak suka. Jadi saya buat benda yang saya suka. Tidur. Selepas menghantar adik Is dan kawannya di ATMA, kami pulang dan lepak dan tidur di kajang. Aha, malamnya Aki datang. Bersusah payah menunggang motosikal daripada UTM semarak untuk bertemu kami. Tidak sempat jumpa di SP, tetapi Allah menyempatkan kami untuk bertemu di lembah yang lain. Kami tak buat apa pun. Keluar makan-minum di seksyen 1, berhampiran UKM. Nampak banyak jugak orang. Tapi satu pun aku tak kenal.

Sambil menaip, saya menjeling ke arah jam. Alamak, dah pukul 2 pagi. Ahaha..konon. Tadi saya baru melepasi azab pertama- peperiksaan matekejut. Semasa peperiksaan,dalam pada otak saya sibuk mencari ilham dan inspirasi, sibuk mencari lubang-lubang idea, sambil mata saya melihat-lihat lampu kalimantang di syiling, saya dapat sms. Adik aku rupanya. Tanya susah kerr tak soalan. Aduuuu...soalan xm, tiada yang susah mahupun senang. Soalannya macam tu jugak. Kona pi kona mai, apa yang di ajar dalam kelas jugak. Cumanya yang menjadi susah, yang membuatkan susah adalah kita sendiri. Tak belajar, senang pi la macamana pun jadi susah jugak. Kalau belajar, susah la macamana pun senang jugak. Betul?...tak betul? takpelah saya tidak mahu berdebat hari ini. Esok xm MicroP pulak. Kenang daku dalam doamu. Berusahalah!!

No comments: