Sunday, October 08, 2006

Jangan bermain polis sentri dalam masjid

5 orang budak berbaju melayu, songkok entah ke mana. Berlari-lari di dalam masjid. Sekejap melalut hingga ke perkarangan, kemudian masuk ke dewan solat utama. Berselerak. Bermain polis sentri. Bersungguh-sungguh mereka. Basah baju belakang dek peluh. Apis. Din. Shuib. Saipul. Wan.

Sungguh mereka sangat taksub dengan permainan. Apis berlari ke tempat wudhu'. "Bebeduk!" Jatuh. Pantas dia bangun, melibas-libas seluar yang basah. Sambung lari.

Sebentar kemudian, Wan berhenti berlari. Dia insaf. Teringat tujuan datang ke masjid untuk solat tarawih. Terus mengangkat takbir dan membaca Al-Fatihah. Pantas datang dari belakang, Shuib menjentik telinganya. Wan menggosok telinga yang pedih dijentik itu. Kemudian datang pula Apis memperlakukan yang serupa. Wan marah.

"Ish jangan kacau aku nak sembahyang la!" Dia menoleh melihat kawan-kawannya ketawa. Ketawa melihat dia insaf barangkali. Dia kembali menyambung bacaan dalam solatnya yang terganggu sebentar tadi. Sembahyang budak-budak.

Kali ini Din pula datang dan menguis bahunya. Berlari. Tidak puas hati, Wan memberhentikan solatnya dan menyambung permainan mereka tadi. Polis sentri.Berlari-lari. Berlari-lari.

Tiba di rumah.Ada saguhati menunggu.Wan.

"Kan tok dah pesan, kat masjid jangan dok berlari. Mai sini tangan." Malam itu libasan rotan melekat di tapak tangannya. Natijah bermain polis sentri di masjid bersama kawan kawan yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

1 comment:

AuRuM said...

wan.. wan...