Monday, April 30, 2012

New beginning

Assalamu'alaikum.

Saya telah berpindah ke blog baru. Minta maaf dan terima kasih banyak-banyak.


http://penawarmusimbunga.blogspot.com

-Idz

Tuesday, June 14, 2011

Walimatulurus

"Nak ke mana ni?"

"Mintak maaf encik. Nak pi kenduri kawin. Lewat dah.Hehehe"

"Nak pi planet pun, tak boleh bawak laju-laju. Mintak lesen"

Aku terkulat-kulat di sebelah Aki. Terjaga dari tidur. Letih naik flight dari Penang sampai pagi tadi tak hilang lagi (macam aku yang jd pilot). Apa sebenarnya yang terjadi, aku tak sedar. Tau-tau, Aki dah pull over, ada ramai pakcik-pakcik polis trafik kat tepi jalan. Sah, road block.

"Yang sebelah tu ke nak kawin?" Pakcik polis tunjuk aku.

"Dak. dia pengapit. hehehe" Aki sengih. Aku pun cuba untuk sengih, bagi nampak mcm budak baik. walaupun sengih tak menjadi. Terjaga dari tidur memang bukan waktu terbaik untuk pura-pura sengih.

"Ermm...nah, lain kali tengok had laju" Pakcik polis yg baik hati menyerahkan kembali lesen kepada Aki, tak jadi saman. Berkat pengapit import dari SP.... *bunyi cengkerik*

Kami dah terlambat ke rumah pengantin. Pukul 12 sepatutnya dah sampai, tapi masih berada di Lebuhraya Kajang Seremban. Aku terbayang semua orang termasuk pengantin dah bersiap sedia menunggu aku. Memang aku pengapit paling punah dalam sejarah Malaysia kalau gitu.

Berkat GPS Aki yang memang boleh diharap, akhirnya kami tiba di rumah keluarga isteri Lutfi. Senyap sunyi je. Mana pengantin? Mana jurugambar? Mana rombongan yang lain? Aku telefon Lut.

"Kami ada kat luaq ni"

"Ok, Tunggu sat"

Lut pun keluar, berkain pelikat dan t-shirt. Pengantin tak siap lagi. Fuhh, selamat aku daripada tercatat dalam buku sejarah.

Pengantin lelaki



Aki dan Amri. (Tengah concentrate)



Lutfi and me. 14 years before at Pusat Sains Negara.



14 years after



Majlis akad nikah. Kena usik dengan Tok Kadi. Sempoi tok kadi kata Lut.


Tok kadi: Berapa kali dah jumpa isteri?
Lut :Err.. 2 kali. Masa jumpa keluarga dan masa nak bertunang.
Tok kadi: Salah.
Lut : Kenapa salah ustaz?
Tok kadi : Kan baru lepas akad nikah. Sebelum ni bukan isteri lagi.


Disclaimer : Entri ini terlambat setahun lebih. Sorry Lut.

Sunday, May 22, 2011

Tazkiyatun Nafs



3 pagi di hujung minggu hari Ahad. Saat melabuhkan diri di perbaringan tadi, teringat perihal sendiri, teringat sahabat nun di utara. Mata tidak mampu untuk pejam. Bingkas aku bangun, buka lampu, buka komputer, nak buat kerja. Juga mahu titipkan video ini, untuk manfaat bersama. InsyaAllah.

Monday, March 28, 2011

Kecik-kecik

"Assalamu'alaikummmm....Tok Yah! ooo Tok Yah....Tok Yahhhhhh"

"Wa'alaikumussalam...Yo wassup" Tok Yah menjawab. Tipu je. Tok yah jawab gini "Wa'alaikumussalam...awat ha?"

"Ais krim milo 5" 5 teghuih! Tudiaa. Dengan muka berharap. Kening naik atas ala-ala comel dan muka bersalah.

"Dok cayaq lagi. Baru boh dalam peti aih." (Masih cair. Baru letak dalam peti sejuk)

Frust menonggeng macam baru lepas putus cinta. Tak dapat makan ais krim petang tu.

Janji Allah

"Janji Allah tidak ada dalam asbab. Janji Allah ada dalam 'amal. Di belakang janji Allah, ada bantuan Allah."

Spaghetti cinta

Lama rasanya aku tak masak spaghetti. Kalau aku tidak salah, kali pertama belajar masak spaghetti 12/13 tahun dulu. Tapi sampai sekarang tak cekap lagi. Dulu masak dengan teliti sesungguh hati penuh berhati hati sekarang main campak saja apa yg nampak. lada? Mint? Oregano? Cheese powder? Janji pasta itu masih nampak seperti pasta dan sos itu masih nampak seperti sos. Kira boleh dah tu.

Makanan dari Itali itu memang kegemaran aku sejak kecil. Sejak zaman pakai baju kiki lala.

"Kalau tak sedap, biar abg mkn sorang" Aku kata kepada adik perempuanku. Aku mengambil sikap bertanggungjawab, kononnya biarlah aku sorang yg menderita habiskan spaghetti tak sedap itu. Sambil mkn sambil nangis dan berhingus.

Kononnyalah.

"Macam mana?" Adik perempuanku. Sejurus melihat aku rasa sos spaghetti dengan muka yg sukar ditafsirkan.

"Tak sedap!" aku.

Terus dia ambil sudu. Tak puas hati mungkin. Ingin rasa sendiri.

"Sedap lah" dia komen.

Yes! Taktik aku menjadi. Pengakuan paling jujur. Lepas ni jgn complaint aku masak tak sedap.

"Thank you for the wonderful meal" Harith.

Walaupun sejujurnya spaghetti aku tu tak sedap dan mungkin adik-adik aku ckp sedap sbb depa tgh lapaq, yg penting - habis. Spaghetti cinta aku ptg itu mencapai maksudnya, selamat dlm perut kami adik beradik.

Alhamdulillah.

Saturday, March 05, 2011

Melihat Gunung Jerai dari jauh

Pada waktu pagi, setelah Ramli masuk kerja, check email dan godek-godek apa patut, tiba-tiba Ramli teringat dia belum sarapan pagi. Maka Ramli naik ke tingkat 10. Mahu pekena susu perisa coklat. Jadilah buat alas perut, sambil cuci mata.

Di tepi dinding kaca, Ramli cuci mata tengok apa yang berlaku di bawah sana ketika hari baru bermula. Terlihat orang, motor, bas, dan kereta. Seakan semuanya nampak perlahan, cantik dan mendamaikan. (Padahal baru tadi Ramli menyumpah bas ketika hendak melintas jalan sebab asap bas hinggap di muka, tak kacak jadinya hari ini )

Namun bila berada di tempat yang jauh, melihat keadaan sama membawa pandangan berbeza.


"Cuba tengok Gunung Jerai." Kata papa kepada Ramli ketika mereka berdiskusi di ruang tamu. Habis ikhtiar Ramli fikir, apa kena mengena Gunung Jerai dan masalah dia yang agak besar itu.

"Aaa...kena keluar pegi tengok sekarang?" Ramli.

"Bayangkan. Bayangkan." Papa.

"Ok." Ramli.

"Nampak cantik dan tenang tak?" Papa menduga.

"Cantik." Ramli.

"Tapi, bila kita sendiri ada di Gunung Jerai, katakanlah...kita sedang mendaki." Papa berhenti seketika. Ramli terkebil-kebil cuba sedaya upaya hadamkan falsafah mahal papa.

"Katakanlah kita sedang mendaki Gunung Jerai. Maka banyak kesusahan yang ada di situ. Hutan tebal. Binatang buas dan merbahaya. Hilang ketenangan dan kecantikan ketika melihat Gunung Jerai dari jauh." Papa.

"Begitu juga dengan masalah. Kadang-kadang sesuatu masalah tu, kita hanya perlu lihat dari jauh. Tidak perlu pergi terlalu dalam. Maka kita akan nampak cantiknya masalah itu." Papa. Mengakhiri.

"Seperti melihat Gunung Jerai dari jauh..." Ramli berkata perlahan.


'Take one step to the side of life to observe, recount and appreciate the beauty of your problem. '


Habis sudah secawan susu periksa coklat. Sarapan pagi yang tidak berapa sempurna ini adalah kali terakhir. Esok Ramli azam mahu makan berat-berat. Entahlah azam untuk kali keberapa.

Wednesday, January 19, 2011

Tidak punya apa-apa

"Idzwan. Baca buku ni. Baru rasa diri tidak ada apa-apa" Abg Amri melangsungkan pandanganku kepada kitab Al-Hikam tulisan Asy-Syaikh Ibn 'Ataillah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. 5 tahun dulu. Namun hingga sekarang aku masih belum menyeluruhi buku itu. Masih tertangguh sekitar bab awal.

Rasa diri tidak ada apa-apa.

Sulit sekali untuk punya perasaan, jiwa dan fikiran begitu sesungguh hati, ikhlas dan jujur kerana Dia. Sulit. Untuk rasa 'tidak punya apa-apa'. Kerana manusia pada kebiasaannya mahu dihargai dan disanjungi.

Manusia luar biasa sahaja yang tidak suka begitu. Adakah manusia luar biasa itu aku atau kamu?

Barangsiapa yang yakin dirinya berasa tawaduk, maka beerti dia ialah orang yang benar-benar takabbur. Kata Khairul Azzam saat mensyarahkan Al Hikam, menggantikan Kiyai Lutfi Hakim yang terpaksa menghadiri majlis perkebumian. Walaupun hanya petikan dalam sebuah cerita Indonesia, namun ada pelajaran yang penting di situ.

Sesungguhnya mainan, tipu daya, strategi ultra licik syaitan sangat halus terhadap hati manusia.

Salah satu contoh cubaan syaitan

Ini sebuah kisah yang diceritakan kepada saya. Kalau tukang cerita itu tipu, maka tertipulah saya. Anggap saja cerita ini sebagai pengajaran. Lebih kurang ceritanya begini. Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadat yang sangat taat dan patuh kepada perintah Allah. Pelbagai cubaan dilakukan oleh syaitan dan kuncu-kuncunya untuk menyesatkan abid itu menemui kegagalan. Sehingga pada satu hari, iblis menyerupai manusia dan berjumpa dengan abid tersebut.

"Aku iblis. Ketua dikalanganku. Hari ini aku datang kepada kau untuk menyatakan rasa kagum dan berputus asa kami terhadapmu. Kerana sehingga hari ini kami gagal untuk menyesatkanmu. Kamu memang hebat"

"Lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya upaya melainkan dari Allah)." Kata abid itu.

"Kali ini, aku benar-benar berputus asa. Jika tadi kau menyatakan dengan bangga dapat terhindar dari kesesatan, nescaya aku telah berjaya menyesatkanmu" Iblis.

Ikutilah contoh abid tersebut. Rasa diri tidak ada apa-apa. Segalanya kembali kepada Allah. Kita ni, sungguh, tidak ada apa-apa pun. Kalau diberi petunjuk, tidak ada lain hanyalah semata-mata kerana kasih sayang Allah. Kalau dipilih untuk melakukan kerja agama, juga semata-mata kerana pilihan Allah.

Kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat, perkara ini perlu menjadi sesuatu yang patut diulang semak berkali-kali. Kerana ini adalah salah satu indikasi tentang kondisi hati.

Allahu'alam.