Saturday, May 22, 2010

Hujan subuh

Hari ini Sabtu. Semalam, lepas balik dari solat Maghrib, aku terus tertidur. Biasanya, kalau aku stress atau ada masalah atau rasa demam mengada-ngada nak datang...aku tidur. Bukan buat-buat. Secara automatik otak jadi letih, badan sejuk-sejuk dan nafsu makan tertutup rapat.

Terjaga pukul 11 lebih. Mendekati 12 tgh malam. Setelah hampir 3 jam terlelap, rasa fresh sikit.

" Aku baru bangun tidoq ni. Biasalah. Perut mintak diisi" Aku msg Is di YM.

"Jom" Is.

"7 min ETA" Tak lah jauh sangat rumah aku dengan rumah dia. Dalam beberapa kangkang kera saja. Aku tak kira berapa kangkang.

Sambil makan, sambil sembang. Band of Brothers, pluralism agama, alternative energy, AC/DC current, Stephen Hawking, big bang theory, Jew, rak buku, Ikea...sampailah kepada 'never ending story'. Aku tak pasti, which one has the most significant impact on me, but I need a diversion to get away...

Sampai rumah,aku continue to struggle in front of the PC. Sedar-sedar, dah pukul 5.13 pagi. There goes my friday night sleep.

Waktu imam baca doa, hujan mula turun. Sangat klasik hujan di pagi hari. Terkenang zaman belajar di Melaka dulu.

Pakcik Steve pesan,

"Sometimes life hit you in the head with a brick. Don't lose faith"

Ye lahh. Saya tak lose faith ni pakcik.

p/s Hujan dah berhenti. Tapi best jugak kalau sambung tidoq ni.

4 comments:

Afida Anuar said...

What a night...

never ending story...atreyu? anjing falco? he..he

Kat sini pun hujan subuh tadi...sejuk dan beku...Nak bangun pun payah..erkkk..

El-Zaffril said...

Huh... kalau la kerja di opis tidak membebankan... sudah ku tidur puas2 di hujung minggu walaupun tidak hujan...

tropical_jingga said...

malam minggu yang bahagia...

Stridz said...

Afida:Bukan never ending story yang itu. Ini versi lain. Hehe.

Abg Zafril:Ofis? Bukan lab ke? Beban ke bro?...ingat buat research happy-happy. Haha

Tropical Jingga: Malam minggu yang biasa-biasa saja :)