Assalamu'alaikum.
Saya baru melepasi azab kedua tadi. Longgokan dan timbunan fakta yang belum pasti betul salah meronta-ronta minta keluar daripada otak saya. Terlalu banyak cuba mengulangkaji pada saat-saat akhir membuahkan kegusaran dalam diri. Hingga kekadang, saya keketaran. Bukan sebab sejuk tapi sebab seram. Ini membuatkan saya tidak dapat menyerap lebih banyak fakta. Seterusnya saya akan lebih ketar. Terus rasa nak demam. Alhamdulillah, 2 topik pertama telah saya sedia lebih awal ketika pre-midterm test. Nasib baik ada 'pre'. 'Pre' itu mendorong saya untuk bersedia. Tahniah kepada lecturer microP saya.
Walaupun saya telah bersedia, tapi saya tetap menggigil. Rasanya lebih banyak saya baca, lebih kuat saya menggigil. Inilah senda gurau dunia. Usaha telah pun dilakukan. Notes dah baca. Tutorial pun dah ulang buat. Nak apa lagi. Mintak kat Allah lerr jawapannya. Mintak supaya hadir ketenangan. Mintak supaya diingatkan apa yang lupa. Dipermudahkan mana yang susah. Dilancarkan mana yg tersekat. Kan semuanya datang daripada Allah. Usaha saya hanya sepicis watak kerdil tidak lebih daripada itu. Tiada apa yg perlu dibanggakan. Orang lain baca notes sampai termuntah-muntah. Orang lain semak tutorial sampai terkeluar bijik mata. Orang lain melawat lecturer di biliknya sampai pintu bilik pun dah meluat tengok muka pelajar tu. Orang lain datang tepat ke kelas 10 minit lebih awal. Saya...setakat menggigil pun nak kecoh. Aper la...heheh.
Di bilik peperiksaan, pendingin hawa rosak. Tinggal satu yang masih berfungsi. Syukur Allah letak saya bebetul di bawah tempat keluarnya udara sejuk daripada air cond yang tunggal tu. Ada yang terpaksa berpindah bilik. Masa tinggal lagi beberapa minit, saya masih berbaki 2 soalan...erghh, m.a.m.p.u.s . Berusahalah!...yoshaa...huh! almost there...almost there..!
Time's up...stop writing...stop writingg...
Err..Ms..ni saya letak " ,boleh eh. Nnt lukis bebanyak jadi teruk..tak boleh baca pulak.
Tape tape...awak lukis cepat..sy boleh check...
Maka terpaksalah aku menggariskan address line satu persatu daripada decoder block diagram sambung ke external 4K RAM. Kalau dilihat, errmm, nampak mcm cacing . Hentam sajalah, janji saya lukis. Saper suruh lecturer insist sy lukis jugak..hehehe. Maka saya keluar dengan tersenyum dalam hati. Bukan sebab confident, tp sebab sy isikan kertas jawapan tu. Salah betul, belakang kira...heheh.Yooshhhaa! We gotta win WIN win WIN win WIN, blue scorpion go!
I...was born to love you...la la la (Queen)
Inilah perasaan lepas azab dunia hari ni. Esok ada satu lagi mehnah. Signal n System. Kenang daku dalam doamu!..intifada fisabilillah..BERUSAHALAH!!
Saturday, January 29, 2005
Friday, January 28, 2005
Nak letak tajuk aper ni? takde idea.
Saya kesepian. Saya kesunyian. Saya kerinduan. Jerit blog saya. Maaf lah, lama tidak mencoret di sini. Cewahh, ayat tipikal untuk baris pengenalan. Sekarang saya menghadapi 3 peperiksaan dalam masa 3 hari. Berturut-turut. Matekejut (matematik kejuruteraan utk pelajar UX..), MicroProcessor n Microcontroller akhir sekali, Signal and System. Ketiga-tiganya adalah matapelajaran teras. Otak saya bercelaru. Rasa macam kapal terbang pusing-pusing. Rasa macam roller coaster turun naik. Rasa macam...rasa macam...ahh - nak balik. Saya nak balik rumah sebetulnya. Heheh.
Aidil Adha yang baru lepas, saya ada di rumah. Di Sungai Petani. Kedah. Sekejap sahaja cuti. 3 hari. Tapi hebatnya Allah, tidak perlukan cuti yang lama untuk memberikan saya banyak pengalaman menarik. pengalaman yang menyeramkan. pengalaman yang bisa memusnahkan imunisasi badan. Nak demam. Tapi saya adalah seorang lelaki. Apa kata adik-adik kalau saya sendiri gelabah. Apa kata mama kalau saya tidak bisa menunjukkan bahawa saya punya sesuatu untuk diharapkan sebagai seorang abang. Sebagai seorang lelaki. Saya harus tabah, atau sekurang-kurangnya berlagak tabah walau diri saya tidak sehebat mana. Walau diri saya tidak sehandal mana. Dalam diri, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya berpura-pura tenang. Hakikatnya saya hanyalah pengecut khalayak- kata Kartunis tembakau.
Balik saya ditemani oleh kawan-kawan. Siapa lagi kalau bukan Is dan Naim. Pulang bersama. Memandu. Pemandu itu adalah Is. Aku, tidur di sebelah. Seperti biasa. Kegemaran saya adalah memandu tetapi bukan melihat orang memandu. Melihat orang memandu adalah pekerjaan yang paling saya tidak suka. Jadi saya buat benda yang saya suka. Tidur. Selepas menghantar adik Is dan kawannya di ATMA, kami pulang dan lepak dan tidur di kajang. Aha, malamnya Aki datang. Bersusah payah menunggang motosikal daripada UTM semarak untuk bertemu kami. Tidak sempat jumpa di SP, tetapi Allah menyempatkan kami untuk bertemu di lembah yang lain. Kami tak buat apa pun. Keluar makan-minum di seksyen 1, berhampiran UKM. Nampak banyak jugak orang. Tapi satu pun aku tak kenal.
Sambil menaip, saya menjeling ke arah jam. Alamak, dah pukul 2 pagi. Ahaha..konon. Tadi saya baru melepasi azab pertama- peperiksaan matekejut. Semasa peperiksaan,dalam pada otak saya sibuk mencari ilham dan inspirasi, sibuk mencari lubang-lubang idea, sambil mata saya melihat-lihat lampu kalimantang di syiling, saya dapat sms. Adik aku rupanya. Tanya susah kerr tak soalan. Aduuuu...soalan xm, tiada yang susah mahupun senang. Soalannya macam tu jugak. Kona pi kona mai, apa yang di ajar dalam kelas jugak. Cumanya yang menjadi susah, yang membuatkan susah adalah kita sendiri. Tak belajar, senang pi la macamana pun jadi susah jugak. Kalau belajar, susah la macamana pun senang jugak. Betul?...tak betul? takpelah saya tidak mahu berdebat hari ini. Esok xm MicroP pulak. Kenang daku dalam doamu. Berusahalah!!

Tuesday, January 25, 2005
What kind of intelligence
Pada mulanya, saya dapat ini -:
Kemudian apabila saya membuat semakan soalan saya mendapat ini -:
Soalan yang membezakan keputusan ini adalah - Perkara yang paling senang utk saya. Mulanya saya memilih menulis puisi atau cerita pendek. Setelah itu saya tersedar yang saya lebih senang utk menyanyi lagu kegemaran apabila berseorangan. Heheh.
Your Dominant Intelligence is Linguistic Intelligence |
You are excellent with words and language. You explain yourself well. An elegant speaker, you can converse well with anyone on the fly. You are also good at remembering information and convicing someone of your point of view. A master of creative phrasing and unique words, you enjoy expanding your vocabulary. You would make a fantastic poet, journalist, writer, teacher, lawyer, politician, or translator. |
Kemudian apabila saya membuat semakan soalan saya mendapat ini -:
Your Dominant Intelligence is Spatial Intelligence |
You've got a good sense of space and how the world around you looks. You can close your eyes and "see" images. You have innate artistic talent. An eye for color and shapes, you're also a natural designer. Since you think in pictures, visual aids and demonstartions help you learn best. You would make a good navigator, sculptor, visual artist, inventor, architect, interior designer, or engineer. |
Soalan yang membezakan keputusan ini adalah - Perkara yang paling senang utk saya. Mulanya saya memilih menulis puisi atau cerita pendek. Setelah itu saya tersedar yang saya lebih senang utk menyanyi lagu kegemaran apabila berseorangan. Heheh.
Wednesday, January 19, 2005
RATM
Angin tidak bertiup kencang. Hanya sepoi-sepoi bahasa, tetapi putarnya memeningkan jiwa. Malam datang dan pergi. Aku juga masih di sini. Hampir setiap hari apabila matahari melabuhkan tirai, pemandangan langit masih terang. Manik-manik kejora bergantungan, bertaburan, tidak berpaksi. Di sini terang, di sana kurang terang. Eh, di celah itu juga ada bintang. Lama termenung, satu demi satu bintang muncul entah dari mana. Akhirnya melengkapkan panorama angkasa raya yang tiada tandingan. Jutaan bintang di langit kini terang . Lama aku merenung ke atas, lama aku perhatikan satu demi satu bintang-bintang itu. Di manakah kita dalam komposisi galaksi bima sakti yang luas ini ya?
Saya baca di wikipedia.org . Sebuah laman web ensiklopedia percuma, mengatakan di galaksi bima sakti ini ada lebih kurang 3 ratus ribu juta bintang.

Friday, January 14, 2005
Saya dan Metallica
Salam kasih bertaut ceria, salam ukhuwwah pembuka bicara. Bertemu lagi kita dalam arena bicara tanpa suara.
Saya suka kumpulan Metallica. Pertama kali dengar muzik mereka lebih kurang 6 tahun lepas, lagu berentak perlahan - The Unforgiven dalam album Metallica (Black) saya terjatuh hati. Saya ulang dengar kaset yang dipinjam daripada kawan itu berkali-kali, tapi lagu itu sahaja. Nasib baik pita kaset itu tidak terputus. Namun, kebanyakan lagu-lagu yang termuat dalam album itu hebat-hebat belaka antaranya Nothing Else Matters, Enter Sandman, Of Wolf and Man dan Wherever I May Roam. Kekadang boleh menghadirkan semangat. Kekadang boleh saja-saja layan. Saya tidak pasti perasaan apa yang terbawa sebenarnya. Cubalah dengar. Mungkin gegendang telinga kita disesuaikan dengan frekuensi yang berlainan. Jadi lain orang lain citarasanya. Saya pun bukan hari-hari dengar heavy metal, kadang-kadang layan juga Backstreet boys, kekadang dengar juga Dave Koz dan Kenny G. Kadang-kadang pasang juga lagu Sudirman. Ikut mood.
Bagi saya, kumpulan Metallica adalah lagenda. Pada tahun 2000 saya teruja dengan album S&M bersama San Francisco Symphony orchestra (album itu lahir pada tahun 1999). Bagi saya lagi, itu adalah karya agung dalam hasil seni mereka. Rasanya sesiapa yang tidak meminati muzik-muzik daripada 'aliran' itu juga akan tertarik. Sehingga kini, sudah hampir 4 tahun, masih tidak jemu untuk mendengar.
"Huh,tune dah lari, anak Leman la nih main gitar aku semalam...tak guno." - Kirk Hammett
" Yearghh yearghh...yeaiii...alamak suara lari. " - James Hetfield
Dalam hati- hancuss eden lupo lirik..malu-malu.. hentam jerit sajalah "Warghh..warghh!!" - Jason Newsted
Woi abang!! Saya suruh awak beli santan...kat sini awak eh, main drum.
"Arghh mampus, bini aku..." - Lars Ulrich
* Gambar di atas adalah petikan daripada persembahan Metallica bersama The San Francisco Symphony orchestra yang dipimpin oleh Michael Kamen. Ayat-ayat dialoq itu hanyalah berunsur jenaka sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Tuesday, January 11, 2005
Selected phrases
God does not look at your forms and possessions, but He looks at your hearts and your deeds.
-The Prophet Mohammed (may God bless him and grant him peace)
I looked at all friends, and did not find a better friend than safeguarding the tongue. I thought about all dresses, but did not find a better dress than piety. I thought of all types of good deeds, but did not find a better deed than offering good advice. I looked at all types of sustenance, but did not find a better sustenance than patience.
-Caliph Umar r.a
He Who created the eye of the mosquito is the One Who created the sun.
-Bediuzzaman Said Nursi
Try not to become a man of success but rather to become a man of value.
-Einstein
Harunyahya.com

Monday, January 10, 2005
Kursus Perkahwinan - Bhgn 2.
Ok. Sambung cerita kursus kahwin. Pagi itu, aku terkejut dengan kehadiran 2 orang senior. Baru beberapa hari lepas aku teringat, hari ini muncul.
Aku, Aidiff dan K-Own, duduk di barisan paling hadapan. Sebagai hadiah, aku terima sebuah soalan yang mencabar. Seorang ustaz tanya,
"Kenapa nak kawin?"
Aku rasa semua mata dalam dewan kuliah itu memandang. Tak tahu samada aku perasan seorang. Hati aku nak jerr jawab, kerana nafsu. Tapi mulut aku pulak cepat teringatkan cakap seorang ustaz dulu, kita kahwin kerana agama. Maka itulah yang terkeluar daripada mulut aku. Bak kata orang, kita akan diuji dengan apa yang kita cakap. Aku harap aku tidak diuji dengan itu, bimbang hakikat yang bakal berlaku tidak setulus bait perkataan yang terjah keluar daripada mulut aku pagi itu. Astaghfirullah...
Dipendekkan cerita, 2 hari aku melalui kursus itu. Katanya sijil itu sah sepanjang hayat untuk perkahwinan pertama. Maknanya, kalau nak kawin kali kedua, sijil itu tidak laku lagi. Bagi aku, cukuplah menghabiskan masa lebih kurang 16 jam mengharungi keperkasaan penghawa dingin bilik kuliah itu, cukuplah segalanya. Minta agar sijil ini tidak hilang, tidak dimakan tikus atau makhluk perosak lain.
Ditauliahkan dengan sijil ini bukan bermakna cukup syarat untuk kahwin. Banyak aspek yang perlu dilihat. Terlalu banyak. Bagi aku, juga kata penceramah di sana, sepatutnya kursus ini dihadiri oleh peserta-peserta seperti kami, yang lambat lagi hendak berumahtangga, bukan oleh pasangan-pasangan yang lagi seminggu hendak diijabkabulkan. Secara peribadi, ini adalah kursus pendedahan dan persediaan. Pendedahan terhadap persepsi rumahtangga, sikap dan kualiti yang sepatutnya dipupuk oleh bakal suami/isteri lebih awal. Orang kata, nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Saya kata, nak membina 'rumah tangga' biarlah pandai cari tapaknya. Jadi kami peserta-peserta kursus itu diajar cara-cara mencari dan membina tapak yang sesuai.
Ditauliahkan dengan sijil ini bukan bermakna cukup syarat untuk berkahwin. Sijil ini hanya melengkapkan syarat zahiriah bahawa perkahwinan itu nanti boleh didaftarkan di Malaysia. Itu syarat kerajaan Malaysia tetapkan. Namun, syarat yang Raja Segala Raja tetapkan, syarat yang Tuhan Sekalian Alam tetapkan hanya dapat saya sentuh dengan pandangan mata, belum lagi untuk menggapai.
Wallahu'alam.

Sunday, January 09, 2005
Kursus Pra Perkahwinan
Mama hanya tersenyum apabila aku cakap nak sertai kursus kahwin yang junior-junior tolong anjurkan di kampus itu.
"Sijil lain yang orang pulun, sijil lain pulak yang dia pulun.."
Heheh. Aku hanya ketawa dalam hati mendengar komentar mama. Mama tidak menghalang.
Hari pertama, pagi-pagi aku dapat telefon daripada Aidiff
"Aben, cepat penceramah tengah tunggu kau"
Pagi yang hujan, ditambah pulak dengan keperkasaan penghawa dingin di bilik kuliah yang terbesar di kampus itu -:
"Rasa macam kat Australia" - ujar Blankurt, junior aku yg softspoken apabila bersama rakan-rakan dan 'u dont want to mess with him' type of guy apabila dalam sesi berdebat. Aku tak tau samada Blankurt pernah pergi Australia atau tak. Tp daripada gambar-gambar ucapan selamat hari raya setiap tahun, salam perantauan tu, aku agak, lebih kurang la...dengan sejuk, redup, basah-basah.
**Gangguan. Disbbkan packages Gnome telah siap install, aku tamatkan sementara waktu entry ni. Akan bersambung...insyaAllah

Saturday, January 08, 2005
Off topic
Lepas Asar,
- WWW Y ZZZZZZZ...
- kepala otak ko, slumber jerr. Kan dah... Beginilah apabila jiwa penuh dengan kebesaran dunia, maka akan tercabutlah kebesaran Islam. Betul kata Nabi S.A.W.
Lepas Jumaat,
- Sorry, kitorang tak dpt layan ko...nnt2 bila tak sibuk aku layan ko eh
- Oii...ingat aku ni awek kerr nk layan-layan...hampagas!
- Aiii..begitulah. Semua kengkawan sibuk. Dengan persatuan. Organise program itu ini. Aku pun sibuk. Sibuk lepak kat dalam bilik. Sibuk termenung sana, termenung sini. Sibuk install linux tu, install linux ni, sibuk cari stesyen radio.... Uiii, sibuknya aku.

Tsunami
Gambar menceritakan 1000 perkataan. Bagaimana terjadinya Tsunami (sebut : Su Na Mi)
sumber HowStuffWorks
Banda Aceh, Sumatera. Sebelum dan Selepas dilanda Tsunami
sumber DigitalGlobe

Friday, January 07, 2005
Karangan aneh 1
Mungkin ada yang dah pernah tengok. Saja aku letak, setelah entry yg agak berat sebelum ni, moh kita rehat sekejap .
Lutfi kasi kat aku karangan ni. Katanya diambil daripada network bebudak UTP. Tp tak tau saper yang buat. Mungkin orang luar, mungkin bebudak utp, mungkin karangan budak sekolah betul. Credit-Apa pun orang yg buat ni mmg best! dan otak tak betul sikit...heheh

Wednesday, January 05, 2005
Epilog : Perutusan Sebelum Kebangkitan Akhir
"...Sungguh menghairankan, satu kaum yang dahulunya telah menyirami dunia, mengapa pada hari ini mereka sendiri kedahagaan? Kaum yang dahulunya pernah mengajar dunia dengan tamadun dan peraturan hidup, mengapa pada hari ini mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan?..."
Dipetik daripada kitab - Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya, oleh Maulana Muhammad Ihtishamul Hasan Kandhalawi
Saya suka perenggan itu, terasa syahdu. Terasa pilu. Kali pertama dibacakan kepada saya, meremang bulu roma. Sungguh saya tidak pernah merasa perasaan yang sedemikian. Nyata amalan si penulis memberi kesan kepada si pembaca.
Perutusan sebelum kebangkitan akhir
Ini bukan soal kejadian tsunami baru-baru ini. Bukan soal kejadian di Tak Bai. Bukan soal di mana-mana. Cuma aku ingin menukilkan sedikit perutusan sebelum kebangkitan akhir.
Kamu tahu, sekarang ini adalah zaman kerosakan umat. Kamu tahu, sekarang adalah zaman di mana agama tunggang langgang dalam kehidupan kita. Dalam kehidupan muda-mudi, dalam kehidupan mak dan bapak muda mudi, dalam kehidupan kita semua.
Kita bangga dengan dunia barat. Aku bangga juga. Kita merasakan bahawa mereka adalah pelopor ketamadunan manusia. Mereka-mereka yg tidak mengikut aliran barat adalah ortodoks, out dated, jumud, ketinggalan zaman, kuno...itulah yang kita rasa, atau paling tidak yang aku rasa. Kamu mungkin tidak rasa demikian kerana kamu adalah orang baik-baik.
Kamu tahu, kita menterjemahkan Islam mengikut hawa nafsu, mengikut sedap perut, mengikut suka hati kita. Suka-suka hati. Kita menterjemahkan Islam mengikut kepandaian otak kita yang sememangnya bengong. Ya, bengong. Sebab bengonglah Allah turunkan Islam sebagai panduan, tp kita yang dah sedia bengong pandai-pandai membengongkan lagi keadaan.
Kamu tahu, Islam itu mudah. Tapi jangan kita mempermudahkannya. Jangan sekali-kali. Islam bukan persamaan kuadratik yg perlu dipermudahkan. Islam bukan fourier series yang perlu diselesaikan demi secangkir frekuensi. Bukan. Bukan. Islam itu adalah landasan hidup yang sempurna. Penyerahan jiwa secara total kepada zat yang Maha Suci, Allah S.W.T. Apa yang termaktub itu yang kita turut. Takkan seorang jurutera tidak tahu baik buruk ciptaannya. Allah yang mencipta, Dia lebih tahu. Kita berasa susah, kita terasa sempit, kita terasa seperti dikongkong. Ya, seperti anak-anak muda yang baru akil baligh terasa disekat pergerakannya oleh ibu bapa. Walhal emak dan ayah telah tahu akibat daripada perbuatan kita dan sentiasa mahukan yang terbaik. Itulah apa yang kita rasa dengan Islam.
Kamu tahu, hari ini saya lebih suka buat apa yang saya suka. Bukan apa yang Allah suka saya buat. Saya berlagak dengan Allah, itulah hakikatnya. Saban hari, tiap ketika dan saat saya mengutip nikmat Allah di atas muka bumi tanpa rasa malu, tanpa rasa rendah diri, tanpa was-was. Tapi Allah tidak pernah pun minta bayaran. Saya minta lagi ditambah nikmat. Ahh, betapa tidak malunya saya.
Kamu tahu, saya lebih senang berjaga malam hingga 2-3 pagi untuk menonton filem, menggodek Linux, mendengar lagu, keluar minum bersama kawan-kawan tp saya amat susah untuk berjaga malam demi 2 rakaat solat tahadjud. Saya amat susah bangun malam demi beberapa ketika bersama pencipta kita. Saya mengaku cintakan Allah. Tp dengan perlakuan saya itu, cinta jenis apakah namanya? Bijak di bibir berkata di hati lain cerita.
Kamu tahu, entry ini saya tujukan kepada diri sendiri. Jika kamu nak terasa sama, dipersilakan. Semoga kita sama-sama dapat bangun sebelum kebangkitan akhir.
Bangun daripada lena dan tidur yang panjang. Makmurkan rumah Allah, dekatkan jiwa dengan rabbul izzati, tingkatkan amal-amal dan peribadi Islam dalam diri. Tak tahu, jom amik tahu, amacam?
Kamu tahu, dahulu di perbukitan ilmu sebuah tempat di tengah barat semenanjung, telah bangun gelombang kebangkitan pelajar. Ini cerita lama. Cerita dulu-dulu. Zaman Dr. M belum menjadi Perdana Menteri Malaysia, zaman di mana tiada siapa berminat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim tetapi berebut-rebut utk menjemputnya, zaman rambut afro macam Alleycats. Siapa sangka ayah saya dan ayah Aurum pernah berjuang di bumi yang sama. Ketika itu ayah saya belum mempunyai apa2 tanda bahawa dia bakal menjadi seorang ayah, bakal menjadi ayah kepada seorang budak yang menulis blog ini. Zaman itulah.
Siapa sangka 30 tahun kemudian, di tempat yang lain, dengan kudrat dan iradat Allah, maka saya dan Aurum ditakdirkan untuk berada di tempat baru dan berjuang bersama-sama. Mungkin 30 tahun akan datang, anak Aurum dan anak...err...ehem!...generasi anak-anak kita akan berjuang bersama-sama lagi..

Monday, January 03, 2005
Klasikal - kedai gunting rambut
Aiyakk...Sejak akhir-akhir ni semangat aku untuk menulis di dalam blog membuak-buak, menerjah-nerjah macam lava gunung berapi tu. Masalahnya kesempatan yang aku perolehi tidak digunakan sebaik mungkin. Salah aku sebenarnya.
Khamis lepas, demi melampiaskan sebuah harapan, demi melengkapkan sebuah perancangan, aku mengembara merentasi lebuh raya, aku meniti jutaan sentimeter, aku mengorbankan sebuah kelas Signal and System (tak baik..tak baik) , hanya kerana sebuah niat yang suci murni - balik rumah. Ini bukan sebuah hajat semata-mata atau sememangnya untuk menyambut tahun baru 2005. Tidak sama sekali. Tahun baru di mana-mana pun sama sahaja. Aku tidak pernah meletakkan priority sambutan tahun baru di dalam kamus hidup aku. Tidak pernah. Pulangnya aku adalah untuk meraikan hari kelahiran mama yang setiap tahun sejak 48 tahun lalu jatuh pada 1 Januari. Itulah sebabnya.
Hajat aku itu disokong dan didokong oleh 2 orang sahabat lain. Naim dan Is. Maka al-kisahnya aku membayar tambang bas setakat di pudu raya sahaja. Kemudian, balik ke Kedah bersama-sama mereka. Memandu. Aku? Owhh, aku tidak memandu. Aku duduk di belakang dan tidur. Naim gelarkan aku raja tidur. Pergilah ke mana sahaja, aku akan melelapkan mata dengan mudah tanpa prasangka, tanpa banyak soal, tanpa melihat kiri kanan. Alam kematian yang sementara itu seakan mudah untuk aku langkah masuk.
Sementara menunggu ketibaan Naim, Is sempat bawa aku makan tengah hari di Uniten. Aku suka jalan-jalan tengok universiti orang. Suasana tempat orang. Aku tanya "
"Hari-hari macam ni kerr?"
"Macam mana?"
"Lengang"
"Ha'aa..macam ni lah, hang expect macamana lagi?"
Dalam hati, sesungguhnya kedamaian yang terbentang luas di perbukitan ilmu salah sebuah pusat pengajian tinggi di Bangi itu memukau pandangan aku. Memukau jiwa aku. Kalaulah MMU hari-hari macam ni. Alangkah bagusnya...Secara terus terang, secara jujur, aku mengakui, aku menyetujui - pemilihan kawasan pengajian di Bangi/Kajang/Serdang sememangnya tepat sekali. Tenang, damai dan mempesonakan. Cewahh. Apa yang mempesonakan itu? heheh.
Dipendekkan cerita yang dah panjang ini, maka kami sampai di SP pada pukul 12 lebih. Pagi. Singgah di restoran untuk supper. Agak meransang kesabaran apabila kedai itu dikerjakan oleh pekerja yang malas untuk mengambil pesanan makanan yang dihadiri oleh pengunjung lelaki.
"Cuba tengok resit ni"
Naim menyuakan resit itu sambil tersenyum.
"Hahaha"
Ketawa Is membangkitkan semangat curiousity aku. Lantas aku mencapai resit itu
"Roti canai, meggi goreng....SUB"
Aku ketawa dengan ejaan sup tulang oleh pekerja itu. Subbb. Hahaha. Kena betul dengan sup yang pekat kehijauan itu. Heheh.
*********************************************************
Kamu tahu, setiap benda dalam hidup kita walaupun kecil, tetap memainkan peranan dalam mencorakkan sentimental value dalam diri.
Dalam kisah saya, pakcik pengguting rambut dan kedainya itu adalah salah satu. Saya menggunting rambut di kedai berhampiran stesyen teksi itu sejak saya belum masuk tadika lagi. Sekarang ni dah jadi penuntut universiti pun. Wan (datuk) bawakan. Wan pun dah tiada lagi dalam dunia yang penuh senda gurau dan tipu daya ini. Wan dah menyahut panggilan Ilahi lebih kurang 10 tahun lalu. Namun kedai gunting rambut itu masih tertegak di situ.
Penggunting rambut yang saya panggil Pak Ngah itu tidak akan segan silu memperkenalkan saya kepada pelanggan-pelanggan yang lain.
"Dulu dia ni mai kecik lagi dengan tok wan dia, gunting rambut kat Pak Ngah"
Kamu tahu, dulu saya terpaksa duduk di atas papan yang dialangkan di antara tempat meletak tangan kerusi untuk meninggikan saya supaya nampak cermin. Kemudian bila dah besar sikit, saya hanya perlu duduk di atas kusyen sahaja. Sekarang, saya duduk di atas kerusi macam biasa. Bila terfikirkan itu terasa cepat betul masa berubah kan.
Kamu tahu, di kedai ini saya mendengar perbincangan tidak rasmi di kalangan warga tua. Politik kebiasaannya. Jangan main-main, buah fikir mereka bukan sembarangan. Kekadang mungkin boleh menewaskan idea cerdik pandai lepasan pengajian tinggi yang lain. Betul, kalau kamu tidak percaya cuba periksa di kedai-kedai kopi di kampung. Mungkin nampak seperti sembang kosong tapi jika kita mahu melihat kebaikan dan mengekstrak isi yang bermanfaat, di situ kamu akan dapat sebuah telahan idea, sebuah tujahan pendapat yang baik.
p/s itulah sebbnya dulu saya mahu namakan majalah itu Kedai Kopi. Tp penasihat tidak mahu. Maka terpaksalah ditukar kepada Siswa Cafe.

Subscribe to:
Posts (Atom)