Tuesday, September 28, 2010

Life. You create the opportunity

"Do you wait for opportunity or do you create the opportunity?" Joseph.

Aku diam. Berfikir. Berfikir kenapa dia tanya begitu. Jawapan seterusnya akan membawa kepada hala tuju perbincangan yang bagaimana. Minda aku ligat.

"I don't know" Saja aku jawab begitu. Biar dia terus ke point utama. Bicara soal subjektif sangat bergantung kepada perspektif.

"We create the opportunity" Dia membalas.

Dia ceritakan sedikit kisah hidupnya kepada aku. Dia bukan anak kegemaran. Ibunya lebih memberi perhatian kepada abangnya. Aku yakin dia mungkin anak yang nakal. Kalau tidak sedikit nakal, mungkin super nakal. Dia rasa tersisih.

Perasaan tersisih daripada ibu sendiri adalah sesuatu yang sukar untuk aku hadam. Ada lagi ye cerita begitu dalam masyarakat zaman broadband ni. Ala-ala cerita bawang putih bawang besar. (Sama lah bawang besar dengan bawang merah). Tapi itu ibu tiri, ini ibu sendiri yob.

Kemudian, kalau tak silap, pakciknya memberi sepatah dua kata yang mungkin tahap Dr. Fadzilah Kamsah memberi motivasi. Dengan semangat yang membara,
dia memilih untuk belajar bersungguh-sungguh dalam STPM, seterusnya melanjutkan pelajaran di UUM dalam bidang IT. Sekarang bergelar jurutera validasi di salah sebuah syarikat MNC terbesar di dunia.

"Kalau tak belajar betul-betul dulu. Sekarang lepak tepi jalan main gitar." Dia mengakhiri perbualaan.

Jika dilihat kepada perwatakannya, nampak lebih kepada ahli kongsi gelap berbanding jurutera. Ataupun ah beng yang menjual vcd haram berbanding profesional yang bergelumang dengan Linux. Rambut cacak keperangan. Seluar khakis poket banyak.

Walau apa pun tanggapan aku pada mula, itu tidak penting, kerana kita acapkali disuruh jangan mengadili buku dengan melihat muka depan. Walaupun ada juga sekali dua aku beli buku sebab cover cantik (Lepas tu padan muka, content tak best!).

Dia adalah team leader. Tapi kadang-kadang, kawan dan abang. Mostly, actually.

Hari tu, aku menghadapi sedikit cabaran di tempat kerja. Lantas fikiran aku terus teringatkan dia. Bagi aku dia ada memainkan peranan yang besar dalam perkembangan karier aku. Lalu aku hantar email kepadanya.

I just received your sms. I think it is better for me to write an email to you. After all I don’t really like to communicate through sms.

I am fine, as usual. Getting used to the new working environment.

Yesterday I was having an impediment at work. Then I remember how you told me that we should enable people and help them to grow.

I strongly believe that true success is not when you can grow alone but in the contribution that you could give to others and help them to grow as well.

I just want to say thank you for your help, while I was in Intel. I think you have done a great job, enabling me to grow back then.

Keep up the good work.

5 comments:

Afida Anuar said...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka"...think best desribes your friend..waAllahualam..

akak pandai tulis je, tapi akak selalu wait for the opportunity to come, bukan create ~sigh...huhu..something need to be done..

PS: Aben kerja kat tempat lain pulak ke?

Stridz said...

Kak Fida: Saya yang menulis ni pun...agak2 2x5 jugak :D

kak Jah said...

bawang besar dgn bawang merah serupa ke???
bwg besar = onion / bwg merah = shallot... walaupun mereka dr keluarga yg sama.. tp tak serupa!!!

Stridz said...

tropical: ha'aa tak serupa. tp sama kan?

p/s dlm byk2 benda sy tulis, awk perasan kat part bawang je? kesian sy...

kak Jah said...

saya orang biasa2.. org dapur... so, tak nampah falsafah yg tinggi2 tu...