Saturday, July 22, 2006

Dalam ketidaksempurnaan ada kebaikan

Cuba tengok lilin. Biasanya orang membakar lilin ketika TNB gagal membekalkan elektrik, untuk menerangi ruang rumah. Cuba tengok lilin. Api yang membiaskan cahaya itu adalah hasil daripada pembakaran yang tidak sempurna. Di paras bawah ada pembakaran sempurna, berwarna biru, namun cahaya biru itu tidak menerbitkan cahaya yang diharapkan.

Pembakaran yang tidak sempurna menghasilkan api berwarna kuning keperangan yang terang, menerangi apa yang si penyala mahukan. Dalam ketidaksempurnaan dia menyempurnakan hajat yang lain. Kadang-kadang, kita mahu segalanya sempurna, padahal bukan segala yang sempurna itu baik dan berfaedah kepada kita dalam sesuatu keadaan. Memang kita mahukan segalanya sempurna.Tapi...

3 comments:

Anonymous said...

kita hanya mampu merancang... tp, perancangan Dia lebih sempurna....

Stridz said...

Betul! jangan ubah-ubah lagi :)

Anonymous said...

Teringat pulak kat zaman lab time sekolah dulu, belajar pembakaran sempurna suma2 ni. The thing was called penunu Bunsen right? ;)

(kak diqq, where'd you go? huhu)