Saturday, March 05, 2011

Melihat Gunung Jerai dari jauh

Pada waktu pagi, setelah Ramli masuk kerja, check email dan godek-godek apa patut, tiba-tiba Ramli teringat dia belum sarapan pagi. Maka Ramli naik ke tingkat 10. Mahu pekena susu perisa coklat. Jadilah buat alas perut, sambil cuci mata.

Di tepi dinding kaca, Ramli cuci mata tengok apa yang berlaku di bawah sana ketika hari baru bermula. Terlihat orang, motor, bas, dan kereta. Seakan semuanya nampak perlahan, cantik dan mendamaikan. (Padahal baru tadi Ramli menyumpah bas ketika hendak melintas jalan sebab asap bas hinggap di muka, tak kacak jadinya hari ini )

Namun bila berada di tempat yang jauh, melihat keadaan sama membawa pandangan berbeza.


"Cuba tengok Gunung Jerai." Kata papa kepada Ramli ketika mereka berdiskusi di ruang tamu. Habis ikhtiar Ramli fikir, apa kena mengena Gunung Jerai dan masalah dia yang agak besar itu.

"Aaa...kena keluar pegi tengok sekarang?" Ramli.

"Bayangkan. Bayangkan." Papa.

"Ok." Ramli.

"Nampak cantik dan tenang tak?" Papa menduga.

"Cantik." Ramli.

"Tapi, bila kita sendiri ada di Gunung Jerai, katakanlah...kita sedang mendaki." Papa berhenti seketika. Ramli terkebil-kebil cuba sedaya upaya hadamkan falsafah mahal papa.

"Katakanlah kita sedang mendaki Gunung Jerai. Maka banyak kesusahan yang ada di situ. Hutan tebal. Binatang buas dan merbahaya. Hilang ketenangan dan kecantikan ketika melihat Gunung Jerai dari jauh." Papa.

"Begitu juga dengan masalah. Kadang-kadang sesuatu masalah tu, kita hanya perlu lihat dari jauh. Tidak perlu pergi terlalu dalam. Maka kita akan nampak cantiknya masalah itu." Papa. Mengakhiri.

"Seperti melihat Gunung Jerai dari jauh..." Ramli berkata perlahan.


'Take one step to the side of life to observe, recount and appreciate the beauty of your problem. '


Habis sudah secawan susu periksa coklat. Sarapan pagi yang tidak berapa sempurna ini adalah kali terakhir. Esok Ramli azam mahu makan berat-berat. Entahlah azam untuk kali keberapa.

2 comments:

Afida Anuar said...

Patut la kurus, pagi minum susu coklat je aben? eh Ramli

Wonder if the aliens 've just abducted you..

Stridz said...

kak fida: tu la. patut la kurus Ramli tu. :D

Abducted by alien? me? Taklah. Alhamdulillah. Sihat sejahtera saja.