Monday, January 15, 2007

Ucap tama 2007

Kedinginan bayu malam menyapa. Angin menerjah lembut, menguliti rambut dan muka. Sesekali mata berkelip. Di mulut feri yang terbuka aku lihat Pulau Pinang yang bercahaya di hadapan. Di bawah, air laut pecah berombak, berdebur diharung muncung feri.

"Tumm...tumm!!" Bunyi mercun. Satu warna yang tadi satu kini berpecah di dada langit. Warna-warni yang mencorakkan kanvas malam yang hitam dan kelam. Sangat Indah.

"Ponnn....Ponnn...Ponnn!" 3 kali feri di pelabuhan Pulau Pinang membunyikan serombongnya. Tanda tahun 2007 sudah bermula dan 2006 yang penuh dengan kenangan sudah ditinggalkan sebentar tadi.

"Selamat tahun baru Aben!" Bisik aku dalam hati. Kepada diri sendiri.

Dalam Avanza, ada Aki, Irwan, Taufik, Fikri dan Na'aim. Menunggu sementara feri rapat di tambatan. Aku berpatah balik menuju Avanza. Secara tidak sengaja kami berpagi tahun baru di Pulau Pinang. Jalan sesak di Pulau Pinang. Menghabiskan masa di dalam Avanza selama 2 jam lebih kurang sementara melayan arus kenderaan yang bergerak seperti siput babi itu. Taubat nasuha tidak mahu datang lagi waktu-waktu begini. Orang waras mana yang sanggup.

Di Tanjung Bungah, mengendurkan urat saraf yang mula menegang. Kami singgah makan di restoran nasi kandar sambil membetulkan jiwa yang tidak betul kerana bertapa dalam avanza yang bergerak ciput-ciput. Mengumpul semula hormon-hormon kelakar yang habis digunapakai semasa kesesakan tadi. Apa yang kami buat di Pulau Pinang? Memerangkap diri sendiri di dalam kesesakan lalu lintas secara tidak sengaja

Huh, bertolak ke Pulau Pinang pada tahun 2006. Selamat pulang ke Sungai Petani pada tahun 2007. What a day!

3 comments:

Zuhdi Najib said...

time ni aku tengah study utk final (budak baik)

kak Jah said...

Aben. selamat tahun baru!! semoga persahabatan korang satu Avanza lebih kukuh selari dgn usia dan waktu yg berlari ;)

Stridz said...

zuhdi: aku balik mintak restu :p

aurum: Jazakallah khair. InsyaAllah. Selamat thn baru utk awak jugak! ;)