Sunday, April 10, 2005

Merdeka! Merdeka! Merdeka! (sebut laju2)

Kelmarin melayarkan sebuah citra yang sungguh dramatik sekali. Saat-saat kemerdekaan saya. Tarikh keramat, 8 April 2005, lebih kurang pukul 11 pagi. Saya kini bukan jiwa yang dijajah lagi. Err.... Spora rasa saya yang gembira bukan kepalang terbang melayang-layang. Sambil menyaksikan panorama pelajar pergi ke dewan peperiksaan. Saya hanya mampu tersenyum dalam hati.

Saya menunggu masa untuk kembali ke tempat berkubang. Untuk 2 bulan. Harap inspirasi berada di rumah dapat menjana entry yang baik-baik lepas ini.

Apa saya buat setelah merdeka? Saya duduk depan komputer. Saya godek-godek apa yang patut. Sekarang saya sudah berpindah ke kem baru. Saya tidak pakai Slackware Linux lagi. Saya pakai Debian Linux. Debian ini saya anggapkan distribution romantika. Nak tahu sebab apa?...nanti saya cerita. Sambil tak buat apa ni, saya upgrade ke kernel baru. Daripada 2.4.27 ke 2.6.11. Masih dalam proses. Apt-get (Advanced Packaging Tool) dalam Debian sangat sejuk. Kalau diterjemah ke bahasa Inggeris - apt-get is so cool!



Apa itu apt-get?Mari saya terangkan.

Saya ciptakan satu keadaan.

1- Anda ingin bangunkan laman web. Menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, mysql sebagai pengkalan data dan Apache sebagai pelayan web. Dengan menggunakan Apt-get, anda hanya perlu taip arahan ini di console -:

apt-get install php4 apache mysql-server php4-mysql

Apt-get akan download software tersebut daripada internet atau mana-mana sumber yg telah ditetapkan lebih awal, menyelesaikan masalah dependencies dan install software itu secara automatik.

2- Ingin meneroka ruang IRC?...tak ada IRC client?

apt-get install xchat

Apt get akan download xchat dan memasangkannya (install). The next thing you'll see, xchat sudah ada dalam menu desktop anda.

3- Yahoo Messenger?...owhh, dalam linux ada sebuah perisian yang menyokong multi-protokol seperti ICQ,MSN,YM! dsbnya. Perisian itu bernama Gaim

apt-get install gaim

Apt get akan mendapatkan gaim versi terbaru daripada internet dan memasangkannya. Kenapa Distribution romatika? Sila baca di bawah.

"..Debian was founded in 1993 by Ian Murdock, then a student at Purdue University, who wrote the Debian Manifesto which called for the creation of a Linux distribution to be maintained in an open manner, in the spirit of Linux and GNU. He chose the name by combining the first name of his then-girlfriend (now wife) Debra with his own first name "Ian", forming the portmanteau "Debian", pronounced as the corresponding syllables of these names are in American English: /deb' ? ?n/..."

Sumber :Wikipedia

2 comments:

kak Jah said...

its so cool... begitu rupenye!!

(saya mungkir janji lg dgn Aben.... janji nak kasik cd sepet... huhuh...)

Stridz said...

Yup.

"..The company name Adobe comes from the Adobe Creek, which ran near the company's original offices in Mountain View..."

- Wikipedia.