Monday, March 28, 2011

Kecik-kecik

"Assalamu'alaikummmm....Tok Yah! ooo Tok Yah....Tok Yahhhhhh"

"Wa'alaikumussalam...Yo wassup" Tok Yah menjawab. Tipu je. Tok yah jawab gini "Wa'alaikumussalam...awat ha?"

"Ais krim milo 5" 5 teghuih! Tudiaa. Dengan muka berharap. Kening naik atas ala-ala comel dan muka bersalah.

"Dok cayaq lagi. Baru boh dalam peti aih." (Masih cair. Baru letak dalam peti sejuk)

Frust menonggeng macam baru lepas putus cinta. Tak dapat makan ais krim petang tu.

Janji Allah

"Janji Allah tidak ada dalam asbab. Janji Allah ada dalam 'amal. Di belakang janji Allah, ada bantuan Allah."

Spaghetti cinta

Lama rasanya aku tak masak spaghetti. Kalau aku tidak salah, kali pertama belajar masak spaghetti 12/13 tahun dulu. Tapi sampai sekarang tak cekap lagi. Dulu masak dengan teliti sesungguh hati penuh berhati hati sekarang main campak saja apa yg nampak. lada? Mint? Oregano? Cheese powder? Janji pasta itu masih nampak seperti pasta dan sos itu masih nampak seperti sos. Kira boleh dah tu.

Makanan dari Itali itu memang kegemaran aku sejak kecil. Sejak zaman pakai baju kiki lala.

"Kalau tak sedap, biar abg mkn sorang" Aku kata kepada adik perempuanku. Aku mengambil sikap bertanggungjawab, kononnya biarlah aku sorang yg menderita habiskan spaghetti tak sedap itu. Sambil mkn sambil nangis dan berhingus.

Kononnyalah.

"Macam mana?" Adik perempuanku. Sejurus melihat aku rasa sos spaghetti dengan muka yg sukar ditafsirkan.

"Tak sedap!" aku.

Terus dia ambil sudu. Tak puas hati mungkin. Ingin rasa sendiri.

"Sedap lah" dia komen.

Yes! Taktik aku menjadi. Pengakuan paling jujur. Lepas ni jgn complaint aku masak tak sedap.

"Thank you for the wonderful meal" Harith.

Walaupun sejujurnya spaghetti aku tu tak sedap dan mungkin adik-adik aku ckp sedap sbb depa tgh lapaq, yg penting - habis. Spaghetti cinta aku ptg itu mencapai maksudnya, selamat dlm perut kami adik beradik.

Alhamdulillah.

Saturday, March 05, 2011

Melihat Gunung Jerai dari jauh

Pada waktu pagi, setelah Ramli masuk kerja, check email dan godek-godek apa patut, tiba-tiba Ramli teringat dia belum sarapan pagi. Maka Ramli naik ke tingkat 10. Mahu pekena susu perisa coklat. Jadilah buat alas perut, sambil cuci mata.

Di tepi dinding kaca, Ramli cuci mata tengok apa yang berlaku di bawah sana ketika hari baru bermula. Terlihat orang, motor, bas, dan kereta. Seakan semuanya nampak perlahan, cantik dan mendamaikan. (Padahal baru tadi Ramli menyumpah bas ketika hendak melintas jalan sebab asap bas hinggap di muka, tak kacak jadinya hari ini )

Namun bila berada di tempat yang jauh, melihat keadaan sama membawa pandangan berbeza.


"Cuba tengok Gunung Jerai." Kata papa kepada Ramli ketika mereka berdiskusi di ruang tamu. Habis ikhtiar Ramli fikir, apa kena mengena Gunung Jerai dan masalah dia yang agak besar itu.

"Aaa...kena keluar pegi tengok sekarang?" Ramli.

"Bayangkan. Bayangkan." Papa.

"Ok." Ramli.

"Nampak cantik dan tenang tak?" Papa menduga.

"Cantik." Ramli.

"Tapi, bila kita sendiri ada di Gunung Jerai, katakanlah...kita sedang mendaki." Papa berhenti seketika. Ramli terkebil-kebil cuba sedaya upaya hadamkan falsafah mahal papa.

"Katakanlah kita sedang mendaki Gunung Jerai. Maka banyak kesusahan yang ada di situ. Hutan tebal. Binatang buas dan merbahaya. Hilang ketenangan dan kecantikan ketika melihat Gunung Jerai dari jauh." Papa.

"Begitu juga dengan masalah. Kadang-kadang sesuatu masalah tu, kita hanya perlu lihat dari jauh. Tidak perlu pergi terlalu dalam. Maka kita akan nampak cantiknya masalah itu." Papa. Mengakhiri.

"Seperti melihat Gunung Jerai dari jauh..." Ramli berkata perlahan.


'Take one step to the side of life to observe, recount and appreciate the beauty of your problem. '


Habis sudah secawan susu periksa coklat. Sarapan pagi yang tidak berapa sempurna ini adalah kali terakhir. Esok Ramli azam mahu makan berat-berat. Entahlah azam untuk kali keberapa.