Tuesday, March 15, 2005

Moral cerita anak kambin vs anak rimau

Ada orang beritahu saya, spt juga Allah buat ketetapan terhadap harimau, begitu juga halnya dengan umat Islam. Kekuatan orang Islam tidak terletak pada senjata,ekonomi,ilmu pengetahuan mahupun benda-benda lain. Spt suara harimau itu, kekuatan orang Islam terletak pada 'suara' dakwah ilallah. Apabila amr bil makruf dan nahi anil munkar ini 'mengaum' - maka perkara lain insyaAllah akan selesai.

Cth -

Orang Islam umumnya dan masyarakat Melayu Islam di Malaysia khasnya sangat terkenal dengan budaya mengikut dan mengguna. Kita tiada budaya mengkaji dan mencipta. Sebab? Sebab kita belajar kerana hendak lulus periksa. Kita belajar untuk pekerjaan yang baik-baik. Kita belajar untuk bayar hutang ptptn. Ini tidak salah. Tapi di mana budaya ilmu yang sebenar - kita belajar untuk tunaikan hak ilmu itu? Di mana objektif belajar kerana Allah?

Apabila kita belajar kerana hendak lulus periksa, natijahnya jadilah kita umat yang menurut sampai bila-bila. Kita tiada sifat untuk memimpin industri tetapi industri yang memimpin kita. Mencucuk hidung dan menunjukkan kita jalan. Kita kena ada itu, kita kena ada ini. Kita kena buat itu, kita kena buat ini.

Kenapa jadinya budaya belajar hendak lulus periksa? Kerana tiada perasaan menuntut ilmu kerana Allah. Kenapa tidak ada perasaan begitu? Sebab kita tidak kenal siapa Allah dan siapa kita dan apa kita kena buat. Kenapa kita tidak kenal Allah? Sebab dakwah ilallah tidak dijalankan. Jadi Dakwah ilallah sangat sangat berkait rapat dengan apa-apa sahaja aspek 'kebendaan' yang cuba kita kait di dunia ini.

Ekonomi,ilmu pengetahuan, teknologi yang canggih, dan lain lain adalah produk dakwah ilallah. Apabila dakwah ini berjalan dengan sempurna maka 'produk' yang bakal terhasil bukan calang-calang. Bukan seperti yang kita lihat di blok barat sekarang, malah lebih daripada itu. Itulah keajaiban dan kehebatan yang Allah tetapkan kepada orang Islam. Tetapi orang Islam sekarang lebih suka meletakkan keyakinan kepada 'tanduk kecil' spt yg terdapat pada kambing itu. Sayalah itu. Saya lah yang berkeyakinan begitu.

1 comment:

kak Jah said...

sudah terang lagi bersuluh;

surah ibrahim : 7
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"