Monday, January 10, 2005

Kursus Perkahwinan - Bhgn 2.

Ok. Sambung cerita kursus kahwin. Pagi itu, aku terkejut dengan kehadiran 2 orang senior. Baru beberapa hari lepas aku teringat, hari ini muncul.

Aku, Aidiff dan K-Own, duduk di barisan paling hadapan. Sebagai hadiah, aku terima sebuah soalan yang mencabar. Seorang ustaz tanya,

"Kenapa nak kawin?"

Aku rasa semua mata dalam dewan kuliah itu memandang. Tak tahu samada aku perasan seorang. Hati aku nak jerr jawab, kerana nafsu. Tapi mulut aku pulak cepat teringatkan cakap seorang ustaz dulu, kita kahwin kerana agama. Maka itulah yang terkeluar daripada mulut aku. Bak kata orang, kita akan diuji dengan apa yang kita cakap. Aku harap aku tidak diuji dengan itu, bimbang hakikat yang bakal berlaku tidak setulus bait perkataan yang terjah keluar daripada mulut aku pagi itu. Astaghfirullah...

Dipendekkan cerita, 2 hari aku melalui kursus itu. Katanya sijil itu sah sepanjang hayat untuk perkahwinan pertama. Maknanya, kalau nak kawin kali kedua, sijil itu tidak laku lagi. Bagi aku, cukuplah menghabiskan masa lebih kurang 16 jam mengharungi keperkasaan penghawa dingin bilik kuliah itu, cukuplah segalanya. Minta agar sijil ini tidak hilang, tidak dimakan tikus atau makhluk perosak lain.

Ditauliahkan dengan sijil ini bukan bermakna cukup syarat untuk kahwin. Banyak aspek yang perlu dilihat. Terlalu banyak. Bagi aku, juga kata penceramah di sana, sepatutnya kursus ini dihadiri oleh peserta-peserta seperti kami, yang lambat lagi hendak berumahtangga, bukan oleh pasangan-pasangan yang lagi seminggu hendak diijabkabulkan. Secara peribadi, ini adalah kursus pendedahan dan persediaan. Pendedahan terhadap persepsi rumahtangga, sikap dan kualiti yang sepatutnya dipupuk oleh bakal suami/isteri lebih awal. Orang kata, nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Saya kata, nak membina 'rumah tangga' biarlah pandai cari tapaknya. Jadi kami peserta-peserta kursus itu diajar cara-cara mencari dan membina tapak yang sesuai.

Ditauliahkan dengan sijil ini bukan bermakna cukup syarat untuk berkahwin. Sijil ini hanya melengkapkan syarat zahiriah bahawa perkahwinan itu nanti boleh didaftarkan di Malaysia. Itu syarat kerajaan Malaysia tetapkan. Namun, syarat yang Raja Segala Raja tetapkan, syarat yang Tuhan Sekalian Alam tetapkan hanya dapat saya sentuh dengan pandangan mata, belum lagi untuk menggapai.

Wallahu'alam.

2 comments:

Anonymous said...

rancak jgk ek.... topik pasal kursus kawin nih kat mana2.... so, simpanlah baik2 sijil sepjg hayat anda tuh.... jgn hilang2 plak.... jenuh nak amik lagi!!

// kalau nak kawin utk 2nd round... nk kene g kursus lagi ker??

-AuRuM-

Stridz said...

kalau tak silap, boleh renew jerr...interview rasanya.