"Mintak maaf encik. Nak pi kenduri kawin. Lewat dah.Hehehe"
"Nak pi planet pun, tak boleh bawak laju-laju. Mintak lesen"
Aku terkulat-kulat di sebelah Aki. Terjaga dari tidur. Letih naik flight dari Penang sampai pagi tadi tak hilang lagi (macam aku yang jd pilot). Apa sebenarnya yang terjadi, aku tak sedar. Tau-tau, Aki dah pull over, ada ramai pakcik-pakcik polis trafik kat tepi jalan. Sah, road block.
"Yang sebelah tu ke nak kawin?" Pakcik polis tunjuk aku.
"Dak. dia pengapit. hehehe" Aki sengih. Aku pun cuba untuk sengih, bagi nampak mcm budak baik. walaupun sengih tak menjadi. Terjaga dari tidur memang bukan waktu terbaik untuk pura-pura sengih.
"Ermm...nah, lain kali tengok had laju" Pakcik polis yg baik hati menyerahkan kembali lesen kepada Aki, tak jadi saman. Berkat pengapit import dari SP.... *bunyi cengkerik*
Kami dah terlambat ke rumah pengantin. Pukul 12 sepatutnya dah sampai, tapi masih berada di Lebuhraya Kajang Seremban. Aku terbayang semua orang termasuk pengantin dah bersiap sedia menunggu aku. Memang aku pengapit paling punah dalam sejarah Malaysia kalau gitu.
Berkat GPS Aki yang memang boleh diharap, akhirnya kami tiba di rumah keluarga isteri Lutfi. Senyap sunyi je. Mana pengantin? Mana jurugambar? Mana rombongan yang lain? Aku telefon Lut.
"Kami ada kat luaq ni"
"Ok, Tunggu sat"
Lut pun keluar, berkain pelikat dan t-shirt. Pengantin tak siap lagi. Fuhh, selamat aku daripada tercatat dalam buku sejarah.
Pengantin lelaki
Aki dan Amri. (Tengah concentrate)
Lutfi and me. 14 years before at Pusat Sains Negara.
14 comments:
Macam kasi hint je ni.. setahun selepas itu giliran pengapit dia pulak;)
mabruk Aben!!...jangan lupa jemput deh:D
i'm smiling to myself...what a wonderful world...
haa idz jgn x habaq!
kasi suspen sahaja!
tak lama lagi la ni ang akan diapit?
eh kenapa tak perasan pun masa time wedding nie? Lut's wife (Zanira) is my cousin, my dad's late brother's 3rd daughter. :)
nanti kawin, lut pulak ke jadi pengapit? bole ikut pi SP ;p
Kak Afida: hint? bukann...ni entry yang terhutang :)
Aki: I was smiling too. Habaq, of course. InsyaAllah.
Lily: Tajuk kena bagi suspen, isi tak suspen sangat pun takpe.
Hafeez: Hanya Allah lebih mengetahui :)
Kak Nadrah: Ni kenduri sebelah pengantin lelaki. You were there?
Sungguh tak sangka Lut's wife is your cousin.
pelik sungguh dengaq ang panggil aku Hafeez. hehe...
hai iwan...
LOL :D
tropical jingga tu hai saja kaa?
sanah helwa ya aben... wa intan;)
salam
tok kadi saja menugik utk hilangkan gemuruh pengantin lelaki tu..:)
afida anuar: thanks kak fida! :)
kamsiah: mungkin jugak kan :)
Post a Comment