"Kamu nak tengok terus hari ni?"
"Err...hajat saya datang nak berkenalan dulu dengan ustaz sebenarnya" Amirul. Senyum.
"Apa salahnya. Alang-alang dah datang jauh. Marilah." Ustaz Amin. Ramah. Mengajak. Persis mesra seorang bapa.
Amirul berdiri di hadapan sebuah tabir. Di sebelahnya Ustaz Amin. Dada Amirul serba tak kena. Tenang pun ada. Gelabah pun ada. Kencang dalam diam. Dia berdehem perlahan dan menelan air liur. Bismillah. Bisik hatinya.
Ustaz Amin menarik tabir. Tabir terbuka. Amirul kaget. Di sebelah sana yang sebentar tadi ditutup tabir ada Ainul Mardhiah. Cantik. Bersih jernih wajahnya. Amirul segera tertunduk, tidak mampu memandang lebih lama. Dia menoleh ke arah Ustaz Amin. Bagaikan mengerti, Ustaz Amin menutup tabir dengan perlahan.
"Istikarah dulu ya." Ustaz Amin. Menghantar Amirul di pintu kereta.
"InsyaAllah." Amirul menjawab. Senyum. Sambil menyambut erat salam.
2 minggu selepas itu
"Assalamu'alaikum. Amirul?"
"Wa'alaikumussalam. Ya saya. Ustaz apa khabar?"
"Alhamdulillah...kamu baik ya? Tidak demam-demam?" Ustaz Amin. Ketawa. Mengusik.
"Hehe...alhamdulillah saya baik-baik saja."
"Ni, Amirul, Bagaimana dengan istikarah kamu?"
“Apa yang saya dapat dan apa yang saya faham juga apa yang saya yakin…baik”
"Kami pun begitu"
Amirul bersyukur. Dalam hati. Nanti Panggilan Ustaz Amin perlu ditukar. Walid.
6 comments:
waaahh....
kisah benar ke nih??
begitulah kiranya...yang diadaptasikan :)
owh..kiranya, ang la 'amirul' tu???Alhamdulillah...nanti aku bagi ang alamat untuk antaq kad jemputan :P
kalau aku nak kawin esok, aku tepon la hang. Mintak tolong jd bentara :p
serius best bila kawin...
Hoh? :D tatau...aku tak pernah kawin lagi...haha, best kerr?
Post a Comment