Monday, December 29, 2008

Salam 1430H

Sekiranya berkesempatan menonton cerita seni mempertahankan diri, tak kiralah buatan Malaysia mahupun Amerika. Kebanyakannya cerita-cerita itu stereotaip. Hero kalah dulu, menang kemudian. Mungkin dengan begitu membuatkan jalan cerita lebih dramatik dan menghiburkan. Beza sekali cerita realiti dan cerita di dalam tv.

Dalam dunia sebenar, seorang peninju yang ditumbuk bertubi-tubi biasanya akan hilang fokus (dan akhirnya akan kalah). Namun sekiranya dia mampu untuk 'recover' daripada keadaan itu, bertahan, kembali menyusun tumpuan dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut maka dia merupakan seorang peninju yang hebat. Cuma, berapa kali dapat kita lihat keadaan seperti itu terjadi? Bagi saya, sangat sedikit.

Azan maghrib di corong pembesar suara senja tadi memulakan tahun hijrah yang baru. Setahun dulu kita mungkin ditumbuk bertubi-tubi dengan segala mehnah dan tribulasi. Semoga bisa kita 'recover'; bertahan, menyusun tumpuan dan menang.

Allahu musta'an


Selamat Tahun Baru 1230H.

p/s Saya sambut tahun baru dengan menonton filem ayat-ayat cinta. Tidak kisah apa komen pengkritik, saya cuma mahukan sebuah kelainan dan harap untuk peroleh sesuatu daripada filem ini. Saya dapat 2 benda. 1) Perbezaan antara cinta dan keinginan untuk memiliki 2) Aisyah belikan Apple Macbook Pro utk Fahri ;)

Tuesday, December 23, 2008

How to present like Steve Jobs

I quote from bnet.com

"Comparing a Steve Jobs presentation to most presentations is impossible — he’s in a league all his own. Apple’s chief executive is arguably the most charismatic pitchman in business today. His presentations are brilliant demonstrations of visual storytelling that turn customers, employees, and the entire computer industry into evangelists."

Ok now that you have time to spent, let's take a look at bnet.com video on Job's presentation secrets