Friday, May 13, 2005

Kenduri kahwin Abg Halim

Assalamu’alaikum…

Lebih kurang sebulan setengah yang lepas, sewaktu majlis jamuan tahunan IU, aku jumpa dengan pelajar-pelajar tua yang dah habis belajar. Pada mereka ini aku berikan wasiat umum. Wasiat yang biasanya aku berikan kepada pelajar-pelajar tua yang dah nak meninggal…Err…uhuk..uhukk…yang dah nak meninggalkan kampus. Satu saja pesanan.
Dengan muka tak malu aku berkata…heheh

“Kawin nanti jangan lupa jemput saya”

Selang beberapa hari lepas wasiat itu saya sampaikan, Kak Jah msg saya di YM. Nak berikan kad jemputan kenduri kawin Abg Halim. Waduhh waduhh…ekspres sih.

Dengan semangat yang berkobar-kobar dan tidak berperikemanusiaan, aku dan Bobo meredah lebuhraya utara selatan yang kadang-kadang memukau pandangan dan kadang-kadang bosan itu demi menyahut jemputan kawin Abg Halim, yg juga Kak Jah panggil Tommy. Tommy??

Dari SP…bertotak ke Kamunting. Jumpa Bobo kat sana. Huh, banyak betul makhluk Allah yang cantik-cantik kat bumi sejuk ini. Kalau ingat subjek geografi PMR, mesti ingat daerah yang paling tinggi taburan hujan di Malaysia- daerah Larut. Agaknya sebab sejuk kot banyak awek comey lote kat sini. Tak panas = tak tension = muka happy = cun. Amacam? Jadi teori aku?...hahaha. Banyak la hang punya teori…

Dari Kamunting yang mengandungkan tahanan akta keselamatan dalam negeri tanpa tempoh masa yang pasti itu, kami bergerak pula ke sebuah tempat yang dibuka oleh Yap Ah Loy. Dalam perjalanan kami menerima khidmat mengurut secara percuma seluruh badan. Gegaran bas itu bisa menyegarkan seluruh urat yang kendur selain berfungsi sebagai agen penyegar mata yang tiada tandingan. Nak dijadikan cerita, bas pengurut itu ‘pancit’ di tengah bandaraya, setengah kilometer sebelum BTS. Jalan kaki adalah jawapannya. Back to basic – menapak…

Dari KL ke Melaka. Pengalaman yang aku takkan lupa sebab pertama kali aku tak tidur dalam perjalanan. Sebab? Sebab sebelah aku duduknya seorang awek cun. Bobo duduk seat depan. Hampehh btol. Kejap-kejap toleh belakang. Bobo kata dia tengok kitorang macam lastik. Aku menyenget ke kanan. Budak perempuan sebelah tu pulak menyenget ke kiri. Elok bebenor la tuh. Aku kalau duduk sebelah lelaki, dah lama hanyut tido. Ni karang kalau aku tido, terlentuk sebelah…tak ke haru..haru woo.

Esoknya, di rumah pengantin perempuan – aku rasa bebudak lelaki yang paling awal datang adalah aku dan Bobo, masa tengah makan baru sampai Abg Naka dan Abg Fik…kemudian..tu diaa…rombongan bebudak MMU…Shah,Blankurt,Din,Shahrul,Abg Din, Abg Amri, Abg Court, Abg GB, Abg Ezran, Abg Noyo,Abg Pzan,Abg Kurt…dan ada beberapa rombongan asing-asing…Abg Ikram…Abg Shah convoi dgn Abg Anas dan Abg Emon…D Owe ada, Abg Rafiq, Abg Taha, Abg Dwen..rasa macam kenduri sendiri pulak..kuikuikui

Muslimat pun ramai yang datang. Kak Shima yang nak kena dera time kenduri kawin nanti tu pun ada. Tp yang paling aku takleh lupa adalah dua orang pemudi yang kena tipu dengan Bobo. Cik Sakura dan Kak Jah…mati-mati diorang ingat aku dan Bobo gi jalan2 kat Penang.Bobo siap suruh kirim salam tuhh…tp biasalah, korang bukan baru sehari kenal Bobo.

Lepas dah makan sumer, sambil menunggu-nunggu mana lah Abg Halim si pengantin nih…panas betul hari tuh..takkan nak balik, jauh datang tak jumpa pengantin, mmg tak berbaloi wa cakap sama lu. Tunggu punya tunggu, akhirnya terdengar bunyi orang main ketuk-ketuk. Hah, tu diaa…Abg Halim berjalan sambil diiringi paluan kompang, segak berbaju pengantin kuning keemasan sambil keris tersisip kemas di pinggang. Ewaahh.

Nak tau, tatkala melihat sahaja pengantin lelaki, fikiran aku dah menerawang…nak kata tak percaya, mmg kena percaya sebab aku tengah tengok ni pun. Aku terfikir inikah Abg Halim yang dok usik mengusik di masjid kampus dahulu? Inikah Abg Halim yang suka buat mata *ehemnya itu ? atau inikah Abg Halim yang tolong tahap maut dalam penerbitan Siswa Café walaupun terang-terang majalah itu bukan di bawah tanggungan biro ekonomi (jazakallah)...sekarang Abg Halim dah masuk ke alam yang lain. Bukan alam main-main lagi. Sekarang di bahu Abg Halim terpikul satu beban dan amanah yang cukup besar. Sekarang Abg Halim dah jadi seorang suami. Sekarang Abg Halim dah jadi orang…Yang belum kawin sumer ni belum jadi orang lagi…heheh..oii ni bukan fatwa tau, memain jerr…kang ada yang pegang buat hukum kang mmg naya blog Aben…heboh dalam paper

“Sesiapa yg belum kahwin belum jadi orang – Aben” ahh sudahh…

Image hosted by Photobucket.com
Sila klik pada gambar di atas untuk versi yang lebih besar. Gambar ehsan daripada Blankurt. Jazakallah.

Di kesempatan dan di pengakhiran kata ini, ingin saya nukilkan jutaan tahniah kepada Abg Halim dan Kak Fathiah yang baru melangsungkan perkahwinan itu. Semoga berbahagia dan mendapat redha Allah, bukan setakat anak cucu mahupun hingga hujung nyawa sahaja, insyaAllah selama-lamanya. Jutaan terima kasih juga kerana menjemput saya dan kengkawan yang lain.

1 comment:

Stridz said...

hahaha. Nak kena dera pun kena prepare gak kerr? Ingatkan final xm jerr kena prepare dengan past year questions...kuikuikui.