Saturday, July 16, 2005

Saidul Ayyam

2 Majlis berjaya diadakan di Masjid Al-Irsyad tadi. Pertama sebuah majlis fikir atas iman dan amal, disampaikan oleh seorang senior. Selain pelajar Malaysia, pelajar2 daripada Asia Barat dan Asia Selatan juga duduk bersama. Senior tu cakap, kita ini bukan orang Malaysia, bukan orang Yaman, bukan orang Bangladesh mahupun Sri Lanka. Kita ummat Muhammad S.A.W! Kita bertanggungjawab untuk jumpa semua orang di atas muka bumi ini. Ya betul. Bulu roma saya menegak. Semangat! heheh.

Majlis berikutnya dikendalikan oleh pelajar Arab. As-syabab wal iman. Lelaki muda dan iman. Haa, lebih kurang la maknanya tuh. Pada penghujung majlis, diceritakan kisah sahabat. Bilal bin Rabah. Penderitaan sahabat Rasulullah ini di permulaan Islam. Si tukang cerita itu menangis sambil bercerita (kemudian menutup muka, tidak meneruskan lagi). Bagaimana kemanisan iman yg dirasai Bilal apabila memeluk Islam dan untuk tetap dalam akidah yang benar ini walaupun diseksa dengan cukup teruk. Katanya, ujian kita pada zaman sekarang, sikit sangat nak dibandingkan dengan sahabat-sabahat dulu.

We are all male but not all of us are MAN! Sekurang-kurangnya kena cuba untuk meniru kehebatan dan kejayaan para sahabat dulu, baru boleh dikatakan lelaki. Dia kata.

p/s - Malam Jumaat lepas, ada perjumpaan Linux SIG (special interest group) di SE Lab, FIST. Saya pergi. Blankurt dan Shah sekali. Abg Fik pun ada. Dapat kenal orang baru.

2 comments:

Anonymous said...

you're grown up man....congrate!!

Stridz said...

As for me, I'm still a kid...trying to learn,survive and improve on this God's green earth. Btw, thx!