"Makan tapi boleh rest pulak?" Aku kata kepada Harith, melihatkan dia berhenti makan, tolak pinggan ke depan dan minum air. Dalam hati, kalau dia tak habis, mahu saja aku ambil alih tugas mulia menghabiskan nasi tu.
"Tu la, laju abang makan nasi goreng Pak Mud" Harith.
"Abang rasa, nasi goreng Pak Mud ni paling sedap di dunia"
"Apa rahsia dia. Kasih sayang?"
"Banyak la kasih sayang!" aku senyum.
Dulu kami datang berempat. Sekarang berdua. Pak Mud masih macam dulu. Gerainya tidak ada lampu pendaflour warna-warni atau lampu kelip-kelip. Di dalam medan selera berhampiran jam besar Sg Petani itu, gerai Pak Mud paling tidak ceria. Tetapi paling selesa pada aku. Sebelah kiri sana ada gerai Yong Tau Fu, jangan kata lampu, siap dengan tv. Gerai sebelah kanan pula ada beraneka makanan, lengkap dengan payung besar, takut-takut hujan. Pak Mud, hanya ada 2 jenis masakan, koew tiow kerang dan nasi goreng biasa. Payung? hanya beratapkan langit malam yang indah. Cewahh. Cuma kelainannya, Pak Mud masak guna dapur arang! Mengikut kata chef Rasyd, ex housemate saya, masak menggunakan dapur arang memang lagi sedap. Tapi lambat! Biasalah, good thing doesn't come cheap and that's what we have to pay...waiting in vain. Haha...lapar oii
Kalau mahu makan nasi goreng paling sedap di dunia, datanglah ke Sg Petani, nanti saya bawa.