Monday, January 22, 2007

Ucap tama 1428H

Selamat tahun baru 1428 Hijrah!

Saya. Di dalam kereta, di tepi laut Persiaran Gurney. Bersama mac. David Gates menyanyikan lagu Goodbye Girl. Mac saya bersambung ke internet. Saya 'wardriving'. Coffee Bean and Tea Leaf di seberang jalan, kalau ada yang tertanya. Sambil melawat blog dan laman akhbar, saya download seberapa byk mungkin apa yang boleh sementara talian berkelajuan tinggi ini. Di rumah, dial-up yang lembap tetapi berjasa. Pagi yang dah tak berapa nak pagi lagi ni, saya terfikir dengan kata-kata Arena Wati yang Dyqq letak di blognya.

"Sesuatu ada ketikanya, sesuatu ada hadnya...seseorang, pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan, harus menentukan pilihan"

Hmm...

Sebenarnya saya berjanji dengan Zuhdi mahu datang bersama-sama untuk meetup SIG kami. Hari ini keadaan tidak mengizinkan. Saya terpaksa pulang awal dan jadual saya terikat dengan ummi. Saya tidak suka tergesa-gesa. Harap lain kali. Harap sangat. Suasana di tepi laut ini sangat hebat untuk meetup. Owhh...dan,ya, speedometer tmnet menunjukkan kelajuan 200++ kbps.

9 comments:

kak Jah said...

mac? mac? mac??

:(:(:(

Stridz said...

nama penuh macbook. nama manja neera. nama mengada-ngada putihku. Walau apa pun namanya, yang pasti OS nya Mac OS X 10.4

;)

Zuhdi Najib said...

kehadiranku hanya mengganggu pertalian kalian yang intim itu. biarlah aku undur diri. neera oh neera.

aki_koba said...

200kbps? wow

aki_koba said...

200kbps? wow

Anonymous said...

ermmm..bestnye jd student engineering..blh kongsi2 nota x?? :)

RAMENDA KIYEK said...

suatu hari nanti, aku akan jd jurutera gak..he..he..

Stridz said...

anonymous : nota apa yang nak dikongsi tu?

mazmur : insyaAllah!

Anonymous said...

must try 'wardriving' too someday, mehehe..

need extra hardware/software kah??