Wednesday, December 20, 2006

Hujan oo hujan

Sekiranya ada hari-hari yang tidak ingin saya lupa buat kenangan sepanjang bergelar pelajar di sini, hari itu adalah semalam.

Melaka jarang-jarang hujan. Apatah lagi hujan lebat. Saya selalu membandingkan Melaka yang kering kontang dengan Taiping yang sejuk dan amai damai itu. Kalau pun hujan, hanya mengacah. Hujan sikit-sikit seperti mahu tidak mahu. Kali ini, 'Melaka betul punya hujan'. Melebihi 24 jam hujan turun tanpa henti. Dari awal pagi hingga tengah hari, membawa ke petang, terus ke malam, langsung ke pagi. Bukan sahaja menyebabkan kemalasan kepada pelajar-pelajar di Bukit Beruang yang kesejukan bahkan McDonalds delivery pun terpaksa menghentikan penghantaran.

Hujan-hujan begini rasanya lebih banyak yang tidur daripada berjaga menggunakan internet. Maka kelajuan internet berganda-ganda jadinya. Tetapi apa guna internet yang laju-laju waktu hujan-hujan ni, melelapkan mata lebih enak pada perkiraan saya. Tambahan pula cakera keras komputer saya yang kecik cinonet membataskan aktiviti muat turun yang terlampau seperti kawan-kawan lain.

Sehingga entry ini ditulis, hujan masih berlarutan tidak henti. Saya menulis entry ini sambil terdengar bunyi rintik hujan yang masih tidak kunjung padam. Pakcik yang saya jumpa di surau pagi tadi hanya mampu tersenyum menggelengkan kepala. Tidak pernah terjadi seperti ini. Bersyukurlah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Pasti ada rahmat di sebalik tabir yang mungkin belum tersingkap lalu membutakan kefahaman saya. Namun ada. Pasti ada.

3 comments:

kak Jah said...

rasa mcm nak berpuisi plak....

di saat waktu berhenti.. kosong
dimensi membutakan mata memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menerka
sedarku akan hadirMu
memetahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri...

sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
utk nama harta dan keluarga yg mencinta
dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Stridz said...

terima kasih. boleh baca puisi anda di dinner tahunan IU? :D

kak Jah said...

itu puisi dian sastrawordoyo :D bacalah seribu kali pun.. saya rasa dia tak marah!!! puisi anda sepatutnya yg dibaca d dinner nanti :D