Thursday, October 12, 2006

Tidurlah secukupnya sebelum peperiksaan

Mat Pian menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, di tengah kegelapan dan kemandoman malam. Berpeluh dia mengulangkaji pelajaran Field Theory. Esok adalah hari penentuan. Penentuan samada dia boleh merdeka dan menyambut hari raya dengan aman ataupun tidak. Jadi dia mesti lakukan yang terbaik. Untuk itu, dia tidak tidur malam walaupun matanya terkulat-kulat menahan kantuk yang maha berat dirasakannya.

"Apa nak jadi...aku tak peduli. Yang penting, malam ini aku perlu studi. Bersungguh-sungguh!" Dia memberi motivasi kepada diri sendiri. Lengkap dengan gaya seorang pemidato walaupun dia duduk seorang di dalam bilik tanpa sesiapa memerhatikannya.

Malam itu menjadi saksi, bersama bulan yang seperti nampak tak nampak dek jerebu yang semakin tebal, saksi keutuhan semangat Mat Pian untuk tidak tidur dan terus studi dan studi dan studi dan studi...sampai menjelang waktu imsak. Nyaris terlepas sahurnya.

Di dalam dewan peperiksaan Mat Pian membuka kertas soalan Field Theory. Dia tersengih. Kacang. Seperti yang dia jangka akan keluar. Walaupun dihidangkan dengan soalan yang senang, ubat mengantuk hasil berjaga semalaman hanyalah satu, tidur. Mat Pian mengantuk. Tersangat mengantuk. Dia rasa seperti batu ladung tergantung di kedua-dua belah kelopak matanya, berat yang amat. Langsung Mat Pian terlelap, tanpa menjawab sebarang soalan lagi. Dalam suasana dewan peperiksaan yang senyap, sunyi sepi itu, Mat Pian tertidur. Masa dua jam yang diperuntukkan untuk kertas soalan itu sudah berlalu 40 minit. Tiba- tiba...

"Maakkk...Pian janji sem depan Pian akan berusaha dengan lebih gigih. Percayalah Mak!" Mat Pian.Menjerit.Mengigau.

Pelajar-pelajar yang lain terpinga-pinga. Pensyarah yang mengawasi peperiksaan tergelak namun cuba dikawal tawanya. Mat Pian tercengang. Gelabah. Pura-pura mencari pen dan pembaris di atas lantai. Dia mengutuk diri sendiri. Di hadapan dia nampak Pijah, gadis idamannya tersenyum. Dia menambah kutukan kepada diri sendiri.

5 comments:

cik sakura said...

yeah..maybe ade pepatah baru..tidur yg cukup adelah kunci kejayaan..:D

anyway..selamat berpuasa..selamat final dan selamat hari raye..maaf zahir dan batin..

nampaknye..tak tercapai hasrat saya nak beraya kat negeri jelapang padi nun...huhu..

jemputlah dtg ke rumah yek..bawak kuih muih skali :P

AuRuM said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

tak payah dtg rumah!!

Anonymous said...

cite ni berkisar drpd xperienced penulis ke?mcm real je.hehe

Stridz said...

cik sakura: selamat segalanya jugak. insyaAllah nanti kami akan berkunjung tiba.

aurum: selamat2. terima kasih atas jemputan. :D

anonymous: bukan cerita saya. Tp ada cerita disebalik cerita itu.

~zyedz~ said...

ada cerita di sebalik cerita...
cam pernah dengar ayat tuh..