Thursday, April 24, 2008

Love Story

1987

"Iwan sayang mama banyak mana?"
"Banyak gunung...banyak bukit....banyak laut...banyak sungai..." Aku. 3 tahun

2007
(SMS)

"Happy Birthday bro." Aku
"I think you miss the 'I love you' part." Harith
"I love you." Aku
"Mama tanya how much do you love me." Harith
"Banyak gunung...banyak bukit...banyak laut...banyak sungai." Aku
"Mama kata mcm familiar ayat tu. Those were the days." Harith

2008

"Bila boleh makan mee goreng mama lagi?" Harith. Pada suatu petang. Aku diam.

"Tak dapat makan mee goreng mama, mee goreng mamak pun jadilah" Aku. Lepas beli mee goreng A Khan malam itu.

Hanya Allah sebaik-baik penolong. Hanya Allah tempat bergantung. Tiada tempat berharap selain Dia.

Al- Fatihah utk ibu, kekasih dan kawan terbaik pernah saya ada. Saya rindu dan harap untuk berjumpa dengannya lagi. InsyaAllah, di lain masa dan ketika. Pada usia yang sama.

8 comments:

Idham said...

ibu saya masih ada, saya termenung seketika dan bfikir kalau mak sy dah tak ada..
http://idham-xpression.blogspot.com

Anonymous said...

idz, ibu awak bertuah sbb ada anak yang soleh mcm awak.

Reilly Engelo said...

al-Fatihah~~~

Mya Sakura said...

i'm totally agree ngan aurum...ibu anda bertuah kerana berjaya mendidik awk untuk jadi anak yg soleh..keep it up bro ;)

aki_koba said...

tabahkan hati...

Anonymous said...

setiap kali baca posting ni sy rasa sedih.masa kita duk skali kat 'rumah lama' sy slalu kagum bila tgk kemesraan abg dgn ibu abg.kerap sy dgr abg berbual dgn ibu di talian.Sy terfikir bila agaknya sy boleh ikut jejak langkah abg.

samasa otw balik dari ziarah abg dan family di hari ibu abg meninggal,pertama kali dalam hidup sy menghantar sms kepada ibu sy,'I love you mom' dan sy menangis.

p/s:walaupun sebentar,sy rindu masa2 kita dan kawan2 lain d melaka...

Stridz said...

idham : ibu itu buah hati pengarang jantung.

aurum : saya tidaklah seperti yang disangkakan

reilly : jazakallah khair

wanie : sekali lagi, saya tidaklah spt yang disangkakan.

aki : terima kasih! insyaAllah berkat doa kawan-kawan.

rasyd : tak sangka pulak rasyd curi dengar sy ckp tepon. hehe. btw, saya pun rindu ada orang tu kata "jom jom jommm!" dari tingkat bawah. skrg ni takdak sapa nak kata mcmtu, saya kata sorang2 dlm bilik sambil tersenyum.

A said...

syeikh ..
syahdu ana baca tulisan enta ..
mmg kuat ruh tulisan ni ..

hargailah selagi ada ..
setiap doa anak soleh itu berharga buat mereka ..