Saturday, January 01, 2011

2011

"Happy new year! You had been a great friend. Thank you so much!" Sms daripada Chia. Kurang lebih 20 minit sebelum jarum jam menginjak ke angka 12.

Aku di ruang tamu, bersama teman-teman serumah tengah menonton tv sambil makan Dominos.

Sepanjang setahun lepas, bukan...sepanjang kehidupan yang telah lalu, aku terfikir adakah kehadiran aku telah membawa sedikit sentuhan dalam hidup manusia lain?

Dalam kerangka teman-teman rapat yang kecil, keluarga dan rakan sekerja...sekurang-kurangnya aku harap kehadiran Idzwan ini, sementara dia masih hidup, sementara masih ada, pernah membawa sedikit manfaat. Tidak banyak, sikit. Sikit yang berisi dan cantik.

Ada kenangan untuk ditinggalkan nanti. InsyaAllah.

Selamat tinggal 2010. Kamu sangat istimewa.

3 comments:

Afida Anuar said...

Ada aben...ada..dan bukan sedikit, tapi banyak!

tropical_jingga said...

Abenn.... selamat tahun baru :)

kekallah menjadi kawan yg baik utk kami semua... yer.~~~!!

Stridz said...

kak afida & kak jah: ^_^