Wednesday, January 19, 2011

Tidak punya apa-apa

"Idzwan. Baca buku ni. Baru rasa diri tidak ada apa-apa" Abg Amri melangsungkan pandanganku kepada kitab Al-Hikam tulisan Asy-Syaikh Ibn 'Ataillah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. 5 tahun dulu. Namun hingga sekarang aku masih belum menyeluruhi buku itu. Masih tertangguh sekitar bab awal.

Rasa diri tidak ada apa-apa.

Sulit sekali untuk punya perasaan, jiwa dan fikiran begitu sesungguh hati, ikhlas dan jujur kerana Dia. Sulit. Untuk rasa 'tidak punya apa-apa'. Kerana manusia pada kebiasaannya mahu dihargai dan disanjungi.

Manusia luar biasa sahaja yang tidak suka begitu. Adakah manusia luar biasa itu aku atau kamu?

Barangsiapa yang yakin dirinya berasa tawaduk, maka beerti dia ialah orang yang benar-benar takabbur. Kata Khairul Azzam saat mensyarahkan Al Hikam, menggantikan Kiyai Lutfi Hakim yang terpaksa menghadiri majlis perkebumian. Walaupun hanya petikan dalam sebuah cerita Indonesia, namun ada pelajaran yang penting di situ.

Sesungguhnya mainan, tipu daya, strategi ultra licik syaitan sangat halus terhadap hati manusia.

Salah satu contoh cubaan syaitan

Ini sebuah kisah yang diceritakan kepada saya. Kalau tukang cerita itu tipu, maka tertipulah saya. Anggap saja cerita ini sebagai pengajaran. Lebih kurang ceritanya begini. Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadat yang sangat taat dan patuh kepada perintah Allah. Pelbagai cubaan dilakukan oleh syaitan dan kuncu-kuncunya untuk menyesatkan abid itu menemui kegagalan. Sehingga pada satu hari, iblis menyerupai manusia dan berjumpa dengan abid tersebut.

"Aku iblis. Ketua dikalanganku. Hari ini aku datang kepada kau untuk menyatakan rasa kagum dan berputus asa kami terhadapmu. Kerana sehingga hari ini kami gagal untuk menyesatkanmu. Kamu memang hebat"

"Lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya upaya melainkan dari Allah)." Kata abid itu.

"Kali ini, aku benar-benar berputus asa. Jika tadi kau menyatakan dengan bangga dapat terhindar dari kesesatan, nescaya aku telah berjaya menyesatkanmu" Iblis.

Ikutilah contoh abid tersebut. Rasa diri tidak ada apa-apa. Segalanya kembali kepada Allah. Kita ni, sungguh, tidak ada apa-apa pun. Kalau diberi petunjuk, tidak ada lain hanyalah semata-mata kerana kasih sayang Allah. Kalau dipilih untuk melakukan kerja agama, juga semata-mata kerana pilihan Allah.

Kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat, perkara ini perlu menjadi sesuatu yang patut diulang semak berkali-kali. Kerana ini adalah salah satu indikasi tentang kondisi hati.

Allahu'alam.

2 comments:

Afida Anuar said...

Allah.... lalainya manusia yang bernama aku.. senang ditipu syaitan..

N.u.R.u.L A.i.N.i.e ~ said...

nice entri. syukran kasir d atas perkongsiannya. may Allah bless u alwas ! :)