Monday, March 28, 2011

Spaghetti cinta

Lama rasanya aku tak masak spaghetti. Kalau aku tidak salah, kali pertama belajar masak spaghetti 12/13 tahun dulu. Tapi sampai sekarang tak cekap lagi. Dulu masak dengan teliti sesungguh hati penuh berhati hati sekarang main campak saja apa yg nampak. lada? Mint? Oregano? Cheese powder? Janji pasta itu masih nampak seperti pasta dan sos itu masih nampak seperti sos. Kira boleh dah tu.

Makanan dari Itali itu memang kegemaran aku sejak kecil. Sejak zaman pakai baju kiki lala.

"Kalau tak sedap, biar abg mkn sorang" Aku kata kepada adik perempuanku. Aku mengambil sikap bertanggungjawab, kononnya biarlah aku sorang yg menderita habiskan spaghetti tak sedap itu. Sambil mkn sambil nangis dan berhingus.

Kononnyalah.

"Macam mana?" Adik perempuanku. Sejurus melihat aku rasa sos spaghetti dengan muka yg sukar ditafsirkan.

"Tak sedap!" aku.

Terus dia ambil sudu. Tak puas hati mungkin. Ingin rasa sendiri.

"Sedap lah" dia komen.

Yes! Taktik aku menjadi. Pengakuan paling jujur. Lepas ni jgn complaint aku masak tak sedap.

"Thank you for the wonderful meal" Harith.

Walaupun sejujurnya spaghetti aku tu tak sedap dan mungkin adik-adik aku ckp sedap sbb depa tgh lapaq, yg penting - habis. Spaghetti cinta aku ptg itu mencapai maksudnya, selamat dlm perut kami adik beradik.

Alhamdulillah.

3 comments:

Afida Anuar said...

Kalau aben dengan spagetti cinta..akak pulak wiken baru ni ..buatkan nasi ayam sayang utk adik2...he he

depa teringin nak makan nasi ayam buatan mak... nak balik kg jauh..kakak yang baik hati ni terpaksa la buatkan tuk adik2 tersayang..

Adik2 kata ada la dekat 98% sama macam mak punya nasi ayam..nampak dari ekpresi muka depa ckp tu mcm ikhlas:).. eceh..

tropical_jingga said...

oh.. touching (baca:lapar)....

Stridz said...

kak afida: 98% kira A+ dah tu :)

tropical_jingga: camana touching dibaca sebagai lapar? ish ish :D