Monday, October 25, 2010

Kahwin

Sedang berjalan kaki menuju kedai makan yang terletak tidak berapa jauh dari rumah.

"Skrg ni bukan setakat kerja, bos pun bagi aku stress." Zaidi.

"Sebab tu, kita kena solat 5 kali sehari. Antara perkara yang menghilangkan stress. Dengan bacaannya, sujudnya..." Mus. Aktivis Palestin sepenuh masa.

"Satu lagi, kahwin. InsyaAllah stress pun akan hilang." Mus.

"Oo...kawin, stress bley hilang eh?" Aku.

"Ha'aa" Mus.

Mana dia dapat benda tu, aku pun tak tau. Malas nak tanya. Mungkin betul. Apa yang dianjurkan agama, ada hikmah yang cukup besar. Kahwin, selain menyempurnakan fitrah, juga merupakan sunnah dan perintah. Di dalam perkahwinan ada sakinah, mawaddah, amanah dan anugerah.

"Sejak dua menjak ni...aku selalu sakit kepala" Mus.

"Kau kena kawin tu. InsyaAllah hilang sakit kepala kau" Aku.

"Terkena balik aku" Mus.

"Sekali-sekala, kau lah pulak kena. Asyik orang lain je" Zaidi.

Friday, October 01, 2010

Circle of life

"Ma, Iwan nak try buat..."

Mama angkat aku. Dengan penuh minat, aku tekan pad kekunci seperti diarahkan mama. Setiap kali tekan kekunci, ada bunyi yang best. Tet. Tet. Tet. Apa yang tertera di atas skrin ATM itu langsung aku tak faham, yang penting, bunyi best,ada extra bass, bukan bunyi murahan. Ketika itu, perasaan sukar digambarkan dengan kata-kata. Macam aku masuk ke dunia yang baru. Dunia orang dewasa.

Kecik-kecik lagi dah ada exquisite obsession terhadap komputer. Dan sejak kecil, no pin akaun mama ada dalam otak aku.

Tadi, aku pegi ke bank yang sama, berlainan tempat. Melihatkan ATM yang dulu ketinggiannya melepasi kepala aku, terus aku teringat kisah yang telah berlalu lebih 20 tahun lepas. Lantas senyum pun terukir di wajahku.

"Circle of life eh, Ma..." Aku kata dalam hati.