Saturday, January 29, 2005

Mehnah dan tribulasi

Assalamu'alaikum.

Saya baru melepasi azab kedua tadi. Longgokan dan timbunan fakta yang belum pasti betul salah meronta-ronta minta keluar daripada otak saya. Terlalu banyak cuba mengulangkaji pada saat-saat akhir membuahkan kegusaran dalam diri. Hingga kekadang, saya keketaran. Bukan sebab sejuk tapi sebab seram. Ini membuatkan saya tidak dapat menyerap lebih banyak fakta. Seterusnya saya akan lebih ketar. Terus rasa nak demam. Alhamdulillah, 2 topik pertama telah saya sedia lebih awal ketika pre-midterm test. Nasib baik ada 'pre'. 'Pre' itu mendorong saya untuk bersedia. Tahniah kepada lecturer microP saya.

Walaupun saya telah bersedia, tapi saya tetap menggigil. Rasanya lebih banyak saya baca, lebih kuat saya menggigil. Inilah senda gurau dunia. Usaha telah pun dilakukan. Notes dah baca. Tutorial pun dah ulang buat. Nak apa lagi. Mintak kat Allah lerr jawapannya. Mintak supaya hadir ketenangan. Mintak supaya diingatkan apa yang lupa. Dipermudahkan mana yang susah. Dilancarkan mana yg tersekat. Kan semuanya datang daripada Allah. Usaha saya hanya sepicis watak kerdil tidak lebih daripada itu. Tiada apa yg perlu dibanggakan. Orang lain baca notes sampai termuntah-muntah. Orang lain semak tutorial sampai terkeluar bijik mata. Orang lain melawat lecturer di biliknya sampai pintu bilik pun dah meluat tengok muka pelajar tu. Orang lain datang tepat ke kelas 10 minit lebih awal. Saya...setakat menggigil pun nak kecoh. Aper la...heheh.

Di bilik peperiksaan, pendingin hawa rosak. Tinggal satu yang masih berfungsi. Syukur Allah letak saya bebetul di bawah tempat keluarnya udara sejuk daripada air cond yang tunggal tu. Ada yang terpaksa berpindah bilik. Masa tinggal lagi beberapa minit, saya masih berbaki 2 soalan...erghh, m.a.m.p.u.s . Berusahalah!...yoshaa...huh! almost there...almost there..!

Time's up...stop writing...stop writingg...

Err..Ms..ni saya letak " ,boleh eh. Nnt lukis bebanyak jadi teruk..tak boleh baca pulak.

Tape tape...awak lukis cepat..sy boleh check...

Maka terpaksalah aku menggariskan address line satu persatu daripada decoder block diagram sambung ke external 4K RAM. Kalau dilihat, errmm, nampak mcm cacing . Hentam sajalah, janji saya lukis. Saper suruh lecturer insist sy lukis jugak..hehehe. Maka saya keluar dengan tersenyum dalam hati. Bukan sebab confident, tp sebab sy isikan kertas jawapan tu. Salah betul, belakang kira...heheh.Yooshhhaa! We gotta win WIN win WIN win WIN, blue scorpion go!

I...was born to love you...la la la (Queen)

Inilah perasaan lepas azab dunia hari ni. Esok ada satu lagi mehnah. Signal n System. Kenang daku dalam doamu!..intifada fisabilillah..BERUSAHALAH!!

1 comment:

Anonymous said...

signal n system mengintai debar... saya juga ke"ketar"an di pagi yg sejuk ini.... BERUSAHALAH!!!

-AuRuM-