Saturday, April 09, 2005

Saya nampak kemerdekaan di depan mata

Lepak sekejap.Lepak sekejap. Esok ada satu peristiwa. Peristiwa yang sangat penting. Saya mempersiapkan diri untuk peristiwa yang sangat penting esok. Esok adalah hari di mana saya akan diuji dengan soalan MicroProcessor and MicroController. Kalau suruh engineer Intel gantikan tempat saya, mungkin dia boleh jawab sambil potong kuku atau dia boleh jawab sambil memikirkan apa hendak dimasak bila pulang ke rumah nanti. Saya bukan engineer Intel. Sebab itu saya tak boleh jawab sambil potong kuku atau sambil buat benda-benda lain. Saya perlu kosentrasi yang maksimum. Itu pun belum tentu saya boleh jawab.

Kami, kita di MMU ini masih berhempas pulas dengan peperiksaan akhir semester. Kalau tidak berhempas pulas menjawab atau mengulangkaji pelajaran, kita berhempas pulas dengan perasaan dan tekanan. Tetapi rata-rata pelajar IPT yang lain, terutamanya yang bernaung di bawah pentadbiran kerajaan sudah memulakan percutian yang panjang. Saya terima panggilan daripada kawan saya.

"Hang kat mana ni?"
"Melaka "
"Tak abis lagi?"
"Baru nak final xm"
"Ooo...ok ok sorry kacau"

"Woii...hang kat mana?"
"Melaka"
"Laa...bila balik?"
"Lambat lagi..aku baru nak start final"
"Baru nak start? aku abih hari ni...heheheh"

Saya dengar suara gembira di hujung talian. Suara merdeka. Suara-suara dan jiwa merdeka. Saya masih dijajah. Saya masih belum merdeka. InsyaAllah hari Jumaat ini adalah tarikh kemerdekaan saya. Kemerdekaan jiwa dan raga. Err...yang sementara sebenarnya. Sementara pun, janji merdeka. :D


* catatan ini ditaip pada malam saya akan menghadapi xm MicroP keesokannya.

1 comment:

Stridz said...

ini catatan haritu akak...masa sy post entry ni, dah abis xm dah...:D