Thursday, January 22, 2009

They are just people

" Welcome to Harvard guys" David

"So does it look like you thought it would?" David

"Better...unattainably better" Liz

"Liz...they are just people" David


- From homeless to Harvard

Monday, January 05, 2009

Jodoh Jerejak dan Pinang

Andai Mesir dan Nil itu jodoh, maka Pulau Pinang dan Pulau Jerejak juga jodoh. Ditakdirkan untuk bertemu namun bukan untuk bersatu. Untuk melihat kau dan aku. Aku mencemburui kepesatanmu, kau mencemburui ketenanganku.

Langit muram durja, sebentar lagi hujan mungkin turun. Air laut di Queensbay itu tenang. Han duduk di atas bangku, yang sedia tersusun di sepanjang pantai berhadapan pusat membeli belah Queensbay Mall.

Di seberang laut, tidak berapa jauh, jelas nampak Pulau Jerejak. Dulu tempat tahanan pesakit Tuberculosis sebelum bertukar fungsi sebagai Alcatraz Malaysia . Sekarang semua itu tiada lagi. Pulau Jerejak menjadi destinasi pelancongan.


"Putus cinta?" ada suara menyapa. Seorang gadis.

"Tak"

"Habis kenapa di sini?"

"Putus cinta baru boleh duduk tepi laut?" Han tanya tidak puas hati. Tidak betul agaknya orang ni.

"Biasanya macam tu lah. Bila ditimpa musibah baru mahu dekat dengan alam. Mahu dekat dengan tuhan"

Han diam.

"Sudah lama buat kerja macam ni? "

"Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka" Han menjawab. Bersahaja.

Keadaan kembali diam seperti mula. Gadis itu memandang ke laut. Han memandang ke laut. Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa. Air laut masih tenang. Han ingat Abang Nordin pernah kata, dia mahu hati seperti laut, tidak kisah apa yang dicampak, laut hanya menerima.

Han melihat gadis itu. Cantik, sayang orangnya gila.

"Apa yang awak fikir? Han.

Mata si gadis masih terpaku melihat laut dan sambil terus menekuni laut, dia berkata.

" Cerita cinta Majnun terhadap Laila yang sangat terkenal itu menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila. Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta, Fir'aun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan"

Kemudian dia berhenti dan berpaling melihat Han.

"...Tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Jauh sungguh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, Qarun dan Fir'aun di satu pihak, Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah di pihak yang lain"

"Dr. 'Aidh Al Qarni?" Han.

Gadis itu senyum dan angguk perlahan.

Tidak gila rupanya.