Assalamu'alaikum.
Saya masih di sini. Belum sampai balik lagi di Kedah. Saya pusing-pusing Melaka. Saya jalan-jalan sambil berenang dalam lautan manusia yang pelbagai. Bukan pusing saja-saja atau suka-suka hati. Saya pusing sambil belajar, mengharap, sambil menyumbang dan sambil menanti...hari-hari terakhir sebelum kebangkitan akhir. Betullah manusia ni macam-macam. Saya pun termasuk dalam manusia yang macam-macam itu juga.Tak paham? ermm...tak apa.
Saya tahu - saya gembira. Saya sihat,alhamdulillah dan yang terlebih-lebih pasti - saya akan terus berjuang!
Tadi waktu solat Jumaat di kampus, masih ada segelintir manusia yang sepatutnya tidak akan menghiasi kampus pada semester akan datang. Mereka-mereka ini sudah berhempas pulas, bertungkus-lumus dalam 5 tahun kebelakangan demi segulung dan sekeping cd ijazah (digital scroll). Mereka patut bergembira. Saya tumpang sama.
p/s SP tanpa internet? mungkinkah? hmm.... :D
2 comments:
saya sdg merasakan aura semangat sahabat saya ni...
BERUSAHALAH!!!!
saya lagi....
bila nak menconteng lagi????
Post a Comment