Thursday, November 16, 2006

Aduhai Cikgu H

Tinggi orangnya. Lagak bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak setinggi ini. Bercelana bell-bottom, seperti zaman 70-an. Berkasut putih lawan celana putihnya juga. Berbaju kemeja sedikit ketat. Berkaca mata.

"Mulai hari ini kita tukarkan ucap selamat. Bila saya masuk jangan ucap selamat pagi lagi. Tidak ada makna." Serius.

"Assalamualaikum?" Aben. Takut-takut. Berlagak jadi ketua darjah.

"Tak. Kita bukan orang Arab!" Pantas dia menjawab. Yakin pulak tu.

"Selamat Sejahtera?" Aben tanya lagi.

"Yaa. Itu sebetulnya. Kita orang Melayu."

Cikgu H. Guru matematik merangkap guru paling digeruni di sekolah. Cincin berbatu zamrud sebesar syiling 20 sen yang tersarung di jarinya menjadi senjata utama. Nasiblah siapa yang menerima jurus luku di kepala. Juga tapak tangan kasar yang bisa menyeluruhi muka 2 orang pelajar sekolah rendah sekaligus.

"Saya cakap garis tepi selepas berapa kotak?"

"3"

"Ini berapa?"

"2 setengah"

PanGGG!!! Aben nampak bintang. Dan dengar bunyi 'pangg'. Berdengung.

Sambil membaca ayat pada buku teks, para pelajar diwajibkan menunjuk ke tempat yang dibaca. Macam mengaji Al-Quran masa kecik-kecik, kena ada penunjuk lidi penyucuk sate itu. Baca ramai-ramai. Cikgu H meronda-ronda satu kelas. Mencari mangsa barangkali.

"Ha.Mana?!" Dia jerkah Arzry. Segarau petir yang menyabung.

"Ha...err err...haa.." Gugup Arzry. Tunjuk sana. Tunjuk sini.

Bumm!! 2 buku teks tebal dicantumkan dan kepala Arzry menjadi mangsa.

11 comments:

zazzy said...

cikgu H kami, cikgu matematik,
sape yang tak hafal sifir kena ketuk ketampi. Wajib.
Tak siap kerja rumah? maka akan nampaklah bintang-bintang di angkasa.

Kenapa kes kami tak keluar paper ek?

Zuhdi Najib said...

tak semua boleh jadi cikgu, walau ilmu setinggi gunung. aku cukup tak suka pendekatan bengis ketika mengajar.

kak Jah said...

cikgu H adlh cikgu tuisyen saya.... subjek Maths masa form 3, dan form 4 mase cuti skolah... sy syg gile cikgu H... sy rindu die...

Stridz said...

zyedz: mungkin masih dalam perbatasan norma denda kot :D

nzuhdi: setuju, aku pun sama. Tunggu sambungan siri 2 Aduhai Cikgu H. Hehe

aurum: saya ni, nak kata sayang cikgu H...haha, tatau la.

fajar said...

isk, kenapa la cikgu2 matematik masa sekolah dulu garang2 ek? actually, cikgu saya dulu pun garang. ya Tuhan... dia akan jerit2. tanya soalan sifir. dah le tak hafal, sbb otak takle berfungsi dgn baik bila org marah2 kat kita. hmmmm

btw, kelakar la entri ni! serius.

Stridz said...

fajar: mungkin cikgu-cikgu kita dulu terpengaruh dengan sistem orang tua-tua kot. Kalau mengaji Al Quran, takde rotan kat tangan, tak sah...fiapp!!!

Anonymous said...

Cikgu H....teringat aku ms thn 4, kena marah sbb bwk majalah dinosaur..hehe ... kasut Cikgu H x thn~`

Stridz said...

Nasib baik hang mention pasal buku Dinosaurs, baru aku dpt detect sapa anonymous ni...haha. Cikgu kesayangan hang tu la.

hafist said...

apa cikgu H, cikgu H....Harun la...haha..x sangka ang ingat lagi..lps kes tu, dia jadi baik sat..lps tu tukaq cikgu rokiah ajaq math...

p/s: lama x singgah blog ang, ada gak crita ang, aku ngan cikgu H..hehe...

Stridz said...

kenangan...kenangan! :D Aku ingat pengetua & cikgu Rokiah check buku kita sbb nak memastikan yg kita buat kerja dan tuduhan terhadap cikgu H berasas.

hafist said...

aku nak tambah skit pasal ucapan selamat bila masuk kelas tu...yg part bagi salam tu org arab..dia kata org arab pun makan b**i...pastu aku tringat perkataan fav dia nak nyumpah org...dia suka sebut kasta terendah dlm kaum India tu...tp entry ang wat aku terpikir mentaliti n approachment cikgu2 dlu n la...ada pro n con la...