Friday, July 08, 2005

Conteng

Hati keras dan kaku. Tangan dan jari pun ikut kaku. Bahasa pun kaku. Sangat-sangat tidak sesuai untuk mencatatkan sesuatu dalam blog. Ada sesuatu bersarang dalam dada. Rimas. Mungkin ada orang menyangka atas atas sebab-sebab tertentu. Tidak. Sungguh tidak. Bukan sebab ITU.

Dua tiga empat lima hari ini...ermm

Saya nak bagitahu, saya baru beli novel baru. Lagi. Selepas beberapa hari selesai membaca 1515. Kali ini hasil karya Hasanudin Md Isa pula. Bertajuk Sentuhan. Penulis ini adalah kegemaran saya dulu. Keghairahan saya dalam membelek dan menghabiskan masa demi novel bermula, berputik dengan hasil tangan penulis ini. Saya belum lagi selesai membaca. InsyaAllah usai nanti, saya akan tulis sinopsis dan komen ringkas tentang novel yang baru dibeli di MPH, JJ Tmn Maluri ini. Terlajak tulis, saya terbeli novel tanpa merancang ini semasa mahu balik ke Melaka daripada KL. Melawat pak long dan mak long sebab sepupu saya memasuki sebuah IPT di Gombak. Duit yang mak long bagi untuk tambang bas dan makan saya beli novel. Sebab saya memang sudah ada peruntukan untuk tujuan makan dan tiket. Jangan beritahu mak long.

p/s- Semalam jadi pemandu gantian ke kampus cyberjaya. Demi muktamar sanawi IU sana. Pergi saya masih bersemangat, balik semangat saya sedikit luntur...lebih-lebih lagi perut yang kenyang. Nak tukar peribahasa. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut susah hati. Kalau dulu, naik bas, pejam mata, buka mata dah sampai melaka. Semalam, kalau saya pejam mata insyaAllah masuk hospital semua isi kereta. Abg Pzan kata pengalaman. Pengalaman.

5 comments:

kak Jah said...

ke muktamar IU cyber rupenyer... emmm, alhamdulillah yg dlm kereta tu selamat balik yerr.... :D

kak Jah said...

sabariah araur....

Stridz said...

nasib baik sy bukan hantu novel

kak Jah said...

aben apa khabar?? dah sihat....?? tahniah, sbb terpilih utk diangkat darjat olehNya... insya Allah :D

Stridz said...

tingkatkan darjat? bukan taraf saya...MehnahNya itu penghapus dosa saya.Kaffarah. :)