Sunday, September 24, 2006

1 Ramadhan 1427H

Dulu waktu saya kecil, saya selalu bertanya kepada ummi, tok dan wan, kenapa tak kejutkan saya bangun untuk makan *soq. Saya bayangkan soq itu sejenis makanan yang rupanya seperti ikan siakap masak 3 rasa, ada sayur-sayuran sebagai hiasan. Seperti yang selalu saya nampak dalam buku.Sedap.

Saya masih ingat semasa di tingkatan 1 dan 2 yang mana sesi persekolahannya adalah sebelah petang.Betapa azabnya menahan dahaga apabila terpaksa masuk ke dalam bengkel kemahiran hidup yang panas berkuap di sekolah.Kesabaran yang tahap maksimum terpaksa dirembeskan sementara duduk di hadapan lauk pauk dan air tebu penuh ais di dalam jag, selepas pulang dari sekolah menantikan waktu berbuka. Namun sungguh nikmatnya rasa apabila puasa yang sehari itu dapat dihabiskan sebaik mungkin.

Sekarang, si penulis ini sudah agak dewasa. Banyak peristiwa Ramadhan yang lalu ada dalam lipatan album khas. Album minda saya, istimewa utk bulan Ramadhan. Wahai makhluk alam yang memahami kalam, hari ini adalah permulaan kepada kembara kita dalam sebuah bulan yang penuh kenikmatan.Kembaralah. Hayatilah. Berusahalah untuk menikmati bulan ini. Segala puji bagi Allah, tahun ini kita bertemu lagi dengannya.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Ya Ramadhan!

Untuk perutusan daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Multimedia kampus Melaka,sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, sila berkunjung ke sini.

p/s Dia suruh saya letakkan link URL perutusannya di sini. Promosi baik ni, takkan free bang? :p

*soq - bahasa kedah merujuk kepada sahur.

3 comments:

kak Jah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kak Jah said...

try laaa tgk jdorama nih ; Naruni(Satorare). ke dh tengok??

best... best... best...

erk... spoil mood ramadhan btoll laaa saya nih kan??

Stridz said...

saya belum tgk lagi jdorama tu. tq!