Thursday, June 30, 2005

Jalan-jalan d KL

Demi kerana ketiadaan kelas, aku berlalu ke KL, berjumpa dengan Aki dan Lut di sana. Beberapa agenda telah ditetapkan secara tidak rasmi beberapa hari sebelum itu. Bukan saja-saja jalan. Ada matlamat.

Matlamat aku - melawat seberapa banyak kedai buku yang boleh dilawat dan membeli seberapa banyak buku yang boleh dibeli. Keinginan itu selalunya melebihi daripada apa yang termampu. Itu lumrah seorang manusia. Aku beli buku 'Linux Kernel Development' panduan Robert Love, seorang senior kernel engineer di Novell. Juga sebuah buku yang dah lama keluar dan dah ramai orang baca - 1515, karya Faisal Tehrani. Tak sempat melawat banyak kedai buku, hanya MPH Midvalley, Borders B Times Square dan Kinokuniya KLCC. Lain kali, aku ingin habiskan sehari di sebuah kedai. 3 kedai, 3 hari.

Ikut Lut mencuba bass amp. Buat-buat tahu, walaupun tak tahu apa. Ikut Aki mengutip kepingan kertas senarai harga dan membeli-belah di Low Yat (sambil mencuci mata melihat deretan model baru komputer buku yang bertambah canggih).

Singgah di Anjung Rahmat untuk melelapkan mata buat semalam. Kondisi bilik - alhamdulillah, untuk rm60 semalam, bahagi 3, seorang rm20. Tambah bantal sebijik rm10, bahagi 3, seorang Rm3.33. Jumlah keseluruhan, RM23.33 seorang.

Ruang solat utama masjid asy-syakirin klcc berbau rotiboy kami yg diletakkan di bawah tangga. Tak tahu samada mengganggu kosentrasi imam mengepalai solat zohor lewat tengah hari itu. Harap-harap tidak.

"Ooo...bauu ni la rupanyaa" kata abang-abang itu kepada Aki sesudah solat. Dan Aki tersengih-sengih berlalu keluar. Dan kami makan di perkarangan masjid. 3 budak di perantauan. Aki balik SP pukul 430 ptg. Lutfi balik SP semalam jugak. Aku yang tak balik-balik lagi. Hati. Meronta-ronta. Allah sahaja yang tahu!

p/s-Aki dapat mengintai resepi rotiboy. Dia nak bukak perniagaan roti sendiri. Lut cadangkan nama Rotiku.

8 comments:

Anonymous said...

jalan2 cari buku...menarik..!~ hehe..nampaknya anda juga singgah di anjung rahmat..satu tempat yang pernah 'disumpah' oleh kami sekeluarga gara2 berbuka puasa kat sana..tapi skrg dh tukar management lain...bila lagi nak turun kl..? saya bawak awk ronda2 kedai buku area shah alam plak.. :P

-sakura-

Stridz said...

InsyaAllah, sy akan turun KL lagi...mungkin untuk lawatan sambil belajar yang lebih khusus. Pasal anjung rahmat tu, kami hanya singgah utk tidur shj...jd tak rasa apa sgt- lebih2 lagi orang2 bujang, kena pula dengan budget. Alhamdulillah.

Saya azam untuk habiskan dulu buku pembelian hasil lawatan itu sebelum turun KL balik utk lawatan pada lain kali. Bimbang buku byk tersusun kemas namun isi tidak dijamah.

Saya suka juga keadaan di Times Square. Tak ramai orang, mungkin kami pergi pada hari biasa. Sambil makan di food court,dengan tempat duduk di tepi tingkap aras 10...romantik sungguh.

kak Jah said...

patutlah ari tuh tanye pasal anjung rahmat....

borders masih berhutang 2 buah buku dgn saya..... dan MPH masih berhutang segala2nya.... huhuhu..... (sbnnrye sy yg x de duit nak beli)

list buku yg nak d beli bertambah setiap kali setiap hari sy ke MPH, Kino mahupun Popular.... huhhu..... bilakah akan berakhir penantian ini???

apakata nanti awak blanje saya.... shopping di Kinokuniya... yer...

Stridz said...

Aurum : selagi kedai buku masih wujud di mayapada ini, selagi itu sy rasa mereka berhutang buku dengan awak dan awak pula berhutang perasaan dengan buku-buku tu.

Saya boleh belanja awak di Kinokuniya...tp suratkhabar sajalah...shopping jugak kan. :D

Stridz said...

cd jepun?...sy pinjam jerr :D

Anonymous said...

Rotiboy mmg best!! hehe... ttg buku faisal tehrani tu, ada dua lagi yg terbaru-advencer si peniup ney + detektif indigo.

kak Jah said...

jalan2 d KL II bile nak dipost?? eheks...

Stridz said...

Crimsonskye: Kak Jah dah beli dulu. Sy pun dah suka dgn hasil tangan Faisal nih.

Kak Shima: Ada apa dengan KL? ada kedai buku yang banyak. Itulah daya penarik KL pada saya :D

Aurum: Tgh tunggu review advencer si peniup ney + detektif indigo awak.