Friday, February 27, 2009

Oh dunia!

Hujan turun rintik-rintik.

Aku diperdengarkan sebuah kitab di mana seorang ulama menulis, bahawa orang yang tidak mahu sedar dunia ini hina dan tidak beharga adalah seorang yang cacat akal.

Lantas aku terus tersenyum seorang diri. Lama. Mengenangkan betapa cacatnya aku. Haha. Serius, aku senyum lama.

Kalau dulu, ada cerita seorang sahabat Nabi S.A.W yang sedang membina rumah dan tinggal seketul batu yang terakhir utk diletakkan, azan berkumandang. Dia tinggalkan batu itu dan pergi ke masjid. Ada orang yang ternampak perlakuan tersebut bertanya kenapa tidak diletakkan saja batu yang penghabisan itu. Dia menjawab, lebih kurang bunyinya, kalau dia letakkan batu itu, maknanya dia lebih membesarkan batu itu daripada Allah.

Cerita ini, kalau orang yang mahu faham dan mahu belajar, banyak manfaatnya. Tetapi kalau orang yang tidak mahu faham dan tidak mahu belajar, banyak alasan dan hujah balasnya. Kesimpulannya. Lu PK la sendiri...assalamu'alaikum!!

;)

Tuesday, February 03, 2009

Ketenangan

Aizam, si bobo, nasihat aku, menggunakan ayat yang dipinjam dari orang lain, bahawa "hati akan tenang pada kebaikan"

Dan aku, cuba pelbagai cara, jogging...jumpa kawan...tidur...semuanya demi mencari sebuah ketenangan. Aku cuba juga banyakkan baca Al-Quran. Aku tenang bila membaca. Ketenangan semakin pudar sebaik sahaja mushaf itu aku tutup. Rumah aku rasa sunyi. Sangat.

Bila menunaikan solah berjamaah di masjid, aku jadi tenang, segalanya. Melihat wajah bersih dan bercahaya budak-budak hafiz itu sahaja sudah cukup sebagai introduksi ketenangan. Kalau aku yang melihat wajah-wajah itu sahaja sudah tenang, bagaimanalah agaknya si empunya wajah tu ya?

Kemudian introduksi itu bersambung lagi bila kami ramai-ramai, duduk dekat-dekat dalam majlis ta'alim, diperdengarkan tentang hadith Nabi S.A.W dan firman Allah S.W.T...rasa sejuk,aman dan damai. Rasa akhirat itu dekat sangat dan rasa rindu pada kematian sebab kehidupan terlalu menipu dan aku tidak berdaya.

Usai segalanya. "Maha suci Allah yang mengurniakan ini bagi kami, tiadalah kami berkuasa menggunakannya jika tidak kerana kurnia tuhan kami, sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami." Aku tekan electric starter. Pijak pedal gear. Pulas minyak. Rasa macam naik kuda. Bayangkan, naik kuda, balik dari masjid, macam macho je. Haha

Sambil menunggang kuda, aku lihat dada langit yang cerah waktu malam. Kelam, sedikit biru campur ungu dan ada manik-manik kejora. Bulan pun ada. Mahu tunjuk tapi sikit-sikit. Itu yang mahal. Cantik sungguh langit. Maha suci Allah.

Hati aku tenang dan girang. Aku berkata dalam hati dan berbisik kepada dia. "Sungai Petani...bagaimanalah aku tidak mencintai engkau?" dalam nada paling romantik yang boleh diucapkan.

Sampai rumah, dapat panggilan telefon

"Yo dude, Kumar here, are you in the middle of something?"
"Nope, what's up"
"Hey...I want to ask you about Mac...I saw one good deal at SG store for refurbished model...bla bla bla"

Dangg. Baru tadi ingat nak mati. Janganlah dunia masuk balik dalam hati. Biarlah duit dalam tapak tangan atau biarlah iphone dalam poket. Tetapi janganlah benda-benda itu ada dalam hati. Dalam hati, biarlah...hanya ada Dia.