Monday, February 28, 2005

Salam untuk Minami

Salam Untuk Minami

Bersama kenangan gugurnya sakura yg masih berkembang
Bersama impian yang masih berkaca
Bersama kasih yang sekian lama tertawan
Bersama rindu hari-hari di sini
Juga bersama senyummu.
Salam untuk Minami.

Kelelahan ini mengutip semangat
Kelelahan ini mengajar ketabahan
Kelelahan ini umpama mimpi yang indah
Kelelahan ini bagai peledak ketaksuban
Dengan kelelahan ini, saya sampaikan salam untuk Minami.

Kerat hati ini terdetik lagi
Simpulan nyawa yang masih membungkam
Bersama hadirnya sinar semalam
Bersama hadirnya bayang-bayang dulu
Bayangan Minami membunuh saya.

Di sebelah tetingkap sambil menulis puisi
Saya letakkan gambar Minami
Menulis puisi sambil ditemani Minami
Sambil menaip mata saya melihat
Saya nampak Minami merenung
Seakan bertanya, di mana saya, di mana awak?
Tersedar, saya masih dalam percutian yang panjang!

Tahukah Minami,
Tiap kali selesai berhadapan dengan Al-Ghafar
Tiap kali itu
Muncul kerak-kerak kasih
Yang kian lama kian cair
Lalu membanjiri lubuk hati saya.
Ya Allah, kenapa kasih ini tidak mahu pergi?
Kenapa tidak lenyap dan berlalu sahaja
Kenapa tidak hilang dan ghaib daripada sapaan hati

Saya ketemu jawapan.
Kerana hati saya tidak merindui Al-Qayyum!
Sungguh bangsat sekali seorang Aku!
Masih lembik dengan hayunan fatamorgana
Masih pondan dengan lirikan tanah gersang
Masih hayal dengan ketulan-ketulan candu cinta

Sampai sini salam untuk Minami.
Sampai sini salam untuk Minami.
Sampai sini salam untuk Minami.
Semoga hari-hari yang mendatang mengingatkan
Harapnya esok yang muncul menduga
Semoga lusa yang menjenguk tersenyum
Agar tulat yang melirik tahu
Ini adalah salam sayonara untuk Minami...

"Sayonara Minami"
Tp saya tahu sayonara ini hanya untuk sementara
Hahahahah....gila gila.


-Stridz, 28 Feb 2005, 0308

Monday, February 21, 2005

Social Engineering

What is Social Engineering.

The Art of Deception by Kevin Mitnick


Here’s the example scene.

Kutimang just met Kulari somewhere on the net. Kutimang is an ordinary end user and Kulari is an expert.

Note that ‘<-’ is a cornering question use by Kulari to gather as much information about Kutimang system for future attack.

Kutimang : Kenapa aku tak boleh masuk account webmail aku ha?

Kulari : Ohh. Mungkin sebab antivirus kau yang block kot. Kau pakai antivirus aper?<-

Kutimang: Ooo..ye ke..aku pakai antivirus KABELUPUKOM (kasi bersih lu punya komputer).

Kulari: Eh, aku pun pakai antivirus tu jugak. Ok je. Kau ada letak apa-apa lagi ni. Mesti kau ada pakai firewall lain kan.<-

Kutimang: Takde pun. Aku pakai standard firewall windows XP tu je.

Kulari: Kadang-kadang web browser pun memainkan peranan penting. Still pakai Internet Explorer lagi eh?<-

Kutimang: Ha’aa..aku malas nak tukar. Still dengan IE 5.0.


Do not give away your system information to someone you don’t know.

Sunday, February 20, 2005

Berminat atau tak?

Tadi, aku dapat panggilan daripada seorang junior. Out of sudden. We are not so close. Yes, we used to work together but we are not so close. I thought maybe something had happened to him, maybe he needs my advice, but what I am going to advice? Maybe there’s some other not so delighted news anyone wouldn’t want to hear. Or maybe there’s a not yet revealed, breed of proclamation from faculty that he’s going to tell me.

Quickly then I prepare. I went out and meet him at one of those restaurants in front of the campus.

I have lots of question, why he wants to meet me? He said… nothing. Just want to get together, have some little chat, so on and so forth. Ok fine. Our conversation goes around ‘how’s your study’, ‘how do you manage your time table’, ‘what is your final year project is all about’…well, that kind of stuff.

Then, we go by the issue of high tuition fees. At this point…at this very point, I can get the answer, why in the world he wants to meet me. Sure it is not for the sake of getting together. It’s MLM! – Multi level marketing. MLM has encircled our campus by storm. Every now and then, everyone is talking the MLM language.

Sure, I do agree that they have a good business strategy. No doubt about it. If not, then CNI will not be a 300 million US dollar global business income – company. InsyaAllah you’d be success too, in term of money making and business thingy.

“Abang nak tak kalau saya share sikit dengan abang pasal benda ni?”

“Kalau saya kata tak nak?”

“Kalau taknak takpela.”

I can see his sad smiling face. Yeah. And the story goes. In the end, I said – It is not because I don’t believe in this thing, it is just because I don’t want to. Why? I can give 1001 reasons for whys…but the main point is, I can’t get into something I couldn’t commit. I can’t get into something I didn’t interest. Statement may change without prior notice though and besides I have lots and lots of thing to do (such as kernel hacking, module development, bash script programming etc) , and so MLM is not in my top priority list…and did I say – statement may change without prior notice?

I have my own point(s) why MLM is not for me (at least for now). But afraid it may rub the wrong way to others who involved in, and so I left it alone. Please, my dear blog readers…don’t get me wrong. I do not against MLM or have any condemnation to make. If you are in, please do and I wish you all the best!

p/s – I would like to strengthen my fortification of financial. It is not the time to attack (yet). It is the matter of choice. Peace, no war!.. hehe.

Thursday, February 17, 2005

Temuramah bersama Akak Shima

Penulis telah mengadakan satu sesi temuramah bersama bekas senior di Universiti Multimedia yang kini- telah tamat belajar, telah tidak lagi perlu menghantar lab report, telah bebas daripada memerah otak untuk midterm dan final xm, telah bebas daripada assignment dan telah apahapantah lagi yang sesuai dengan kehidupan sbg seorang pelajar. Sememangnya penulis jeles! hahaha.

Biodata-:
Akak shima dan kucin ibarat isi dan kulit. Tidak dpt dipisahkan. Beliau juga dikenali sebagai Shima kucin kerana ketaksuban beliau yang melampau giler dgn kucin.

amisha_lite: oo..interbiu
amisha_lite: lupa lak..ha sila sila..
amisha_lite: ehem ehem
Aben: Disebabkan pc saya mengalami gangguan emosi beberapa hari lepas, maka segala kandungan memori hilang ditiup angin bayu
amisha_lite: lorr..
amisha_lite: hilang dah..
amisha_lite: nie nak kena interbiu balik ker nie?
Aben : jadi saya ingin mengulang soalan yang ke berapa puluh kali ntah...
Aben : kali ini insyaAllah sy akan simpan baik2 teks interbiu ini
amisha_lite: sila sila
Aben : ok, ehem..err, cik Wan Nazatulshima
Aben : betul kerr eja nama camni?
amisha_lite: yer encik..betul tus
amisha_lite: pandai cik aben
Aben : err..ok ok..terima kasih


Aben : ceritakan sedikit persepsi cik err..akak, tentang dunia kejuruteraan yang akak ceburi
amisha_lite: persepsi dunia kejuruteraan?
amisha_lite: bidang yang akak kerja sekarang nie mmg lain dari yang akak amik dulu masa kat mmu
amisha_lite: kiranya guna sijil grad tue jer la utk dapat kerja
amisha_lite: dulu akak amik telecommunication...skang nie akak kerja dlm bidang industrial engineering.
amisha_lite: mmg lain la sesangat..sumer kena belajar yang baru
amisha_lite: bidang yang akak kerja sekarang nie bidang mekanikal sebenarnya
amisha_lite: orite cik aben


Aben : Kalau boleh akak tolong detailkan sikit kerja apa yg akak dok melangut kat ofis tu...saya baca blog akak, mcm goyang kaki jerr...hehehe..opss..sori thehehe
amisha_lite: kucin betull..
amisha_lite: hehe..dulu masa mula2 goyang la..
amisha_lite: tapi kebelakangan nie busy la jugak
amisha_lite: haa..blog tu update update la jugak
amisha_lite: dulu sebab budak baru belajar..
amisha_lite: pas tue kena buat proposal project sket..
amisha_lite: tapi tak la teruk sgt
amisha_lite: skang nie pon takde la busy sgt tp takde la sampai melangut
amisha_lite: akak spend time banyak depan pc
amisha_lite: tak leh la nak concentate 12 jam depan pc kan..sambil tu buat la kerja sampingan sket ( jgn ikut)
amisha_lite: tapi bidang kerja yang akak buat nie mmg tak busylah..and pressure pon tak byk jugak..certain time jer ada pressure tue

Aben : kilang tempat akak kerja tu menghasilkan produk apa? Pasaipa depa dok ON mesin doploh pat jam tu, nak buat apa?
amisha_lite: tu kilang semiconductor
amisha_lite: kiranya dia buat bahagian assembly ngan testing..chip chip yang kecik tu
amisha_lite: bentuk lebih kurang cam insuctor la..tapi chip la
amisha_lite: chip tu nanti digunakan dalam komputer ngan banyak lagi la kegunaan dia


Aben : Ok, dalam kitar penghasilan kilang tu, yang menghasilkan semikonduktor, apa peranan dan jawatan akak di sana? depa bayaq gaji kat akak suruh buat apa?...
amisha_lite: fuiiyoo..soklan keke
amisha_lite: depa bayaq gaji kat akak suh akak jaga bahagian testing
amisha_lite: suruh kira capacity dia, berapa unit per hour yg harus dikeluarkan oleh bahagian tertentu
amisha_lite: suruh design layout
amisha_lite: kalau nak tukar machine pon akak kena monitor
amisha_lite: nak beli machine ker..nak jual machine ker
Aben : wah wah wah....ini sudah lebey, akak sorang jerr ker engineer kat sana?
Aben : boleh demand gaji kurang2 sepuluh ribu ni...
amisha_lite: mana ader la..
amisha_lite: tapi bahagian testing tu akak sorang kena jaga
amisha_lite: dieorg tak nak amik industrial engineer lebih2
amisha_lite: kilang taiwan mmg strict sket


Aben : Tadi akak ada tulis pasal design layout...akak design layout utk kedudukan mesin2 tu atau design layout utk chip2 tu?
amisha_lite: utk kedudukan machine tu la
amisha_lite: sebab kalau ubah machine kena ubah dia nyer trunking
amisha_lite: trunking tu maksud dier dia nyer power point dia..network point dia
amisha_lite: kena raise purchase req. nak beli sumer tu
amisha_lite: uiyoo..akak citer macam gempak jer..tapi takde la gempak sgt pon..citer jer lebih
Aben : takpe..saya paham. saya dah tahu sebenarnya..pasal pakcik sy juga seorang industrial engineer
Aben : heheh
Aben : takdelah
Aben : gurau2 jerr eh
Aben : purchase req?
amisha_lite: requisition
amisha_lite: maksud dia macam order form la


Aben : secara rambang, skop kerja akak meliputi perjalanan/koordinasi mesin-mesin kerja dalam kilang itu?
amisha_lite: lebih kurang la..
Aben : dan tidak menyentuh penghasilan semikonduktor?
amisha_lite: oo..penghasilan tu macam kuantiti dia la..macam berapa unit yang sepatutnya dikeluarkan
amisha_lite: tu jer..
Aben : ok ok...baru saya faham
amisha_lite: and berapa ramai operator yg diperlukan
Aben : itulah dinamakan industrial engineer eh?
amisha_lite: iyerr..itulah industrial engineer cik aben
Aben : adakah akak diletakkan dalam team tertentu?
amisha_lite: team?
Aben : yerr, team of engineers...
Aben : atau akak lone ranger?
amisha_lite: ader la beberapa org ie(industrial engineer)
amisha_lite: bukan akak sorang jer
amisha_lite: cuma setiap org kena jaga bahagian tertentu
amisha_lite: macam akak jaga bahagian testing

Aben : akak kerja ikut waktu pejabat? atau flexi-hour?
Aben : kalau boleh akak kongsi, sedikit jadual waktu start daripada masuk kerja sampai abis kerja ? <--contoh org cakap/chatting sorang2.
Kak_shima has signed back in. (1/11/2005 7:13 PM)

amisha_lite: sori..
amisha_lite: dc la tadie ?
amisha_lite: kat mana tadie?
Aben : akak kerja ikut waktu pejabat? atau flexi-hour?
amisha_lite: opis hour 7.30 sampai 5.15


p/s Lihat 'pautan blog' utk ke blog Akak shima. Sekarang ni tgh buat projek model kanak2.

Saturday, February 12, 2005

Maal Hijrah 1426

Assalamu'alaikum.

Salam dari negeri jelapang padi. Esok insyaAllah adalah hari keberangkatan pulang ke kampus. Awal pagi ini saya menaip. Mengetuk-ngetuk sedikit sebanyak papan kekunci untuk sekelumit entry sempena tahun baru hijrah 1426. Bukan saya tidak mahu menaip lebih awal, bukan saya tidak mahu mengemaskini blog ini dengan berterusan tetapi masalah kelajuan internet di rumah saya yang masih setanding dengan kelajuan seekor kekura ini nyata menghadirkan sifat malas yang berterusan dalam diri saya yang sememangnya malas. Sedar atau tidak, perkara yang ditinggalkan agak lama sebenarnya mengundang sifat kekok apabila ingin meneruskannya semula. Saya kekok untuk menaip kembali. Walaupun jari saya masih mempunyai sentuhan cara menaip seperti dulu, seperti sebelum-sebelum ini tapi untuk menterjemah apa yang otak saya fikir di atas papan kekunci tidak lagi seperti dulu.

Saya tidak mahu menceritakan aktiviti saya sepanjang di rumah selama cuti ini. Banyak. Itu sahaja. Banyak apa, ikutlah kalian nak fikir apa. Banyak tidur? Banyak makan? Banyak duduk depan komputer? Terpulang. Cuma, satu yang saya tidak dapat lupa apabila Tok menangis melihat kepulangan saya. Rasa macam baru balik perang pulak. Saya tidak pasti mengapa, saya tahu perasaan orang-orang tua ni susah nak difahami. Itu kata papa.

Daripada khutbah Jumaat di MMU seminggu sebelum saya cuti sehingga ke khutbah Jumaat di USM semasa saya cuti, tak habis diperkatakan - Tsunami. Daripada teman chatting di YM sehingga teman di rumah pun tidak habis memperkatakan Tsunami.Termasuk entry kali ini, maka bertambahlah populariti Tsunami yang sedia disebut-sebut itu. Bagi yg belum tahu, Tsunami bukanlah nama seorang awek Jepun , bukan juga nama permainan komputer hatta nama model kereta baru daripada Honda mahupun Toyota. Tsunami adalah nama untuk ombak laut besar yang ketinggian dan kelajuannya adalah luar biasa. Sila rujuk entry Tsunami di dalam blog ini. Ada yang kata Tsunami ini adalah pembalasan ada juga yang mengatakan bahawa kehadiran Tsunami ini adalah sebuah kaedah restructuring umat Islam akhir zaman, proses penapisan. Tidak kurang juga dengan pelbagai fenomena aneh lain yang mengiringi tragedi tersebut. Macam-macam adaa.

Apa signifikan Tsunami dengan entry sempena Maal Hijrah 1426? Saya tertarik dengan khutbah Jumaat di MMU seminggu sebelum cuti itu. Khutbah yang disampaikan itu antara lain menyebut (lebih kurang - maaf jika tersilap) Tsunami ini tidak dapat memberi petunjuk. Tsunami tidak dapat mendekatkan kita dengan Allah dan sunnah Nabi. Cukup-cukuplah berkata soal tsunami dan kejadian aneh sana sini. Hakikatnya perkara itu dan perkara ini telah pun berlaku. Nak cakap apa lagi kan? Ambillah tsunami dan pelbagai bencana lain sebagai sebuah peringatan agar amal-amal kita dapat ditingkatkan. Sekarang adalah masa untuk bertindak.

Kekadang saya pelik dan hairan juga dengan diri sendiri. Semangat melampau-lampau. Azam menggunung. Konon la. Hakikatnya perlaksanaannya tidak pernah terjadi pun. Heheh.

Saya tulis ini sebenarnya untuk diri saya juga. Sambil menulis, mengeluarkan isi otak, sambil mata melihat-lihat. Kesannya tentulah kepada saya. Jika kamu nak terima, silakan. Boleh juga dikatakan saya ini taip tak serupa bikin. Heheh. Ya betul. Untuk menaip ayat dan isi yang sedap-sedap, senang . Tapi nak melaksanakan apa yang saya taip, waduh-waduh mohon kekuatan daripada Allah. InsyaAllah.

Selalunya apabila tiba tahun baru, pelbagai azam akan kedengaran. Saya juga punya azam pada tahun baru ni. Banyak. Tp yg boleh saya kongsi adalah sy berazam untuk membina pertahanan kewangan. Sesiapa yang pernah membaca buku Jutawan dari Planet Jupiter pasti akan tahu apa yg saya maksudkan. Pada saya, timeframe sebagai seorang pelajar ini lebih sesuai membina pertahanan (menyimpan wang) semantap mungkin berbanding serangan (mendapatkan wang - melabur,berniaga dsbnya). Selama ini byk sy gunakan wang ke tempat yang tidak sepatutnya seperti makan ntahapahapantah, padahal saya boleh makan benda-benda yang berkhasiat dan murah seperti sayur dan ikan. Sepanjang pemahaman saya membaca buku itu, pertahanan adalah lebih penting berbanding serangan kerana jika kita hanya hebat menyerang, maka kita hanya berperanan sebagai tempat wang bertukar tangan. Sebanyak mana wang masuk, sebanyak itu malah mungkin lebih banyak lagi wang mengalir keluar. Saya teruja dengan timbunan-timbunan teori yang dikemukakan. Ya cara itu digunakan penulis dan ianya berkesan. Untuk setiap perkara, perlu disertai dengan usaha dan kaedah yang tepat. Tetapi saya juga memegang janji Allah bahawa jika kita membantu agama Allah maka semua masalah dunia akan diselesaikan. Contoh - Sahabat Rasulullah.

spt kata org itu - "When we try to please Allah then Allah will subject the whole world to us" dan saya jumpa dengannya, Allah datangkan dia. Maka rindu saya agak terlepas. Selepas dia balik, saya semakin rindu. Gila. Kuat betul kuasa cinta walaupun sesama lelaki. Camana ni Diqq? Dia betul lain daripada lain. Heheh

Tuesday, February 01, 2005

Buang masa bersama saya .

Sorry Diq, cilok dari blog itu. HEheh.

1. Are you in a serious relationship rite now? *
Saya mempunyai hubungan yg serius dgn kengkawan. I treasure my friendship.

2. What is on your mouse pad? *
Aper barang mouse pad. optical arr...muehehe

3. What's your favourite fruit? *
Buah yg mama dah buang kulit dan letak dalam pinggan. Stok pemalas.

4. Do u wish to be a pilot someday? *
Tanak. I wish to be an academician particularly on computer. Conduct a research project. Write n publish my own research journal. Share the knowlegde with my student and other people. Civilized the world.

5. What is the colour of your pants rite now?
Nak buat apa tau? ada kene mengena dgn feng shui kerr?

6. Do u have a lot of admirers? *
Ntah. takde. takde. Saya hanya watak picisan kecil di bumi ini.

7. Do u think about your love problems? *
yup. me mom and me dad. cubelah kekadang memahami. tp pengorbanan yg tak terbayar..takleh paham gak akhirnya.

8. Is your computer in your bedroom? *
yup.

9. Is your hair long or short? *
sedang suam-suam kuku.

10. Do u like going to the supermarket with
your parents? *
oo..tidak. papa n mama suka shopping. I cant stand the crowd and the tension. I cant stand the atmosphere. Or at least at the grocery and clothing department.

11. How much is your allowance for one
month? *
dalam RM kerr US dollar?

12. How long does it take for u to fix your hair? *
< 1 minute

13. Where did you go last? *
From where i come is not as important as where I want to go. (cilok quote dlm majalah skolah)

14. What you had for breakfast this morning?
I dont take breakfast.

15. What you had for dinner last night? *
sweet sour chicken...yumm yumm.

16. Do you sleep alone? *
We r not alone in this world. Mas..tolong mas...mas tolong...heheheh

17. Who is beside u now? *
Malaikat. Dok catat amal

18. What is the last thing u touched before u
went on the comp?
Pintu bilik.

19. whos the prettiest/hottest girl/guy you
know? *
Natalie portman

20. The best feature of the girl/boy u like? *
Nak buat aper? nnt la bila dekat nk kawin baru bley bagitau. sekarang rahsia. lmbt lagi nk kawin.

21. The sweetest thing someone could say?
"Jom makan. Aku belanja."

22. Something u want to tell him/her? *
"Saya nak terus berdakwah. Boleh terima?" --cewahh

23. Why do u like him/her? *
Oho. Should I say - love need no reason?

24. Inner/outer beauty? *
alaa..kalau dah suke...kentut pun wangi.

25. Ever had a dream come true? *
rahsia. Hanya Allah yg tahu.

26. Do u like the smell of durians? *
suke pun tak . tak suke pon tak. biasa jerr...

27. You ever wished u were royalty? *
Ahh..tidakk..I wish to live unknown. Senang idop. Happy with my family and friends. Tak suke protokol2, sign itu ini, kena escort. Woo thats definitely not me.

28. what's the worst thing you've done all
week? *
Sepatutnya the worst thing u've done 4 ur entire life before.