Wednesday, August 19, 2009

Dari stesen tua (Part 1)

Mungkin stesen tua itu dan kereta api yang bakal lalu nanti ada jawapan bagi aku. Jawapan kepada keletihan, bukan persoalan. Letih jiwa dan perasaan. Aku hanya mahu naik kereta api secepat mungkin dan mahu tidur selama mungkin sebelum tiba hari esok.

7.12 petang, kereta api yang dijadual bertolak masih tidak kelihatan bayangnya. Sambil menyalakan sebatang rokok, Bob menemani aku lewat sore itu. Bob cerita perihal kawannya yang hidup sebatang kara, tidak ada ibu bapa malah saudara mara pun seperti tidak ada. Hari pertama mendaftar di universiti hanya ditemani pakcik teksi. Setiap kali hari raya, dia akan pulang menumpang beraya di rumah kawan-kawan. Tengoklah kemana kaki melangkah. Kadang-kadang membawa diri, bercuti ke Genting Highland. Seorang. Mungkin dia dapat ketenangan dengar orang yang naik corkscrew menjerit-jerit. Atau mungkin dia dapat kebahagiaan. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kawan Bob itu. Cerita itu mungkin biasa, tetapi kawan Bob itu perempuan dan berjawatan tinggi kerajaan maka cerita itu telah menjadi luar biasa bagi aku.

Seorang perempuan yang berpendidikan dan berjawatan tinggi tetapi kesepian hidupnya. Aku sedikit teruja. Hidup hanya untuk diri sendiri, bagaimanakah agaknya ya?

No String Attached. Kamu bebas untuk mengejar cita dan cinta. Sekali fikir begitulah. Dua kali fikir, aku yakin itu tidak mungkin. Tidak mungkin untuk aku atau kita atau mereka atau sesiapa saja hanya hidup untuk diri sendiri. Gelaran khaira ummah tidak hadir dengan percuma atau sia-sia. Ada bayaran dan ada tanggungjawab.

Lebih kurang pukul 7.30 petang, Express Langkawi tiba dan hanya sudi untuk berhenti selama 1 minit. Ciss. Dah la lambat. Demand pulak. Kalau shinkansen, dah dapat full refund ni. Aku ucap terima kasih kepada Bob yang sudi menghantar aku ke stesen tua dan aku berlalu mencari gerabak S2. Aku mahu tidur...!

"Turun di KL Sentral ya?" pakcik tiket tanya sambil belek-belek dan membuat apa yang patut dengan tiket aku.

"Ya"

"Surau kat mana pakcik?" Aku pula tanya pakcik tiket.

"R3"

Kereta api yang aku naik sebelum ini tidak ada surau. Mana R3 tu? aku pun taktau. Hujung sebelah sana mungkin. Redah je lah. Maka setelah bersusah payah redah dari satu gerabak ke satu gerabak sambil mengontrol macho (walaupun tak macho sebab aku dulu fobia bunyi enjin yang bising waktu nak lintas antara gerabak tu), akhirnya aku jumpa surau yang dicari. Agak selesa untuk 2-3 orang menunaikan solat. Ada tempat mengambil wudhu. Bersih. Solat Isyak dan maghrib dihimpunkan. Kemudian solat isyak dipendekkan. Alhamdulillah, selesai, setelah berjaya rukuk dan sujud tanpa tertonggeng dalam kereta api yang sedang bergerak laju.

Aku nampak katil sedang menunggu. Aku mahu tidur tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 malam lebih kurang. Sebelum tidur, aku muhasabah. Benarlah, hati aku belum lagi seperti laut. Ya Allah, beri aku hati seperti laut. Beri aku ketenangan.

"Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati"

ZZZzzzzzz......

9 comments:

Anonymous said...

Emm..Laut pun ada masanya bergelora...especially bila tsunami menjelma..;-)

^smoga tenang-tenang slalu...^

Stridz said...

cik anonymous, kenapa awk tak guna nama?

sy sgt menghargai kalau sy tahu nama org yg mendoakan ketenangan sy ni.

:)

aki_koba said...

finally an update from idz...been a long time

Minami said...

Mintak Maaf Encik Stridz..

Lupa pulak nak kenalkan diri..

Nama saya Minami..

Stridz said...

Aki: ooo...sebab ada 'zzzz' tu la hang ucap good nite kat aku ye? puas aku pk semalam.

Minami: Terima kasih kerana perkenalkan diri, cik Minami

:)

aki_koba said...

haha idz...tenang idz...misteri x?

Anonymous said...

kalau jadi laut, ada ombak, kalau jadi angin, ribut taufan, kalau jadi api, hangus membakar, kalau jadi tanah, gempa bumi, jadilah manusia, ada hati, yang boleh rindukan Ilahi... ^.^

Stridz said...

aki : ada ubi ada batas :D

anonymous : boleh tahu siapakah ini?

kak Jah said...

bile nk sambung part 2 ni...