Thursday, September 14, 2006

Satu liter air mata

Salam...

Saya sudah bersiap-siap hendak ke perpustakaan di kampus. Malam ini saya bakal menghadapi kertas peperiksaan ke-2 untuk subjek Electronics. Saya baru menghabiskan episod ke 11 drama Jepun bertajuk 1 Litre of Tears. Drama ini diolah berdasarkan cerita benar. Hati saya tidak tenteram. Tidak tenang. Hati saya menangis. Sebenarnya sedih masih belum hilang setelah menyaksikan drama itu.

Syukur. Adalah sebuah perkataan yang mengucapkannya mudah namun pekerjaannya payah. Saya terfikir bahawa saya belum bersyukur dengan nikmat Allah yang melimpah-ruah setiap hari ini. Saya terkenang yang saya belum sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari. Kerana...kita mungkin tidak tahu, secara tiba-tiba, keesokan paginya, adalah mungkin hari yang berbeda sama sekali dengan hari ini. Kerana mungkin kita tidak tahu, nikmat yang Allah kurniakan hari ini, esoknya tiada lagi...kerana mungkin, tanpa dipinta, esoknya kita bakal menerima satu perkhabaran yang bakal memberi ketetapan sepanjang hayat.

Tadi, tamat drama itu, saya membaca mesej daripada Kak Shima menerusi Yahoo Messenger yang berbunyi -:

"Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening.
Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death."

[Sahih Bukhari]

3 comments:

kak Jah said...

kesimpulannya.... kite kene BERSEDIA kan?? emosi, rohani, jasmani... segala2nya lah... kan???

Anonymous said...

aku setia pada kamu... mengapa jantungku berdebar....

Stridz said...

aurum: yup bersedia. Kalau bersyukur, secara tak langsung dah bersedia semuanya, untuk menghadapi segala kemungkinan,kan?

anonymous: :)